07 August 2019

Beli barang prelove online

Zaman sekarang ni memang orang membeli online sesaja kan. Aku pun tak terkecuali. Tapi ada jer orang yang memang tak pernah beli online walaupun perkhidmatan internet lain dia guna. Macam kakak aku tu dia bukan cari sangat barang online kalau tak aku yang ajak beli. Macam member opis  pulak internet banking pun dia tak ada. 

Kebanyakan barang online ni memang murah la dari kedai kat luar tu. Selalu sangat menarik-menarik kita nak membeli. Especially barang dari cina. Aku selalu beli kat shopee jer. Suka beli langsir, barang deco rumah & adalah seluar bebudak sesikit. Pastu beli topup sebab lagi murah dari kedai. Macam pakaian untuk diri sendiri memang aku dah tak beli dah. Aku cerewet. Cutting tak ngam skit pun aku tak mau pakai. Baju keje memang tempah. 

Barang prelove/second pulak rasanya tak pernah beli lagi. Serius walau pun aku jual barang prelove namun nak beli orang punya memang aku tak boleh dengan jiwa aku. Kita jual sebab kita tahu condition dia macam mana. Orang lain kita tak boleh nak selami betul ke barang dia tu elok ke tak. Zaman sekarang susah nak percaya. Jadi kalau nak beli barang prelove saya sila yakin seyakinnya i boleh dipercayai uollss.. :-p.

Baru-baru ni aku adalah listkan nak beli beli apa. Untuk deko rumah. Salah satunya trones ikea (rak kasut). Suka trones ni sebab dia boleh lekat kat dinding, bertutup dan tak makan space. Aku target nak gantung kat dinding luar which is selalu terdedah pada cahaya matahari. Jadi tak expext nak beli baru.

Dah aim nak beli yang murah-murah atau prelove (in a good condition laaa). Tengok kat carousell tak de pulak orang menjual trones yang berkenan. Ada pun rasa better beli yang new dari prelove diorang tu tak berbaloi. Kat shopee harga sama jer kalau kita beli sendiri kat ikea. RM 120 boleh dapat dah masuk pos. Tolak coin shopee boleh dapat murah lagi. Tak yah nak pergi ikea dah pun tak pe. Ikea harga dia RM119 untuk dua box. Tapi sebab kecerewetan dan kekedekutan aku, hasrat tu terkubur aje lah. Rasa sayang dowh nak kuar sekali segeduk beratus-ratus tu.
Inilah trones



Ntah macam mana satu hari tu terbukak market place dekat fb. Market place ni aku tak pernah guna pun sebelum ni. Saja gatal-gatal tangan tekan. Kebetulan ada pulak orang iklankan trones yang mana aku rasa berbaloi kot kalau aku beli. Dia iklankan trones ni RM100 untuk 3 box, 6 jam yang lepas pada hari berkenaan. Dulu ikea memang jual 3 boxes. Sekarang jual dua box-dua box. Orang tu iklankan kata tak pernah guna pun lagi simpan dalam store je. Ntah btul ke tidak. Dan aku terpedaya. Terus pm dan set nak cod. Dia duk area cyberjaya. Balik dari kerja terus aku shut ke cyberjaya. Sesat larat ok walau pun berwaze.


Terus pinjam drill kawan. Sabtunya terus pasang. Ok sekarang aku mencari satu ke dua trones lagi nak melengkapkan jadi empat kat situ. Al-buruk rongak satu sebegitu. Kalau ada orang yang nak jual dengan harga yang berbaloi silalah bagitahu. Kalau boleh nak warna hitam kalau tak ada merah. hihihi...

Inilah kisah saya beli barang prelove buat kali pertama dalam hidup.

Sekian melaporkan.

06 August 2019

Hasil Jawab Survey Online Januari - Ogos 2019

Dah lama tak cerita pasal survey online. Hari ni nak show kat korang berapa RM yang aku dapat sepanjang tahun ni. Untuk menaikkan semangat korang menjawab survey lagi :)

Aku alway kata yang aku hanya akan redeem bila time hari raya dan hujung tahun sahaja kan. Tapi kali ni tak. Kali ni aku redeem sebanyak tiga kali secara berperingkat. Which is satu awal tahun hari tu, kemudian masa raya dan yang ketiga semalam. 

Alhamdulillah rezeki jawab survey tahun ni banyak skit berbanding tahun-tahun sebelum ni. Dapatlah nak redeem banyak-banyak kali. Sekali redeem dapat seratus dua tiga +++...  

Feb - May 2019.

