Sempena nak menyambut kedatangan ramadhan almubarak ni aku nak bagi sedikit tazkirah kat u all semua. Ok tak ada maknanya nak bagi ceramah bagai.
For me perkara wajib yang perlu dilakukan sempena nak puasa ni ialah ganti puasa dulu. Alhamdulillah hari isnin lepas aku berjaya habiskan puasa ganti. Dah nak datang bulan Ramadhan sekali lagi baru nak ganti puasa tahun lepas. Teruk betul aku ni...
Mr. edy yang seakan memahami kepenatan isteri dia, awal-awal lagi dah bagi green light buka puasa kat luar. Jadi aku cuma perlu masak tengahari untuk anak-anak. :-) (suka)
Petang masa nak berbuka puasa, mr. edy just beli nasi goreng USA dan air tembikai laici sebab sofea dah tertido awal pulak. Tak jadilah kitaorang nak makan kat luar.
Dengan sebungkus nasi goreng USA tu aku, mr. edy dan hakeem berkongsi makan. Bukan tak mampu nak beli banyak tapi memang aku suka cara cam ni. Selain mengerat ikatan kasih, ia sebagai langkah mengelakkan pembaziran (ayat apakah???)
Ingatkan bahagia tak payah memasak akan berpanjangan, rupanya hujan di keesokan harinya. Esok tengahari hakeem tetiba muntah dan mengalami cirit birit. Aku pulak pening kepala dan demam. Mr. edy pun sakit perut. But sofea relax jer. Sebab dia sorang je yang tak makan nasi goreng tu kot.
Korang dah sedia ker nak sambut Ramadhan sabtu ni? Sedia ke tak puasa tetap puasa.... But satu jer nak pesan juadah buka puasa nanti jangan beli kat luar, tak elok.
* 2010 dapat puasa penuh sebab mengandungkan hakeem.
2011 tak cukup puasa 2 hari sebab tak larat.
2012 harapnya nak puasa penuh tapi ibu yang sedang menyusu anak di usia setahun lebih cabarannya besar jadi ada excuse dalam menjalani ibadat puasa.. (alasan!)
- xdapat nak buat hetrik -
4 comments:
As salam Zi,
Syafakallah... Keracunan lah tu agaknye... Sy ni mmg xberbuka kat luarlah nampaknye tahun ni mmg kena masak & bbuka di rumah je la...hik3... Menyusu anak mmg dibenarkan tak berpuasakan... apa2 pun selamat berpuasa... wishing u a happy blessed month of Ramadhan :)))
alahai hakeem dah cirit birit sebab makan makanan luar..
Selamat menjalani ibadah puasa Azi dan keluarga.. (^_^)
Salam azi,
erm.. jaga kesihatan yer.. kesian emak n anak kalo sakit skali mmg hazab ler.. dugaan.. sabar n smoga cepat sembuh..
slmt menjalani ibadah bpose.. :) cian hakeem... hugs for him.. nasib baik sofea ok..
kalu cirit birit ni mmg xthn lah...
p/s : selamat berpuasa..
Post a Comment