Showing posts with label my activity. Show all posts
Showing posts with label my activity. Show all posts

25 July 2012

Lappy Rosak, Kereta Rosak

Ingat tak sebelum ni aku pernah mention yang lappy rosak. Dekat dua minggu tak bersiaran dan dalam seminggu lepas aku dapat guna lappy abang ipar. Nasib abang ipar baik hati kasi pinjam...

Then hari isnin baru-baru ni pergi kat kedai komputer tuk amik lappy yang dah dekat dua minggu tersadai kat sana boleh pulak tuan kedai cakap belum siap.

Esok tengahari baru siap. Padahal mengikut perjanjian hari sabtu minggu lepas dah boleh amik.

Oklah tak nak bising-bising, semalam pas berbuka puasa kitaorang bergegas nak pergi amik lappy. Takut jugak kalau duk lama-lama kat kedai komputer tu, in case ada kecurian diorang dah bagitau tak akan bertanggungjawab. Silap-silap ada tiga ratus je kena bayar mau dua ribu pulak yang melayang.

Baru dalam 10 minit perjalanan nak kedai komputer tetiba kereta pulak bunyi macam rumah nak runtuh. Bila diperiksa mr. edy kata semua dah punah.

Apa yang punah pun aku tak tahu. Balik rumah mr. edy keluarkan satu tali dan campak keluar. Rosak apa aku tak tahu sebab kereta masih boleh jalan cuma stering dah berat masa nak corner.

Aiii berapa ratus ribu pulak yang melayang pas ni...

Mood : Sangat tension.....

16 July 2012

Barang idaman saya

Tiba masa untuk mendedahkan apakah sebenarnya barang idaman aku. Suspen je bunyi.... :-P

Akhirnya tercapai jugak hajat nak beli benda alah ni. Dah lama dah mengidam nak beli tapi setiap kali ada duit rasa sayang nak melabur ke barang ni.

Barang idaman saya ialah MESIN JAHIT.

Mesin jahit ini model Singer 2250. Kalau harga installment RM 799.00. Tapi sebab aku bayar cash only RM 700.00. Bolehlah. Ini je yang mampu.

Owh fyi, aku beli mesin ni kat giant, putra height. Dekat je kat rumah. Daripada sibuk-sibuk hari tu cari kat Shah Alam punya jauh. Tak pelah.. tak trade in mesin jahit yang lama tu pun harga still under budget lagi.

Actually kedai jual mesin jahit ni kat Keramat, KL. Tapi diorang ada bukak booth kat Giant, Putra Height that time. Memang dah jodoh aku nak beli dengan diorang.



*Nanti aku tunjukkan hasil jahitan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Dah banyak dah aku jahit sebab dah seminggu mesin jahit ni aku dapat.

15 July 2012

Misi mencari barang idaman

Setelah sekian  lama tak dapat update blog, hari ni aku pulun nak taip entri sebanyak yang boleh kalau larat. Jadi entri ini dan entri dua tiga hari akan datang adalah entri auto publish sampailah my lappy siap di baiki.


Jom aku nak mulakan story pasal misi mencari barang idaman yang aku pernah mention nak beli itu hari. Setelah ditimbang tara aku decide nak beli kat kedai area Shah Alam. Walau pun jauh dari rumah tapi hanya kedai ni je yang boleh menjadi pilihan sebab kedai ni boleh trade in barang.

Petang sabtu tiga minggu lepas (lama giler story ni) bermula misi mencari barang idaman yang pernah aku pernah mention. Before pergi, aku dah siap-siap call owner kedai tu suruh nantikan kedatangan kitaorang.


Macam yang aku mention duit nak beli barang idaman aku tu adalah hasil dari duit syiling simpanan selama tiga tahun, duit business, duit nuffnang dan sedikit duit my sis. :P. Jadi masa dikedai tu memang dalam otak dah set nak beli barang yang price dalam range yang ada dalam budget.


Masalahnya bila sampai kat kedai tu, owner kedai asyik push push suruh beli barang yang harga out of my budget. Harga riban riban. Siap suruh buat instalment lagi. For me kalau beli kereta bolehlah nak buat instalment. Memang tak mampu nak beli cash. Ini barang biasa-biasa jer.


