04 April 2018

Voucher KFC & AEON

Alhamdulillah ada lagi rezeki dapat voucher hasil dari jawab survey.


Dapat voucher KFC berkat jawab survey AIP ONLINE. Survey ni paling payah nak dapat point kot bagi aku. Sebab aku kurang gemar nak jawab soalan dia. Panjang meleret. Selalu skip bila pihak aip hantar email suruh jawab. Nak dapatkan voucher KFC RM20 ni makan tahun jugak.

 

Last week selamat dah guna baucar tersebut. Beli KFC yang set combo harga RM39.90. Guna voucher jadi kena bayar RM19.90. Jadilah. Kitaorang jarang makan kfc. Anak-anak pun tak lah kemaruk sangat. Masa sofea kecik-kecik dulu memang.. Pantang nampak signboard kfc, asyik minta jer. Now baik sofea, hakeem dan airis semua tak berapa kisah. Kalau bawak off courselah diorang suka. Tapi fast food pun tak baik sangatkan. So kalau boleh kurang kita kurangkan.


Voucher aeon dapat dari hasil menjawab survey di toluna. Redeem hujung dis 2017. Bulan Mac 2018 baru dapat. Sikit punya lama. Kalau nak cepat baik redeem paypal. Baucar kertas ni lambat sangat. 

Voucher ni belum guna lagi. Expired date pun lambat lagi. Nak beli RM40 kat aeon tu apa sangat lah dapat. Mesti kena topup cash punya. Tunggulah cukup point kita redeem bagi banyak skit baucar baru pergi. 

Korang pun jomlah join survey-survey ni. Buat-buat tambah duit sampingan. Selain baucar kertas boleh redeem paypal jugak. Nak join AIP ONLINE SURVEY klik SINI. TOLUNA kat SINI ok.

1 comment:

Shahida Dzulkafli said...

Ada yang okay.. Kalau yang payah, jenuh kumpul point.. kikiki..