May - Ogos 2019


Yang aku bulat-bulat kan tu lah yang aku dapat. Asal online survey company bagi dalam bentuk USD atau SGD ke akaun paypal kita. Bila transfer ke akaun bank baru akan diconvertkan ke duit malaysia. 

Nampak kan aku redeem bulan dua RM 141.45, bulan May (masa nak dekat-dekat raya) RM 311.05 dan semalam RM 224.73. Total selama 7 bulan ni sebanyak RM 677.23. Syukur sapa nak bagikan. 

Semua ini hasil dari jawab survey dari YOUGOV, TOLUNA & IPANEL. Tiga survey ni yang paling banyak aku jawab. Lain-lain ada jugak sampingan dari LIFEPOINTS, GLOVISS dan MOBROG

Kalau korang nak kenalah rajin jawab setiap survey yang diorang hantar kat email yang korang daftar tu. Nak join klik link setiap survey yang aku tulis kat atas tu ok...

05 August 2019

Keputusan Interview Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Hii... Lama sangat tak bersiaran. Nak mengarang dan menaip al-malas sangat....

Kali ini aku nak cerita pasal keputusan interview pembantu perawatan kesihatan u11 laki aku tempoh hari.

Entry sebelum ni aku bagitahu laki aku dapat panggilan interview kan. 18 Januari hari tu pergilah laki aku interview sambil ditemani aku kat Parcel C, putrajaya. Laki aku mana pernah jejak kaki kat spa nun. Kalau aku tak teman mampus sesat larat. Pergi pun tak kot.

Kitaorang sampai tak lambat tak cepat sangat. Kalau aku yang pergi interview confirm jadi orang pertama tak pun yang kedua. Ini kitaorang sampai dah panjang orang beratur panjang isi buku pelawat.

Laki aku tula lambat betul bersiap. Baju ni tak berkenan. Warna hitam tak suka. Baju kedut skit tak boleh. Nak pakai baju ikut taste dia. Taste pulak mengarut-ngarut. Ada ke nak pakai baju jenis tshirt knit tu. Memang marahlah aku. Penemuduga tengok pun reject terus. Geram sangat aku tengok kelakuannya. Nasib baik nak jugak ditukar pakai baju kemeja hitam yang memang semangga tu jerlah baju kemeja yang ada pun. Tie pinjam kawan punya. Warna oren. Gasak....

Sampai kat spa kitaorang daftar kat kaunter, lama gak tunggu baru dapat nombor. Dapat bilik A. Orang keenam. Bilik A ni masa sorang-sorang dipanggil standart dalam 15 - 20 min lebih-lebih skit. Bilik lain tengok memang lama-lama belaka.

Masa tunggu giliran aku duduklah sebelah laki aku. Bila laki aku masuk dalam bilik tu terus aku gerak tempat lain. Segan nak duduk kat situ lagi sebab bilik tu majoriti calon lelaki yang menunggu. Lepas selesai interview boleh pulak laki aku bising kata kenapa aku tak nak dengar dia temuduga. Ya allah ingat boleh dengar ke dari dalam bilik tu. Tak kuasa aku nak layan tau. First time punya candidate perangai memang macam ni eh...

Laki aku interview sekejap giler. Tak sampai 15 min pun. Masa tu aku rasa tak ada harapan dah ni. Sepanjang aku pergi interview kat spa, interview sekejap memang gagal memanjang. Yang lama tu yang lulus.

Laki aku bagitahu diorang tanya siapa menteri besar selangor? Laki aku tak dapat jawab. Dia kata yang ganti azmin ali tu tak glamour. Pastu tanya pasal isu semasa. Kebetulan time tu hangat pasal isu tak boleh merokok kat kedai makan.

Dia tanya laki aku merokok ke tak? Sah-sah laki aku kelentong kata dah berenti 10 tahun lepas. hahaha... Pastu itu dia tanya lagi isu lain. Laki aku cakap pasal rusuhan kat kuil sri maha mariamman usj. Kan dekat dengan rumah kitaorang. Kemain semangat laki aku mengupas isu tu.

Last dia tanya kalau dapat kat sabah sarawak nak pergi ke. Kau tahu laki aku jawab apa. Tak ada masalah. Kalau dulu iyelah susah. Sekarang dengan teknologi canggih dua jam je dah boleh berjumpa. Kelantan lagi lama nak sampai. Amboiii berlagak kau ye...


Keputusannya ????... 

Inilah laki aku sekarang. Alhamdulillah sekali periksa sekali interview dapat kerja kerajaan diusia hampir 40 tahun.

17 April 2019

Surat Dari Sofea

You know what.. Sofea ni walaupun dah darjah empat tapi nak bangun pagi punya susah. Setiap pagi sepanjang tiga tahun lebih persekolahan, setiap pagi tak sah kalau aku tak menjerit suruh bangun. 

Subuh tak payah cakaplah memang kelaut. Setahun boleh bilang dengan jari berapa kali dia bangun awal sembahyang. Nak keluar rumah 6.35am, 6.20 baru hegeh-hegeh nak bangun. Dah mandi boleh sambung tido dengan bertuala jer. Memang grrrrr... Lain hakeem, kejut sekali terus bangun. 

Disebabkan geram yang amat sangat last week lepas membebel sepanjang jalan nak hantar ke sekolah, aku tak bercakap dengan sofea dari pagi sampai ke malam. Dah tahu lambat, bila kita suruh cepat, buat muka. Bukan nak siap cepat-cepat. Laki aku pulak, marah kat aku sebab menjerit. Katanya kalau nak kejut tak yah lah jerit-jerit. 

Seriously ko nak suruh aku bersabar dah nak gerak pun masih tak pakai-pakai baju lagi. Baik sofea dan airis kalau kita cakap lembut lagi terbuai dia nak tido. Jerkah baru lah gerak setapak. Pastu boleh pit stop kat bilik belakang pulak. 

So, malam hari kejadian tu rumah memang senyap. Sebab memasing-memasing tak berani nak bercakap. Tau maknya marah. Tetiba airis bagi satu kertas kata sofea bagi...




Ayat bahasa melayu  caca merba betul. Tak de maknanya nak tidur pukul 8.30. Malam tadi jer tido dekat pukul 12. Ermmm...

Tapi usaha dia sejuk sikitlah hati kita. Berpelukanlah kitaorang malam tu sambil menangis. Esoknya kejut dua kali dah bangun.

Lusa hingga ke hari ni, buat balik perangai yang sama. Ishhh tak tahu dah macam mana cara nak kejutkan si sofea ni supaya senang bangun. Dia kalau ada tournament hoki boleh pulak bangun awal. Anak korang senang tak bangun pagi? Macam mana nak kejut bagi senang bangun?

22 March 2019

Make over kerusi

Kat rumah aku memang banyak perabot-perabot terpakai yang orang kasi. Setiap kali ada job pindah rumah mesti laki aku akan bawak balik perabot yang orang tak nak tu. Aku stress sebenarnya tengok semua benda-benda ni. Kebanyakannya barang yang dapat tu banyak yang akhirnya kitaorang kitaoang jual atau hantar balik kampung. Ada yang simpan dalam stor pastu rosak terpaksa buang.

Lately ni tetiba timbul idea nak make over barang-barang terpakai yang kitaorang dapat. Ini semua rentetan dari beli sofa kat ezbuy yang kurang memuaskan tu laa. Nak beli barang macam sofa memang kena tengok sendiri kan baru puas hati. Sebab kekangan masa dan laki aku pun bukan nak teman jadinya terpaksa aku beli online. Haaa dapatlah yang tak memenuhi kehendak hati. 


Baru-baru ni laki aku bawak balik kerusi ni. Kalau tengok memang tak mungkinlah kerusi ni dapat masuk dalam rumah. Koyak dah kain dia. Satu lagi aku geli. Bekas orang. Tapi tengok dia punya span masih elok. So why not kita touch up kasi cantik. Geli-geli pun bawak gak lah masuk rumah. Gigih pi diy beli staple gun demi nak buat aktiviti make over. Barang yang wajib kena ada kalau nak make over sofa tau uolls.


This is staple gun bagi yang tak tahu. Cuma RM18 dekat mr diy. 

Tada... Hasilnya. Kain guna kain heavy cotton yang memang sedia ada kat rumah. Bahagian handle dia tu aku jahit finishing guna velcro tape. Boleh bukak cuci, tukar dan sebagainya. Cantik tak?


Letak bulu yang di beli kat shopee. Banyak tengok orang kat group deko tu buh carpet bulu ni. Aku pun teringin gak. Murah jer bulu ni dalam RM 6 lebih saiz 30cm x 30cm.

Insyaallah sekarang tengah make over single sofa pulak. Dah nak siap dah cuma ada barang yang tak cukup kena hold dulu. Dah siap  nanti aku show kat sini lagi. Serius jimat banyak bila kita diy sendiri. 

21 March 2019

Pengalaman membeli belah di Ezbuy

Ya allah nak cakap pun susah macam mana aku boleh terjebak membeli kat ezbuy. Walhal sebelum ni memang menyampah tengok barang yang diiklankan. Barang-barang kat ezbuy ni memang murah-murah.

Tapi sebenarnya harga yang tertera hanya untuk mengaburi mata kita sahaja. Bila kita klik apa yang kita nak, jadi mahal pulak. Sebab apa... Contoh sofa dia tulis harga seratus lebih. Menggeletis la ko nak beli. Tapi bila klik rupanya itu untuk yang single. Yang 3 seater lain plak harga. Belum masuk shipping. Dah hampir menyamai harga sofa yang kita nak beli.

Walau macam menyampah, macam tak nak beli ntah termakan jugak hasutan orang kata sofa/perabut kat ezbuy ni masih lagi murah jika dibanding dengan yang lain. Jadi aku kembali bukak web ezbuy lalu terjebak. Benar kata orang, pengaruh kawan sangat kuat . Kita kena pandai pilih kawan. Sigh!!.

Bukan bukan... kawan aku semua baik-baik belaka. Kebetulan sahaja nafsu nak beli sofa memang tengah membuak-buak. Tak habis-habis dengan projek deko rumah. Sofa yang ada pun dah nazak sangat. Dah merekah kat tempat duduk plus bahagian tepi dah rasa kayu sangat. Pernah airis terjatuh ngam-ngam kena tempat yang tak ada span tu. Meraung....

So 14/1 Allah gerakkan aku untuk order barang kat ezbuy setelah beribu-ribu kali bukak katuk bukak katup web/app ezbuy. kihkih.. Allah lah gerak kan sangat.. Tak tahulah macam mana aku boleh berani dan senekad itu pergi beli prime membership semata-mata nak beli sofa. Rasukan syaiton sangat... Kalau tak, nak beli barang bawah RM50 pun fikir seribu kali kalau online.

Ye kalau nak murah shipping kena beli prime. Shipping cuma RM 8.80 dari china ke malaysia. Itu baru harga shipping china ke malaysia. Malaysia ke rumah akan ada charge lain. Memang gitu kalau beli kat ezbuy. Kena bayar dua shipping.

Kalau korang tak amik prime tu lagi haru sebab shipping barang besar-besar like sofa harga shipping makan ratus. Aku amik prime membership yang RM 18.80 untuk trial 5 day. Lepas ni kalau nak beli lagi kena beli prime yang 6 month RM 99 atau setahun RM199. Mungkin taklah kot. Sebab kalau bayar prime jarang shopping, rugilaaa.

Sofa yang aku nak beli macam ni. Tapi 3 seater. Harga untuk 3 seater dalam RM 526.69. Shipping RM8.80(dari cina ke malaysia) + 70 (shipping ke rumah). 



Inilah sofa yang aku order tu. Sebulan lepas order baru sampai. Sorry gambar kurang jelas sebab snap waktu malam. Tepi pintu putih-putih tu, kesan aku tukar frame pintu. Tak bercat-cat dari tahun lepas sampai sekarang.

Puas hati?? 

Ntahlah nak cakap puas hati tak, tak puas hati pun tak jugak. Dari segi material memang aku suka. Aku memang nak jenis fabrik. Tapi dari segi ukuran aku kurang berpuas hati. Tempat sandar rendah sikit.


Gambar kat atas tulis 76cm tapi bila aku ukur cuma 70cm. Tanya kat ezbuy, seller kata ukuran dia memang 70cm. Dah kat iklan tu tulis apa. 6cm tu banyak beza tau..Aku sebelum beli memang dah ukur btul-btul ikut ukuran yang diiklankan. Kalau ukuran 76cm tu just nicelah nak duduk. Luckily laki aku suka pulak. 

Lagi satu yang aku frust ada seller lain jual sofa 3 seater sebijik macam ni ada 6 kaki. Seller ni jual cuma 4 kaki. Yang ni silap aku tak habis khatam semua jenis sofa pattern ni. Sebabkan kaki sofa ni tinggi, kemungkinan untuk patah tengah tu bakal terjadi. Seram kan... 

Jadinya tiap kali bebudak nak duduk atas sofa, aku jadi tarzan menjerit-jerit suruh duduk slow-slow. Jangan kau melompat. Patah karang. Tapi sampai bila aku nak menjerit setiap masa.  

Disebabkan anak tekak aku dah nak tercabut rasanya, aku suruh ezbuy tolong belikan satu set kaki sofa kat seller. Deal punya deal, seller tak jual satu set depan belakang. Dia jual dua set dengan harga RM 46.38. Ni aku tengah menanti barang sampai ke rumah.

Actually bukan sofa jer aku beli tapi aku beli rak buku gak. 


Cantik tak rak buku ni? Aku beli sebab suka kaki dia tu. Kebanyakan rak buku yang jual kat malaysia ni susah nak ada kaki. Harga rak ni dalam RM 118.00. Beli dengan sofa tadi boleh combine shipping.

