Ingat tak sebelum ni aku pernah mention yang lappy rosak. Dekat dua minggu tak bersiaran dan dalam seminggu lepas aku dapat guna lappy abang ipar. Nasib abang ipar baik hati kasi pinjam...
Then hari isnin baru-baru ni pergi kat kedai komputer tuk amik lappy yang dah dekat dua minggu tersadai kat sana boleh pulak tuan kedai cakap belum siap.
Esok tengahari baru siap. Padahal mengikut perjanjian hari sabtu minggu lepas dah boleh amik.
Oklah tak nak bising-bising, semalam pas berbuka puasa kitaorang bergegas nak pergi amik lappy. Takut jugak kalau duk lama-lama kat kedai komputer tu, in case ada kecurian diorang dah bagitau tak akan bertanggungjawab. Silap-silap ada tiga ratus je kena bayar mau dua ribu pulak yang melayang.
Baru dalam 10 minit perjalanan nak kedai komputer tetiba kereta pulak bunyi macam rumah nak runtuh. Bila diperiksa mr. edy kata semua dah punah.
Apa yang punah pun aku tak tahu. Balik rumah mr. edy keluarkan satu tali dan campak keluar. Rosak apa aku tak tahu sebab kereta masih boleh jalan cuma stering dah berat masa nak corner.
Aiii berapa ratus ribu pulak yang melayang pas ni...
Mood : Sangat tension.....
4 comments:
Salam Azi.Macam2 dugaan dlm bulan puasa ni,Semoga Azi & HB sabar dgn ujian ini ya,Aminnn
Salam azi..
bersabar yer.. dugaan ramadhan.. smoga Allah SWT permudahkan urusan kamu sekeluarga.. amin...
selamat berpuasa untk hari ni Azi... (^_^)
dugaan semasa berpuasa.. dan kenalah bersabar kan..
dugaan di buln pose dkt2 nak raya ni... sabo yer
Post a Comment