14 June 2012

Buat Kayu Golf daripada Raket Badminton

Kat rumah aku ada sepasang raket badminton pemberian kawan mr. edy beberapa bulan lepas. Dengan adanya raket ini umpama pengerat kasih antara aku dan mr. edy. chewah... :-)

Iyelah... kalau ada masa terluang pepetang, sejak raket ni hadir dalam hidup kitaorang, mr. edy rajinlah ajak aku main badminton. Selain dapat bersuka ria boleh jugak menyihatkan badan.

Tapi sekarang dah tak ada aktiviti berbadminton sejak sofea dah patahkan salah satu raket tu. Sebenarnya sofea ni boring, dulu duk nursery ramai kawan. La ni  duk rumah dah tak ada kawan, memacam benda dia buat untuk hiburkan hati dia sendiri. Kesian anak mama....

Memula dia main main dengan raket tu. Kemudian dia hempok hempok kat lantai. Akhirnya dia pijak pijak raket buat bentuk kayu golf. 




Nampak tak kreatif betul kepala otak dia sampai bengkuk dibuatnya raket tu. Raket yang satu lagi  tu terpaksa aku sorok sebab kalau dia nampak confirm nangis-nangis mintak.

Pas ni nampak gayanya kena cari aktiviti riadah yang lainla pulak. 

3 comments:

Riena Haiqal said...

mak ai... terror nya sofea... raket badminton dah jadi kayu golf dah.. heheheheheh.. :)

ecadwinkyasha said...

mak aii,sofea ne hebat la...terus bengkok raket tu.hehehe

IntaNBerliaN said...

hihii terlebih kreatif :-)