Tajuk dh macam tajuk novel dah... Hihihi...
Sekarang membeli belah secara online dah menjadi satu keseronokan pada aku. Iyelah cuci mata, klik klik, buat bayaran, tunggu sehari dua barang sampai depan muka pintu. Easy sesangat. Tak payah nak fikir psl parking, jem, masa, semua tu cost... Kalau dulu bukan main takut nak buat pembelian melalui online. Tapi sekarang dh kemaruk. Manusia memang cepat berubah.
Betul kata orang kalau sekali suami pernah naik tangan ke badan kita, maka tangan dia akan ringan untuk naik kali kedua ketiga dan seterusnya. Macam tula terjadi kat aku sekarang. Sekali dpt soping online terus rasa macam nak soping lagi dan lagi dan lagi. *apa kaitan pukul memukul dengan soping online* bhahaha..
Kalau hal kurier, setakat hari ini aku masih mempercayai perkhidmatn pos laju walaupun pos laju kengkadang tak laju macam kes hari tu. (baca cerita ketaklajuan pos laju di SINI). Tapi dek sebab dah terpikat dengan kemesraan dan kebaikan hati budi abg pos laju, tu yg pejam mata dgn ketidakefficient pos laju time hujan. Kih kih kih...
Dua hari lepas daku terima satu lg parcel. Bulan ni jer dh tiga kali soping online. Rabakla kocek mr. edy. :). Macam biasa abang posmen yg itu hari jugak antakan parcel. Dengan naik motor kapcai yang ada tong besi di belakang sambil hon kuat kuat depan pintu pagar. Belum sempat aku nak bukakkan pintu pagar, abang posmen dah terus bukak pintu pagar sendiri. Berani ko yer. Mementang kita pernah together gether mesra..
Then episod sembang sembang mesti ada...
Abg posmen: beli barang lg ye...
I: haah.
Abang posmen: kali ni cepatkan. Semlm pos hari ni dh smpi.
I: ye. Mgkin sbb tak ujan kot..
Abg posmen: hiii...mgkinla kot...
I: okla. Terima kasih (budi bahasa kena jaga)
6 comments:
As salam Azi,
Setakat ni takde masalah dgn pos Malaysia... terlambat sikit tu benda biasa rasanya... caj pun murah, jrg bermasalah... harus jugalah bg credit pd mereka ni kan :)
Part buka pagar sendiri tu bahaya..
Kalau kata masa tu kita tengah terlentang tdo ke or mandi ke.. Walau kita pernah bersembang mesra tak bermaksud dia boleh buat sesuka hati..
Maaf ter emo plak.. hehee ;)
Samala kita suka membeli online, cepat dan mudah :D
wani pun guna pos laju juga..selesa dgn pos laju jer buat masa ni
Haha I love online shopping too! Where do you usually shop anyway?
hahah kelakar pulak baca entry ni...
tak pernah lagi beli online. takut la pulak...
wah klw dapat postmen yg ramah camtu ok la jugak kan.
Post a Comment