Selasa hari tu kami sekeluarga pergi cheras sebab nak hantar pulang pekerja mr. edy yang dah nak berenti kerja. Macam perempuan nak kena berhantar-hantar. Balik dari cheras tu tergerak hati nak check fridge bahagian freezer (instinct la tu).
Masa bukak tu hati dah memang rasa lain macam. Tengok ada banyak lelehan air. Pastu semua botol2 berisi EBM dah cair. Tak ada satu pun yang beku. Nak kata blackout, lampu peti ais menyala.
Aku baru je mula aktiviti mengepam ni. Baru 3 minggu. Stock pun taklah banyak mana. Tapi lebih dari mencukupi untuk tinggalkan hakeem separuh hari time interview nanti.
Sejak dapat surat panggilan temuduga ritu lah mula tertatih-tatih mengepam. Kalau pump dari dulu pasti dah bertimbun dah stock ebm untuk Hakeem. Risau jugak tetiba dipanggil bertugas awal. Macam confident dapat jer :P
EBM kalau dah cair kenalah habiskan dalam tempoh 24 jam. So trylah kasi hakeem minum. Walaupun tahu tak kan terhabisnya dia minum. Hanya 1oz jer yang lalu ke tekak hakeem. Yang beroz-oz lagi tu dah selamat aku campak ke sinki. Sayang ooooo.......
* Mood : Sedih.
For ibu-ibu yang buat stock sila pastikan fridge anda ditutup rapat.
4 comments:
X pe MamaAzi.. Try again.. selepas abis susukan hakeem terus pump.. kosongkn breast.. Smoga berjaya!!
tq momma AA sbb support...
ooo sbb xtutup peti ais rapat ke.. alahaiii siannya.. tp nak wat camne kan.. xda rezeki.. pam lg yer..
btw, good luck utk interview nanti :-)
Alahai, sayangnye... Takpelah dah takde rezeki Hakeem... Jgn putus asa!
All the best for interview!
Post a Comment