Owner kedai kata alang-alang beli biar beli yang elok terus. Puas hati. Bagi aku sukati akulah nak beli barang harga murah ke mahal ke kan. Janji boleh pakai. Yang penting jaga elok-elok sudah.


Aku tak sukalah orang push-push. Last-last aku blah je dari kedai tu pergi cari barang idaman hati kat kedai lain. Tak kisah lah tak boleh trade in ke apa. Janji tak sakit hati.

Padan muka itu owner dari ada nak dapat untung sikit disebabkan tamak langsung tak dapat untung.


* nak tahu apa barang idaman tu tunggu yea next entry.

27 June 2012

Not a single mummy

Hari isnin lepas aku dah selamat tukar duit-duit syiling aku. Aku tukar kat Bank Islam. Kira bukan tukar tapi aku cakap nak masukkan dalam akaun bank. Berat giler nak bawak ke bank duit tu...

My sis kata kalau kita saja-saja nak tukar ke RM kena caj. Betul ker? Sebagai langkah keselamatan baik cakap nak masuk terus dalam bank pastu gi cucuk jer kat ATM machine. hi3...

Masa aku ngan my sis kira semuanya RM 320. Sekali hantar ke bank dapat RM 318.90. Human error.. Customer Machine always right.. Haahhaa... Actually duit 50 sen ada yang kena reject dek machine. Setengah jam lebih jugak duk nunggu sesi pengiraan.

Siap urusan pertukaran syiling, lari pergi ke pejabat pos untuk urusan pengeposan novel sambil bawak anak-anak main kat playground yang ada dalam Giant tu. (pernah citer pasal taman permainan dalam giant kat SINI)

Esoknya, hari selasa selesai siap masak (masak sardin jer, kih kih kih) terus berkejar ke OTK untuk cari susu sofea dan lauk pauk. Semua barang rumah banyak dah habis. 

Membeli belahlah aku bertiga ngan anak-anak. Nasib baik hari kerja, orang tak ramai. Masukkan diorang berdua dalam troli je senang. 

First time ni beli barang dapur sorang-sorang. Rasa nak nangis jer, dah nangis pun... sob sob (sambil lap air mata). 

Sepanjang hampir 4 tahun kawin memang aku tak pernah beli barang sengsorang. Mr. edy jenis peneman. Kata je nak gi mana, no hal. Tak adalah nak buat muka ke apa macam setengah laki. Tapi sebab sekarang mr. edy bz sesangat jadi aku kena independent. Kalau tak, tak makan anak-anak. 

Malam hari pulak aku pergi ke Maybank bayar duit kereta. Ngangkut sekali lagi anak-anak. Orang tak ada maid macam ni lah. Diorang pun kecik lagi. Nak tinggalkan kat adik/adik ipar/kakak takut depa nangis pulak. 

Aku dah lama kagum tengok ibu-ibu yang boleh berdikari sendiri. Pergi bank sendiri. Pergi shopping sorang-sorang. Pergi market ngan anak-anak. Now my turn....


* hari ni sampai sabtu mr. edy outstation ke terengganu :-(

25 June 2012

Satu Tahun Seratus Ringgit, Tiga Tahun???

Hari tu aku ada tulis pasal duit syiling kan? Haa... sabtu lepas tergerak hati nak mengira semua syiling yang ada. Siap sort duit lama-lama tu. 

As i mention duit syiling lama wajib di simpan. Tak akan tukar ke bank. Lagi lama simpan lagi tinggi nilainya.

Actually aku dah simpan duit syiling sebelum kawin. Tapi taklah banyak mana. Ada dalam 20 30 hinggit jer.

Selepas setahun kawin baru aku aktif simpan duit-duit syiling ni. Mr. edy penyumbang utama. Orang lelaki memang kurang gemar nak guna duit syiling. Tahu nak pakai duit kertas jer.

Setiap kali nak basuh seluar mr. edy, setiap kali tu wajib check poket seluar. Kutip semua duit syiling yang ada. Duit ringgit pun. Huhuhu... Masuk tabung.

Ini dia tabung duit syiling aku. Bukan tabung pun. Botol/tupperware jer. Dah siap bilang dengan my sis. Siap tulis berapa amaun lagi. Takut lupa.

