Dulu masa zaman sekolah/u selalu buat rawatan muka guna bahan semula jadi macam timun, tomata, kulit kayu manis. Then lepas dah kerja dah ada duit sikit kemudian kahwin dah malas dah nak jaga muka guna cara macam tu. Remeh. Beli pencuci muka/toner/moisturizer kat kedai yang dah siap pack lagi senang. Tepek je kat muka. Antara malas dan rajin nak pakai jer....
Now bila jadi full time house wife mood nak buat rawatan wajah versi zaman bujang kembali semula. *cakap je lah sebab nak kurangkan cost :-P*. Tak keje kan.
Ni aku nak share antara cara yang dulu aku kerap buat....
1. Saunakan muka.
Petua yang paling aku suka buat. Kira macam ni, ambil air yang benar-benar panas letak dalam bekas pastu talakan muka ke air panas tu, untuk dapatkan wap. Jangan rendam muka dalam air panas. Mahu melecur muka korang.
Tutup kepala dengan tuala or tudung supaya wap tu tak keluar. Kebaikannya aku pun tak berapa pasti. Yang aku tahu pas buat tu kulit muka rasa tegang dan fresh jer... Kata mak, kakak aku cara ni untuk keluarkan minyak yang ada kat muka. Boleh nampak minyak dalam bekas air panas melalui peluh yang jatuh. Tapi aku tak nampak pun. Mungkin sebab muka aku tak berminyak kot. (",) waulaua'lam...
2. Rendam kaki dalam air panas yang dicampur garam.
Kulit aku jenis sensatif. Tak boleh kena kotor sikit. Mesti gatal-gatal especially bahagian kaki. Dulu zaman muda-muda pergi U, pergi keje naik motor. Bila hujan habis gatal-gatal kaki kena pasir jalan. Kalau dah gatal tahu-tahu je lah. Mesti tergaruk-garuk.
Untuk hilangkan gatal, tu yang aku rendam kaki dalam air panas yang dibubuh garam. Memang mujarab. Air garam kan macam air laut... Air laut kan bagus. Tapi aku tak boleh mandi laut sebab aku mabuk laut. Pening kepala dibuat dek ombak laut... So this alternatifnya....
3. Tumbuk kulit kayu manis.
Petua ni untuk hilangkan parut. First time cuba petua ni sebab nak keluar date dengan mr. edy. Time tu muka aku ada sedikit kesan parut. So nak hilangkan parut tu aku cuba petua ni. Aku tumbuk kulit kayu manis dan letak tebal-tebal kat bahagian parut tu. Supaya boleh hilang parut cepat. Akibatnya bukan parut yang hilang. Tapi muka aku jadi merah-merah... lebam-lebam.... Masa first date aku dengan mr. edy aku jalan dengan muka yang lebam-lebam tu... Lagi cacat muka aku. Nasib baik mr. edy tak pandang pada kecantikan luaran tapi sebaliknya kecantikan dalaman... ececeh....
Sebenarnya petua ni betul, mujarab dan berkesan cuma kena letak kulit kayu manis tu nipis-nipis je kat bahagian parut. Lepas lebam kat muka aku hilang, parut tu pun automatik pudar. Yang ni kena amalkan selalu baru berkesan. Jangan assume sekali letak esok dah nak hilang.
Yang ni jelah petua yang biasa aku buat. Banyak lagi petua lain yang mudah, jimat dan berkesan. Nanti aku share lagi...
8 comments:
yang pasal kulit kayu manis tu mmg betul... tak boleh letak tebal2... sbb panas... untuk dapatkan kesan lebih campur serbuk kayu manis tu dengan bedak sejuk... :D
bagus petua2 org dulu2kan...mmg mujarab :)
assalamualaikum ... terima kasih sbb sudi kongsi ...
petua org dulu2 mmg bagus kan
As salam Azi,
Marya nak try petua yg last tulah... sejak preggy ni jerawat naik & parut jerawat dimana-mana...huhuu.. Thank you share ya! :))
Kite nl cuba yg no 1 tu harap2 menjadi tq tq hihihi...
nak tanya , yang petua last tu kan .. saya cuba dahh . muka lebam2 jugak :( lama tak nk hilang benda tu ?
Muka saya merah lebam n ada gelembung2.. gatal jugak.. adakah akan jadi hitam? Brpe lama akan hilang eh?
Post a Comment