10 May 2012

Tips dan cara-cara mencukur rambut baby

Mesti ada yang nak tahu macam mana aku cukur rambut Hakeem sampai botak licin tu. Ada ker?

Ada yang tanya Hakeem tak nangis ke. Jawapannya tak. Tapi bukan senang nak potong dan cukur rambut budak kecik ni. Sofea yang dah nak 3 tahun tu pun bukan main dia lari bila aku start sentuh rambut dia.

Kena betul tekniknya, baru baby tak nangis. Aku hanya akan potong rambut hakeem waktu keadaan tenang, waktu tak orang. Pastu time dia macam dah letih nak tidur dan off course waktu dia nak menyusu.

Nak tahu lebih lanjut camna aku buat meh baca ni.

Alatan mencukur rambut yang diperlukan :
GUNTING (gunting kecik sudah)
SHAVER (aku guna jenama Gillete)
SURAT KHABAR
TOWEL KERING
TOWEL LEMBAB
AIR SECAWAN

Cara-cara mencukur rambut :
Memula aku akan potong rambut Hakeem yang panjang tu guna gunting. Gunting cincai-cincai jer. Bertobek pun tak ape. Sebab niat nak botak kan? Janji rambut baby dah nipis dan pendek. Senanglah nak ke proses cukur nanti.
Kemudian aku pangku dan susukan Hakeem. Hakeem nyusu badan. Kalau yang minum susu botol pn boleh jugak. Tapi kena pangku anak tu yea. Pangku biar atas tangan kiri supaya tangan kanan boleh jalankan kerja nanti.
Masa dia tengah sedap menyusu time tu tangan kanan aku mula buat aktiviti mencukur bahagian atas rambut. Kemudian aku buat bahagian tepi belah kiri dulu. Kena sengetkan kepala dia lah. Aku pastikan bahagian kiri siap sepenuhnya baru boleh pusing belah kanan. Kalau buat sekejap belah kanan sekejap belah kiri kang mengamuk pulak baby tu.
Then, confirm tak lama pastu baby akan tido. Time tu waktu yang tepat untuk sengetkan kepala kekiri supaya dapat cukur belah kanan pulak. Pastu aku tak akan tukar-tukar posisi dah. Cukur sampai botak licin. Kena pandai-pandailah cukur bahagian belakang tu. Memang lenguh jugaklah kepala aku dibuatnya.
Fyi, aku tak akan cukur sampai tiga empat kali untuk satu kawasan cukuran. Takut nanti kepala Hakeem pedih dan luka. Aku cukur sekali dua, kemudian buat tempat lain dan ulang balik tempat yang dah di cukur tadi. Aku ulang proses ni dalam tiga empat kali untuk mendapatkan kepala yang botak licin. 

Btw, secawan air gunanya untuk bersihkan shaver yang dah dipenuhi rambut. Surat khabar untuk bungkus rambut baby tu. Towel kering untuk lap shaver. Towel lembab tuk lap rambut. Nak tengok dah licin ke belom rambut tu.

Tapi aku tak guna pun air dan tuala. Aku dah expert, korang yang baru bertatih di sarankan guna. Kih Kih Kih...

Nak cukur rambut baby ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Bagi yang kurang sabar baik tok sah cukur. Nanti buat jahanam rambut anak korang jer. Masa yang diperlukan diantara 30 min ke 60min tau.
Selamat mencuba teknik mencukur rambut baby versi Pn. Azi yea...

*faham ke penerangan aku tu...

8 comments:

Unknown said...

isk..
kalu kasi shark cukur mmg x brani ler..
nk gang pn xbrani baby ni..
shark berani bla bby umo 6 bulan keatas:)

Riena Haiqal said...

owh macam tu ker? nak cuba la.. sebab kalau dia (Haiqal) dah start menyusu, dia takkan peduli ibu dia nak buat apa kat dia... hukhukhuk...
bagus tips ni.. :)

IntaNBerliaN said...

ooo macam tu... kene ambik cara ni.. mana tau kot next time sy dapat baby boy.. blh cukur sendiri..hih8ii

aziazib said...

shark: memula mmg xberani, tp klu dh biasa, alah bisa tegal biasa kata org...

riena haiqal: itulah, senang je klu kena caranya tau...

intanberlian: rase thrill dpt cukur sendiri, insyaallah klu ada rezeki dptlah bby boy tu..

Anonymous said...

Memberi saya semangat utk cukur bb saya nanti, inshaAllah! T/kasih atas tips.
p/s: duk tgk video org hantar anak cukur kat kedai. Dia guna mesin pencukur khas utk bb. Kalaula dpt mesin tu kan senang..

Unknown said...

thanks ya...
Tipsnya sangat bermanfaat sekalii...
oya untuk yang punya tips memilih kaos kaki bayi Sher ya...
Trims.. MOga makin sukses

aeinnamusa said...

tq for sharing

Fabulous Cinta Legacy said...

tq for sharing..good info