Tutup botol merah duit 50 sen. Botol fiffy warna pink tu duit 20sen. Tupperware putih duit 10 sen.


Cepat kira berapa nilai duit syiling ni? Jawapan dah tersedia dekat tajuk ngan tutup botol tu. :P


Aku nak tukar ke bank dalam masa terdekat ni sebab nak beli barang idaman aku. Kalau saja-saja nak tukar memang mr. edy dari awal-awal lagi tak bagi. 

Dengan duit ni pun masih tak cukup sebenarnya nak beli barang idaman hati. Ingat nak topup dengan duit business online dan duit nuffnang. But still not enough....... :-(


* Nanti aku gitau apa barang idaman hati kalau dah dapat beli ye...

21 June 2012

Kebaikan membela ikan dalam rumah

Semalam pas mr. edy habis driving driving (bawak lori), balik jer rumah aku tengok mr. edy  menjinjing satu beg plastik. 

Tak lama pas tu mr. edy keluar masuk keluar masuk rumah. Cari itu ini. Bukan main bz sampai nak tegur bini pun tak sempat. Kemudian mr. edy angkat aquarium yang ada kat luar rumah. 

Rupa-rupanya mr. edy sibuk nak menghias aquarium. Nak bela ikan. Inilah aquarium yang dah siap ditata hias oleh mr. edy. Cantik kan?


Aquarium ni dapat daripada seseorang masa buat job pindah rumah. Kat rumah aku ni semua barang orang bagi, barang recycle. huhuhu...

Sebenarnya aku tak suka sangat bela-bela binatang ni. Tapi tak nak lah complaint complaint, biarlah mr. edy nak buat apa pun. Janji dia happy. Aku takut bising bising kang jadi macam kes kucing itu hari. Tak suka tak suka last last mati.

Bila mr. edy perasan yang aku buat tak tahu jer pasal hobi baru dia ni terus dia bagitau apa tujuan sebenar dia nak bela ikan tu. 

Kata mr. edy kalau kita bela ikan dalam rumah, ada orang cuma nak sihirkan kita, sihir tu takkan menjadi sebab ada benda hidup dalam rumah. Ini kes berjaga-jaga akibat kejadian aneh dan mimpi yang aku  bagitau hari tu lah. (Boleh baca entry tu kat SINI).

Kata mr. edy lagi, ikan yang dia bela dalam aquarium ni jenis ikan yang tak tido. Ntah betul ke tidak aku tak sure. Ikan tido ke tak sebenarnya haaa????

Yang pasti ikan ni mr. edy sauk kat dalam longkang depan rumah aku tu. hahahaha... Longkang umah aku tu pulak ya ampun kotor nak mampus. Hitam pekat airnya...

Mr. edy kata dia dah cuci 3 4 kali ikan ni kasi bersih semua bau longkang tu. kih kih kih...

24 May 2012

Dimana mendapat idea membuka kedai barangan terpakai

Korang nak tahu tak dari mana aku dapat idea nak bukak kedai barangan terpakai? Aku sebenarnya tak mempunyai angan-angan yang tinggi pun. Dan tak jugak mempunyai otak bisness.

Tapi sebab kedai barangan terpakai ni memang menjadi pilihan bagi sesetengah orang itu yang tergerak hati macam nak buat.

Almari ni menjadi rebutan ramai orang.

Almari atas ni macam biasa aku dapat free. Aku dapat daripada salah seorang customer yang sewa lori mr. edy. Orang Malaysia yang kaya memang kaya. Semua nak di buangnya. Cantik lagi kan almarinya...


Memula aku tak ada lah merancang nak guna almari ni. Macam biasa, aku letak semua barang yang orang kasi kat luar rumah je. Itu yang menarik pencuri nak datang rumah aku. Ahaksss...


Keesokan hari pepagi lagi kawan mr. edy call kata dia nak almari tu. Kawan mr. edy nampak almari ni semasa dia tengah buat rondaan. Dia polis...


Petangnya pulak ada jiran datang bertanya pasal almari ni. Dia tanya nak jual ker? Kalau nak jual, dia nak beli. Jiran aku ni kata lagi dia memang selalu beli barang terpakai.


Pastu boleh dia cakap lagi, hari tu dia ada nampak sofa kat rumah aku pastu dah tak ada. Tengok.. tingginya market barangan terpakai.


