14 October 2015

Cek keempat nuffnang

Assalamualaikum
Salam maal hijrah buat semua pembaca blog aziazidah...
Semoga tahun baru ni membawa lebih sinar buat kita semua.
Semoga hari ni dan hari-hari mendatang membawa lebih banyak kebaikan dalam diri kita berbanding hari semalam.
Semoga kita menjadi insan yang berjaya di muka bumi dan di akhirat kelak. Insyaallah

Pembakar semangat untuk terus berblog.

Aku start berblog bulan empat tahun 2010. Kakak aku yang bagitau pasal blog memblog ni. Dia pun tahu sebab masa tu redmummy masuk harian metro. Aku buat blog sebab terpengaruh dengan cerita redmummylah. Gigih aku create blog sampai tidur-tidur lewat. Kebetulan time tu laki keje kat kelantan. Elok benar...

Buat blog hari ni, hari tu jugak daftar nuffnang. Tiap hari bukak akaun nuffnang. Check uv, cpc & be. Dah blog baru mana nak ada pengunjung. Dah tak war warkan kan. Sampai satu masa aku pun dah malas nak fikir pasal duit, pasal nuffnang ke apa. Dah tulis belog tu rasa satu tanggungjawab. Setiap hari menaip dah alah bisa tegal biasa kata orang. Ntah bila sedar sedar dah ada dua tiga be sekitar penghujung 2011. Ada yang dah jadi meter earning pun. Lama kan baru nak dapat. Setahun lebih. Orang lain dua tiga bulan dah dapat pikat nuffnang.

Alhamdulillah bersyukur apa adanya. Sampai sekarang be@cpuc masih menyinggah walaupun earning tak banyak mana. Blog picisan jer. Itu sebab dah lima tahun lebih berblog baru lah empat kali cashout. Itu pun tak sampai empat angka. Doakan semoga tahun baru ni kita semua akan lebih dimurahkan rezeki. Amin.

No comments: