06 October 2015

Shopping di zalora again and again

Ini kali ketiga shopping kat zalora. Ikutkan dh lama benar tak menyoping di zalora. Last masa kat kdn pastu macam dah lupa plak kewujudan zalora...Baru-baru ni ada dapat voucher free seratus dari zalora apa lagi laju je bukak zalora. Tak dan seminggu dalam simpanan dah guna.

Sebenarnya tak tahu nak beli apa. Minat tu lebih ke arah dress. Tapi sebab sekarang masih tengah bf airis jadi dress awal awal terkeluar dari senarai. Banyak dress yang tak bf friendly. Tak kan nak menyelak pulak sampai keatas dress tu. Nak outer aku tak tahu nak hantar ke sapa.

Kihkihkih. Dalam pada tak tahu nak beli apa tu kan.... Empat barang sekali hangkut. Eh semua ni cukup2 voucher seratus tu. Tapi sebab ada certain barang kat zalora tak boleh beli guna voucher jadi aku kena bayar rm4 untuk shawl pin tu. Aku pilih COD. Setakat empat ringgit malas nak transfer transfer. 
I'm donning AJ Green Label. Auw auw...

AJ green label keras dari black label eh. Patut harga green label murah. Kira aj ni macam bawal yang ada gred gred tu la rupanya. Aku bukan peminat AJ jadi memang sebelum ni tak tahu menahu pasal green label, black label semua. Ini ada kesempatan beli pakai voucher tu yang nak try. Baju muslimah tu pun kalau bukan sebab voucher tak beli jugak. Bukan my taste. Nasiblah pakai voucher sebab tak berapa cantik kat badan aku sebab aku rendah. Lagi satu baju tu labuh jd nak bf payah sikit nak selak ke atas sebab kain dia tebal tak macam baju kurung senang nak selak. 

But overall aku puas hati shopping kat zalora. Barang yang diterima semua sama macam aku punya expectation. Cuma kali ni delivery ada problem sikit. Aku order pagi isnin. Kata barang dah post out tenghari tu by zalora express, patut selasa sampai. Tak pun paling lewat kamis sebab rabu cuti malaysia day. Tapi last last dapat hari jumaat petang lepas diorang tukar servis penghantaran guna Gdex. 

Insyaallah ada rezeki akan ada shopping kali keempat kelima dan seterusnya. Ngidam baju jovian tuuu... Zalora pun jangan lupa kalau ada job boleh kasi free voucher lagi eh. ngeh3.. Bagi yang pertama kali nak shopping kat zalora, jangan lupa taip code ZBAPZiW semasa checkout untuk dapat 15% diskaun. Banyak tau baju baju cantik kat zalora....

No comments: