25 November 2010

Bantuan Kewangan Khas Kedua Tahun 2010

Semalam terima call dari Bahagian Akaun dari Kak Norli :

Azi dah pukul 11.30 pagi ni, lagi setengah jam je nak pukul 12. Bila nak anta report bayaran RM 500.00 tu?

Aku yang sedari pagi memang sibuk buat keje terus tersentak dan tersentap dengan pertanyaan itu. Hah?? Report apa tu? Tak tahu pun. Nape tak ada orang nak remind. K.Norli kata serius susah nak berhubung dengan aku la ni, dia ade pesan kat orang lain. Aku kata mana ada aku dapat apa-apa pesanan. Rupanya bila ditanya orang tu kata dia tak faham apa pesanan yang K.Norli suruh sampaikan. Orang baru cam tu la.....

Jadi kerana misscommunication itu terpaksala aku mintak ihsan kat Bahagian Akaun bagi masa aku check dulu report sebelum nak run bayaran RM 500 tu. Kata aku sebelum waktu rehat aku akan hantar report tu sendiri ke Bahagian Akaun.

Alhamdulillah walaupun mengah, lelah dan penat aku berjaya jugak sampai ke Bahagian Akaun tepat kul 1 tengahari. Jadi dapat la warga KDN yang sepatutnya dan selayaknya dapat duit Bantuan Kewangan Khas Kedua dapat pada 1 Disember ni nanti.

Korang tahu ke Bayaran Bantuan Kewangan Khas Kedua Tahun 2010 adalah pada 1 Disember 2010??. Ramai dah tahun kot sebab pekeliling perkhidmatan pun dah dikeluarkan di laman web JPA. Aku je yang sering terlupa kalau hal perkaitan bayaran-bayaran seperti Bantuan Khas dan bonus confirm ada changes dan pelarasan yang kena dibuat.


5 comments:

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

1 Dis ek? Alhamdulillah

Rohani Hashim said...

waaa beshnya dpt lagik uuu...alhamdulillah rezeki kan..hehehe hany xdapek ;(

aziazib said...

k.anum: yup 1dis ni, jom perabih duit...

hany: sib baik PM murah hati, tp still frust bonus tak de. klu swasta berbulan2 bonusnya hujung tahun...

puanstoberi said...

1 Dis eh.. igt masuk skali ngan gaji. teheheheh :P

Anonymous said...

1 Dis upenya..alhamdulillah :D duit banyak habis time konvo hari tu.

p/s rugi tak beli kamera, huhu. baru tau duit masuk 1 dis upenya. takpela takde rezeki