Fyi, bukan almari ni je yang ditanya, ada lagi drawer yang aku letak kat luar rumah pun dia nak beli. Tapi aku tak jual satu pun. Tak reti nak letak harga berapa. Dahla kita dapat pun free.


So dari situlah aku ngan mr. edy terfikir dan memasang angan-angan nak bukak kedai barangan terpakai.:-)

22 May 2012

Kedai Barangan Terpakai

Sekarang entry asyik story pasal rumah jer. Mentang-mentang tengah renovate rumah. :)


Actually aku nak cerita sikit macam mana terhasilnya idea nak tambah bilik store tu walau pun budget tengah nyawa-nyawa ikan. Ada banyak sebab aku nak buat store sebenarnya.


Yang pertama surelah sebab nak masukkan barang-barang yang bersepah kat luar rumah.


Keduanya aku ingat nak letak barang-barang pelamin. Barang pelamin ni barang customer tetap mr. edy. Kalau mr. edy angkat barang dia confirm 8/9 jam baru siap. Sebab nak jimatkan masa dan tenaga kitaorang fikir baiklah barang-barang tu letak kat rumah kitaorang jer. Owner barang pun dah bersetuju.


Yang ketiga, aku ngan mr. edy ada sok sek sok sek berangan nak bukak kedai barangan terpakai. Kan aku pernah cerita banyak barang yang aku dapat daripada customer yang sewa lori untuk pindah rumah. Boleh baca apa antara barang yang aku dapat kat SINI.


Barang-barang tu semua masih elok dan cantik lagi. Sebelum ni banyak dah aku bagi free je kat orang. Why not kan kalau aku bukak kedai barangan terpakai.


Aku fikir kalau customer yang beli tu duduk area puchong, aku bagilah servis penghantaran percuma.


Sekarang ni pun aku dah mula business online menjual barang peribadi. Kira barangan terpakai jugak tu. Kalau ada kedai bolehlah aku buat secara online dan offline kan. Cepat sikit lakunya.

*sesungguhnya ini semua impian eh angan-angan je kot.

Sambung lagi Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak

Hoyyey, akhirnya niat untuk menjadi surirumah sepenuh masa untuk tempoh dua tahun bakal tercapai. Suka sangat... suka sangat...

Awal mulai mei hari tu aku submit lagi surat sambung cuti menjaga anak. Kali ni aku decide cuti sampai bulan empat tahun hadapan terus. Tak ada enam-enam bulan dah. Senang. Kalau tak nak cuti kemudian boleh batalkan anytime.

Minggu lepas officemate call kata permohonan dah diluluskan. Haruslah diluluskan sebab sememangnya aku layak.

Aku terpaksa buat macam ni sebab hal kes nursery tu lah (pernah story kat sini) dan yang lebihnya sebab penyakit 'M' dah menyerang. Setahun duduk rumah rasa malas sangat nak pergi kerja.

Dan kalau korang masih ingat aku pernah cuba mencari jalan penyelesaian atas masalah nursery tu. Aku ada mention kat sini aku nak berniaga online tapi tak tahu nak jual apa. 

Akhirnya aku dapat idea menjual barangan peribadi. Aku mula dengan try jual 10 buah novel terpakai. Alhamdulillah dah hampir habis semuanya. Ingat nak tambah lagi novel jualan.

Dan sekarang dalam perancangan menjual baju kurung terpakai. Aku dalam process deal dengan sorang customer. Doakan semoga aku berjaya yea.

Nak lihat barang koleksi peribadi aku bolehlah CLICK SINI

28 April 2012

Operasi pembersihan SAWI

Sekitar operasi pembersihan kereta savvy aku tu. Sementara mr. edy outstation aku dan anak-anak carilah satu aktiviti untuk menghilangkan kebosanan.


Mr. edy kalau cuci Sawi ni hanya bahagian luar jer. Dia kata dalam tak penting, orang tengok bahagian luar jer.


Bagi aku bahagian dalam yang paling penting. Kalau naik kereta kotor mana nak selesa. Jadi kalau bab bersih bahagian dalam aku take part. Bahagian luar mr. edy punya part.



