08 February 2013

Sofea dah tahu aplikasikan kiraan

Kalau tak silap sebelum hakeem lahir lagi sofea dah pandai mengira satu dua tiga. Beza sofea dengan hakeem dalam setahun lapan bulan. Means dalam setahun setengah sofea dah boleh kira satu dua tiga sampai sepuluh dalam Malay and English.

Maybe masa tu setakat sebut je tapi tak tahu apa fungsinya. Tapi sejak dua tiga minggu dan sejak sofea makin suka tengok cerita cartoon Diego dan Dora The Explorer, nampak sofea dah pandai aplikasikan kiraan dalam kehidupan seharian.

Dua rancangan cartoon ni memang rancangan yang bagus untuk perkembangan minda anak-anak tau uolls. Sofea banyak belajar vocabulary dari rancangan ni.

Suatu hari tu (sekarang makin kerap) sofea datang berborak dengan aku....

Sofea : Mama...mama... mari kira bersama saya.
Mama : Ermmm...
Sofea : one, two, three, four, five... (sambil tangan pegang CD ultraman, sambil tangan tunjuk objek gambar atas CD)
Mama : Ada lima ultraman ke kat CD tu?
Sofea : Iye... Ada lima...

Ayat mari kira bersama saya tu ayat biasa dalam rancangan diego kalau aku tak silap...

Pernah jugak satu hari tu sofea makan aiskrim sambil cakap nyum nyum delicious. Terkejut aku sebab ayat delicious tu nampak bombastik. Weolls jarang guna ayat tu.

Rupa-rupanya dalam rancangan diego & dora the explorer memang ada ajar macam-macam perkataan dalam Malay dan English.

Uolls ajaklah anak-anak uolls tengok rancangan cartoon ni kalau ada masa terluang. Setiap hari bermula dari pukul 2.30pm sampai kul 4.00pm, TV9 ada sajikan rancangan cartoon yang sangat bagus dan best sebagai bahan pembelajaran sampingan anak-anak.


* rumah i tak de astro nak tengok TV IQ.

2 comments:

Myra Jay said...

Kadang citer TV ni ada yang membantu proses pembelajaran kan

Nora Karim said...

bagus sofea.... anak2 saya pun belajar vocab english dari kartun... saya pun ada buat entry pasal tu... hehe