19/3 - 21/3 lepas aku kena pergi kursus kat ipn, sabak bernam. Kursus PTM. Syarat wajib bagi lantikan penolong akauntan kup. Nak tak nak kena pergi.
Dah lebih 10 tahun dah tak jejak kaki ke ipn. Pernah pergi dulu pun sekali. Masa keje kat BPAD. Diorang buat family day kat sana tak silap aku. Masa tu ipn baru-baru bukak. Facilities pun tak segah macam sekarang. Tak ada basikal-basikal, memanah, kayak bagai. Sekarang kalau pergi yang duduk hostel macam-macam aktiviti boleh buat. Karaoke pun ada. Cuma aku tak berapa suka pergi ipn sebab jalan azab sangat. Pening kepala naik bus.
Nasib dapat kursus ni time bebudak cuti sekolah. Boleh angkut diorang sekali. Kalau tak pening jugak nak tinggalkan macam mana. Sapa nak uruskan hal persekolahan tiga hari tu.
Maka perkara pertama yang perlu dibuat sebelum pergi adalah mencari homestay. Kalau dulu ipn boleh bawak famili tinggal kat hostel, siap ada taska. Sekarang dah tak boleh. Taska pun dah di tutup. Kurang sambutan barangkali.
Maka perkara pertama yang perlu dibuat sebelum pergi adalah mencari homestay. Kalau dulu ipn boleh bawak famili tinggal kat hostel, siap ada taska. Sekarang dah tak boleh. Taska pun dah di tutup. Kurang sambutan barangkali.
Hasil pencarian digoogle dan bertanyakan kawan-kawan aku menemukan beberapa homestay. Actually aku prefer yang ada kolam renang. Bebudak itu je yang diorang cari. Antara homestay yang aku survey-survey...
Inap dibondang Homestay & Homestay Nurkasih Inap Desa (ada kolam)
Aku call yang Homestay Nurkasih Inap Desa tu harga tuk dua bilik RM150. Inap dibondang tak call. Masalahnya dua-dua jauh dari IPN. Jarak perjalanan dalam setengah jam. Jauh sangat tu nak berulang dua hari pagi petang. Dah macam aku gi keje dari puchong ke putrajaya. So cancel.
*Nak stay kat hotel dalam Politeknik pun ada. Tapi masa aku nak pegi tu kolam tengah renovation.
Mondrian Homestay
Aku berkenan yang ni. Rumah nampak cantik. Rumah batu. Dua minit daripada IPN katanya. Aku google map 7min. Tapi dekatlah. Dari yang atas tadi.
Wasap dari owner homestay. Dia ada wasap banyak lagi gambar tapi ada yang dah terdelete. Kalau google berlambak pasal homestay ni. Rasa homestay ni paling famous kalau area ipn.
Tapi malangnya tarikh yang aku nak booking tu dah penuh. Untuk rumah studio 1 (dua bilik) RM150 semalam. Owner dia friendly sangat. Dia cadangkan aku amik bunglow. Semalam RM200. Dua malam RM350. 3 bilik. Fikir-fikir dah buat apa aku nak sewa rumah besar-besar. Bukan nak menetap terus. Nak duduk dua malam jer. Lagi pun over budget. Terpaksalah cari yang lain.
Jaguh/Farekha Homestay
Yang ni aku tanya kat IPN. Dah penat google. Banyak sebenarnya penemuan homestay area ipn tu. Tapi aku macam tak yakin. Sebab tak banyak info kat internet. Takut indah khabar dari rupa.
Ipn bagi dua nombor. Tapi sebab satu lagi homestay tu ipn tak ingat nama jadi aku call jaguh dulu, terus berkenan. Untuk rumah 2 bilik semalam RM120. Dua malam RM240. Tak de diskaun dan aku pun tak tanya. Kalau chalet RM90 semalam. Tak payah bayar deposit. Bayar terus semua bila nak checkin nanti.
Jom tengok gambar homestay. Semua ihsan dari owner. Tapi memang sebijiklah apa yang dia snap tu.
Ipn bagi dua nombor. Tapi sebab satu lagi homestay tu ipn tak ingat nama jadi aku call jaguh dulu, terus berkenan. Untuk rumah 2 bilik semalam RM120. Dua malam RM240. Tak de diskaun dan aku pun tak tanya. Kalau chalet RM90 semalam. Tak payah bayar deposit. Bayar terus semua bila nak checkin nanti.
Jom tengok gambar homestay. Semua ihsan dari owner. Tapi memang sebijiklah apa yang dia snap tu.
Rumah dua bilik ni berkembar. Bising betul orang sebelah rumah aku tu anak dia memalam melompat-lompat.
Ruang tamu. Beraicond.
Dalam bilik dua-dua bilik katil queen. Tak de aircond. Kipas syiling jer.
Bilik air kecik tapi bolehla. Dapur tu nampak kosong je kan. Tapi masa aku sampai tu semua complete dengan sudu, kuali, sudip, cawan, kettle semua ada.
Ni yang aku tangkap. Laki aku masak sardin tu.
Jaguh homestay ni paling dekat sekali dengan ipn. Cuma rumah jenis papan. Jaguh homestay ni banyak buah rumah jugak. Kebanyakan yang kursus sama aku tu stay kat jaguh. Mungkin dia dah ada link dengan ipn, politek dan ildas kot.
Aku tolong kirakan ke dia. Mahu tiga hari tu jer seribu ke seribu lebih income dia boleh dapat dari homestay tu. Belum minggu-minggu lain lagi. Buatnya owner ada keje tetap. Nampak berapa banyak income dia sebulan. Walau pun sabak bernam tu nampak jer ulu. kih3... Sibuk kira income orang.
Ni no contact jaguh homestay kalau berminat : 017-2110796
No comments:
Post a Comment