Tak sabar nak letak buku sekolah bebudak ni. Walaupun combine shipping rak buku ni sampai dulu.



Seperti yang anda lihat, malang sekali sebab setiap papan ada crack. Mungkin crack dalam perjalanan. Iyelah jauh cina ke malaysia. Seller pun tak letak sticker frigile ke apa. Papan tu macam dah nak terbelah dua. Material papan dia sebenarnya best. Tapi dah crack jadi tak bestlah kan. Sakit hati ada. 

Aku email kat ezbuy pasal kerosakan ni. Dah terang lagi bersuluh memang tak boleh guna kan book shelf ni jadinya diorang bagi full refund balik harga bookshelf ni. Nasib la baik kan...


Aku try jugak pasang bookshelf ni. Ternyata book shelf ni sangat kecik. Tak muat nak letak buku sekolah bebudak tu pun. Ada hikmahlah benda ni jadi. Taklah ko rasa sakit hati sangat. Beli book shelf tapi boleh letak barang-barang jahit pulak. Ini tak tahulah bila masa book shelf ni akan runtuh. Sebab yang paling banyak crack kat bahagian paling bawah. 

Itu sahajalah pengalaman aku shopping ezbuy. Tak tahulah ini pembelian pertama dan terakhir atau akan ada pembelian seterusnya. Sebab iklan kat ezbuy ni sangat memprovokasi. Ko rasa tertarik-tarik nak membeli. Rasanya dengan pengalaman diatas tak mungkin lagi lah aku beli barang besar-besar secara dalam talian.

18 January 2019

Hasil Survey Penghujung 2018

Entry macam ni insyaallah akan ada pada pada awal tahun dan pertengahan tahun sebab setahun aku akan redeem dua kali semua hasil survey. Satu masa raya dan satu lagi masa nak naik sekolah. Nak tengok performance. 


Hasil tahun lepas dapat RM 252.98... Tengok amaun yang RM tu jer. Aku dh convert dari $ (usd) dah tu. Dua kali transfer ke amaun bank setiap satu kena tolak RM3.00. Jadinya total bersih dapat RM 246.98 sahaja. Alhamdullillah rezeki buat beli baju sekolah anak-anak.
 
Semua ni hasil survey dari TOLUNA, YOUGOV, MOBROG dan GLOBALTESTMARKET.
 
Yang berminat boleh klik link setiap satu kat atas tu. Atau nak baca cash-cash yang telah aku redeem sebelum ni boleh klik kat label jana pendapatan sampingan kat tepi sidebar tu ye.

So siapa yang dah join? Dah dapat hasil ke?

03 January 2019

Interview Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Ini kisah laki aku. Aku dah memang kerja kerajaan buat apa mohon jawatan yang lagi rendah ye tak? Walau pun laki aku yang punya, aku berperanan besar dalam mengisi borang, mengemaskini akaun dan sebagainya. My laki bukan pandai sangat bab komputer ni. Sijil-sijil nanti i lah jugak tu kena cop bagai.
 
Actually laki aku dah nak masuk four series dua tahun lagi. Masa zaman muda memang tak pernah isi borang spa. Cuma baru setahun dua ni cuba nasib Sebab dia berminat nak jadi polis bantuan. Nak ikut jejak langkah kawan dia. Tapi semua jawatan yang dipohon tak melepasi syarat kelayakan. Orang kata umur lebih 35 tahun tak boleh masuk kerja kerajaan. Ntahlah.... Betul ke?
 
 
Isi 15 jawatan, jawatan ni je yang melepasi syarat kelayakan. Aku confirm kebanyakan yang amik ujian psikometrik mesti ada yang backup kan. Aku pun sama lah tolong laki skit skit.  Soalan ada 128 soalan. Jawapan a b c. Tick jer kalau tak tahu.
 
Kebanyakannya soalan mengenai personality selebihnya soalan math. Kalau korang ni memang skor math masa spm i sure uolls boleh jawab. Yang aku ingat soalan pasal math tu berkaitan masa, min median mod, punca kuasa. Tambah tolak darab bahagi yang biasa tu lah. Soalan tricky skitlah. Bukan direct soalan. Aku yang math dapat satu pun ada dua soalan yang tak boleh jawab. Laki aku apatah lagi. Kihkihkih...
 
 Alhamdulillah dalam pada main hentam tu lulus jugak.

 
Semalam dapat email dari spa, 18/1/2019 ni interview. Harap-harap adalah rezeki laki aku kerja kerajaan. Permulaan yang baik tahun 2019.....