Kereta korang sekotor ni ker?
kereta savvy boleh cabut kusyen belakang, keta viva tak boleh kan?
Kusyen ni aku siap clorox lagi. 
Tak tahan betul tengok berpeta-peta Malaysia, Singapore dan Thailand.

Budak ni suruh je apa-apa mesti mau tolong. 
Tapi jangan bila dah besar mula pandai cari alasan ye sayang..

Penat.

Hakeem pun sibuk jugak nak tolong. Sabar na.. besar sikit baru boleh.


Kereta aku kalau cuci pagi, petang naik confirm dah kotor. Mr. edy memang jenis yang anak nak buat apa semua ok jer. Makanlah apa-apa pun dalam kereta. Tumpah ke sepah ke dia jenis yang relax.

Korang yang ada anak alami tak masalah kekotoran bahagian dalam kereta yang melampau. Atau korang straight tak kasi anak makan dalam kereta. Atau kalau makan dalam kereta korang suapkan? Ke camana?

26 April 2012

Free Gift t-shirt 'Minggu Saham Amanah Malaysia'

Posisi depan.
Posisi belakang.

Kita bukan nak jual baju tau. Baju ni aku dapat masa aku masukkan duit ASB dekat PNB, Shah Alam hari selasa hari tu. 

Kalau nak masukkan duit dalam ASB boleh jer kat pejabat pos, CIMB, Maybank atau RHB Bank. Tapi sebab aku nak buat buku ASB mr. edy yang hilang kenalah pergi jugak mana-mana cawangan PNB. Yang paling dekat dengan rumah kat Shah Alam ni ha je lah.

Bila dah selesai urusan masuk duit, abang kat kaunter cakap pergi kaunter hujung amik hadiah. Rupanya sekarang ni tengah berlangsung Minggu Saham Amanah Malaysia. Tak tahu pun aku. 

Nasib baik masukkan duit kat sini. Dapatlah rezeki t-shirt selai. Sebabkan t-shirt ni saiz XL dan maybe ikut saiz orang putih kot. Besar nak mampus. 3X jengkal tangan aku. Terus aku bagi dekat kakak aku. 

Actually buku ASB mr. edy tak dapat buat lagi sebab kena photostat I/C dulu. Then mr. edy malas dah nak pergi balik patah balik. Terus kitaorang buat urusan yang lain pulak. 

Tapi ok lah dapat jugak masuk duit dalam bank. Dapat t-shirt selai dan dapat bersedekah lagi. Alhamdulillah. 

Kalau korang nak hadiah cepat-cepat pergi PNB. Menabung dan dapatkan free gift. Free gift ni berbeza berdasarkan amaun yang korang masukkan. Yang aku perasan ada hadiah tabung. Yang lain tak sure pulak.

25 April 2012

Di dalam Kereta

Monday story. Tara mr. edy tak ada job baik settlekan semua hal.

Plan asal nak pergi cimb, kelana jaya buat card bank mr. edy yang dah dipatah duakan oleh sofea. Nak pergi kedai sparepart lori kat batu caves, nak beli accesories lori.

Then nak ke TNB, Shah Alam settlekan hal meter yang masih belum berpasang-pasang. Jugak nak ke PNB, Shah Alam masukkan duit asb dan buat buku asb mr. edy yang dah hilang lebih dua tahun rasanya. Lastly nak pergi ke bank BSN, Maybank bayar hutang piutang.

Biasanya bila aku keluar dengan mr. edy, aku dan anak-anak banyak relax dalam kereta jer. Biar orang lelaki berpanas terik settle kan semua benda. Kitaorang duduk dalam aircond lagi bagus.

Mari layan gambar dalam kereta semasa on d way ke kelana jaya dan sewaktu menunggu mr. edy settlekan kerja. Pic taken by myself, so agak senget bengot.



Bergerak ke kelana jaya.

Asal sebut 'senyum' mesti nak buat aksi senget kepala.
Menanti penuh kesabaran.
Doter and me.

Berangkat pulang.


Dalam 5 hal yang nak di settlekan hanya berjaya siapkan dua benda jer. Bankcard cimb dan beli barang lori. Yang lain dah tak sempat, dah petang. Mana taknya bangun pukul 10.30 pagi keluar rumah dah dekat pukul 1 tengahari.