Bodoh gila aku nengok sorang mamat ni tulis semua perbelanjaan harian dia. In detail.
Dari perbelanjaan rokok {RM 5.60}, dapat ke lagi rega itu sekarang. Tak ada dah kecuali brand suria. Rokok sekotak mau dah nak cecah RM 10 sekarang nih.
Perbelanjaan makan tengahari {RM 3.50}, dapat ke lagi rega tu kalau dengan nasi + ayam + sayur. Tak ada, kecuali duduk di hujung dunia. Kalau kat putrajaya tak de rm5 tak dapatlah kau makan tengahari.
Semua barang mahal-mahal belaka la ni..:(
Setiap hari dia tulis apa yang dia beli. Air teh beng (orang kelantan dia ni), cendul pulut, belanja gf......... Tak jemu-jemu dia update dari masa ke semasa.
Kalau aku memang ada juga mencatat semua perbelanjaan. Tapi in roughly. Makan sebulan berapa. Shopping berapa. Minyak tol berapa. Sen sen pukul rata, digenapkan.
Pendek kata setiap hari banyak sen + rm yang missing ntah kemana. Tak boleh nak detect. Bila sebulan dikira-kira sen + rm yang missing boleh mencecah puluhan rm dan kengkadang ratusan rm (over shopping).
Jadi back to mamat tadi, he right. Setiap duit yang mengalir macam air tu dia dapat diketahui kemana hala tujunya. Lebih-lebih lagi bagi yang dah beranak pinak ni, duit bukan untuk kegunaan sendiri sahaja tapi untuk anak dan keluarga.
And at the end of the month bolehlah kita ketahui exactly berapa rm tuk anak, berapa rm untuk ibu dan berapa rm untuk bapak yang perlu di spend setiap bulan. Boleh buat analisa dan budget untuk bulan depan mana yang patut dikurangkan dan mana patut dilebihkan.
Jadi hari ini rasmilah aku menaip semua detail perbelanjaan melalui fail my account harian ku menggunakan excel save di desktop @ netbook asus. detailnya.......
4 comments:
Dulu time bujang rajin gak buat bajet detail. Skang maleh dah. Congak2 gitu je la. Yg penting ada saving yg trus potong gaji.
Tp sok da ada anak, kena la buat balik kut. HIhi :D
Akak selalunya tampal je resit2 dala satu buku. MAna yang ada resit tu je lah.. Yang takde tu anggap je tak pernah kuar...Tapi kdg2 termis gak..
ye rr...btol2....nak wat la gak..
t email ko nye sheet kt aku..wat contoh..hahahha...***x berubah kan aku??..kehkehkeh
pn.stoberi: ter balik plak kita, dh ada 2 ank ni kena pndi budget.
k.ros: sy pn kena tmpl jugakla resit tu, simpn2 merata je sblm ni.
dayah: ko mmg xabis2 copy paste..hi3
Post a Comment