10 January 2013

Rezeki Tahun Baru

1 Januari lepas kami sekeluarga pergi ioi mall sebab aku nak ronda-ronda di kedai RM5. Ala daiso tu, semua barang berharga RM5 sahaja... 

Lepas tu melarat pulak ke Jaya Jusco. Sekarang dah di panggil AEON. Nak beli baju  untuk hakeem dan sofea.

Inilah baju yang aku pilih untuk sofea. Bila dah beli baru perasan kebanyakannya dress sofea warna biru. Juga beli botol susu. Harap-harap ini botol susu yang terakhir sebab sofea dalam misi free botol susu. 

Yang ini pulak dua helai baju untuk hakeem. Mr. edy pilih. Mata lelaki memang lain dari mata perempuan. Apa ntah yang menarik tentang baju ni...

Semua ni aku bayar dengan harga lima ringgit sahaja. Murah kan?? Sebenarnya harga semua barang ni enam puluh lima ringgit. Tapi sebab aku ada voucher Jaya Jusco RM10 X 9 = RM90. So aku guna je lah voucher enam puluh ringgit dan balance lima ringgit aku bayar guna cash.

Dan kalau uolls nak tahu voucher tu aku dapat bukan sebab aku pelanggan setia JJ. Kad JJ pun tak ada. Mr. edy yang dapat time buat kerja pindah rumah tahun lepas. Customer kasi... Yang bestnya tentang voucher ni, dia tak ada valid date.

Alhamdulillah dah memang kata rezeki anak-anak.... Balance voucher tiga puluh ringgit tu aku ingat nak guna times ada sales. Kalau tak ada sales barang pun macam tak best jer nak beli....

5 comments:

Tasao Yumiko said...

bestnyer... rezeki anak2 kannn.. seronoknyer..alhamdulillah...

Myra Jay said...

Wahhhh berbaloi-baloi :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah murah rezeki

ecadwinkyasha said...

tu yg best bila guna voucher kan kak..ari tu eca g giant.terbang duit abg rm80 beli brg dpur eca...pastu eca tgk kaunter sblh..org tu dia main hulur voucher je..tertanya2 dia dpt dri mana.hehehe

IntaNBerliaN said...

untung ada voucher... hehhe