Jumaat lepas aku pi puspakom raub dan jpj temerloh. Sebab nak settlekan saman lori. Kena pergi puspakom raub dulu sebab kena samannya pasal tak buat inspection puspakom. Bukan tak buat. Tapi pelekat puspakom tu tertanggal. Ngam-ngam kena tahan dengan jpj temerloh, pelekat tu baru tercicir kat highway karak masa ujan lebat. Lori mr. mama tu cermin belah kelindan tu kena pecah.
Masa kena saman, orang jpj tu kata boleh batalkan saman tu kat mana-mana jpj. So kitaorang tak ada lah nak risau. Berlengah-lengah nak settlekan saman ni sebelum kena naik mahkamah bulan 10. Dasar...
Hari raya hari tu jpj hq ada buat open day tukar lesen card. So aku tanyalah pasal saman tu. Kot kot boleh batal time tu. Katanya kalau kena saman kat raub tak boleh batal kat hq. Kalau kena saman kat temerloh boleh. Apakah???
Esoknya capat-cepat pergi jpj hq. Diorang kata tak boleh nak batal. Kena pergi jpj temerloh jugak. Coz kami sama-sama gomen diorang cuba tolong aku call and faks semua detail kat jpj temerloh. Setakat tu jelah jpj hq boleh tolong. Aku dah agak dari explanation yang orang jpj bagi semalam memang nampak sangat kebodohan disitu. Bab bayar saman dimana-mana sahaja boleh. Nak batal saman tak boleh
pulak dimana-mana jpj. Nak jugak kat tempat saman dikeluarkan.
Baiklah terima kasih.
Itupun saman ni tak boleh batal tapi diorang akan tukar charge kepada tak pamerkan pelekat puspakom. Saman atas nama pemandu saja. Actually saman yang aku kena ni charge atas nama owner lori dan pemandu. Aku tak faham charge dua nama ni...
Kemudian orang jpj temerloh call kata dalam sistem dia tulis last aku wat inspection puspakom 8 julai 2013. Aku kena saman 18 julai 2013. So memang aku tak de buat puspakom. Sini aku nak kata apa ke bangangnya orang jpj tu dah aku wat inspection 8 julai dan inspection puspakom bukan ke sampai 6 bulan. Aku suh dia tengok sijil tu dah terang terang tulis valid sampai 8 jan 2014. Boleh orang jpj tu cakap itu saya tak tahu dalam sistem tak ada. " Awak bawaklah pelekat tu tunjuk kat sini". Geram geram...
Masa saman hari tu ko kata jpj tak boleh link dengan puspakom. Ini boleh pulak check dalam sistem kata tak de. Apa guna bagi sijil pemeriksaan tu kalau tak reti nak baca, nak tengok. Nanti kalau aku faks pelekat puspakom tu ada pulak yang kata kami nak tengok yang ori. Takut ada yang buat pemalsuan kennn...Puspakom pun satu hal kalau buat inspection kat raub, raublah yang boleh keluarkan pelekat pendua. Tak boleh puspakom lain. Menyusahkan..
Ok aku malas nak pening kepala pergi raub, pergi temerloh, jadi decide nak bayar je saman tu. Pergila pulak jpj bangi. Jpj hq tak boleh bayar saman. Orang jpj tu kata "Awak kena bayar RM250.00" "eh apsal mahal sangat" Sebab dah lebih 30 hari. Kalau bayar dalam tempoh 14 hari RM100, dalam tempoh 30 hari RM150.00 dalam tempoh 60 hari RM250.00. Wahh tepuk tangan pandai betul mereka ni nak mengutip duit orang awam. Ingat semua orang ada duit la la tu ke. I is tak tahu pulak bayar cepat lambat berbeza. Ingatkan asal bayar sebelum naik mahkamah harga macam tu jugak. So cancel nak bayar hari tu sebab duit tak cukup. Next week la sebelum National Day bayar sebab itu tarikh akhir bayaran. Orang jpj siap pesan "Awak buat reminder kat hp, ingat sebelum 16hb sept ni kena bayar". Nak amik duit orang awam laju jer yea.
So kamis lepas aku datang sekali ke jpj bangi untuk bayar saman tanpa rela tu. Orang jpj bangi tu cakap nak bayar yang owner lori ke yang pemandu. Aik... Saman ni ada dua. Satu saman berharga RM250. Kalau dua RM500.00. OOOO ooooooo itu la maknanya charge atas dua nama ye. Sakit hati sakit hati. Walaupun dalam poket ada lima ratus, aku tak rela nak bayar.
Tepon mr. mama suh pergi jugak jpj temerloh tuk batalkan saman dan puspakom raub untuk ambil pelekat pendua. Nak tak nak kena pergi esok jugak sebab last bayaran saman tu isnin. Senin tu cuti national day.
Jumaat tu berangkat aku anak beranak dalam kul enam pagi. Aku sorang je yang mandi. Yang lain semua asemmmm. hahaha.. Aku drive sampai raub, cun2 kul 8.15 pagi. Sampai sana kena wat report polis dulu. Sejam kat balai polis. Geram giler ada sorang je yang amik report. Dah la kitaorang kejar masa. Tau tak hari jumaat pejabat tutup awal. Habis wat report gi puspakom raub amik pelekat puspakom kena bayar RM20.00.
Dalam pada tu, aku masih berusaha suruh orang jpj raub tolong. Kot kot boleh batalkan saman tanpa pergi kat jpj temerloh. Puspakom ngan jpj raub ni sebelah sebelah. Memang diorang tahu pasal aku pi buat pelekat pendua tu. Kalau nak tolong memang boleh sangat. Cakap punya cakap akhirnya diorang kata tak berani nak buat. Padahal malasssssssssss nak tolong. Mungkin mr. mama cakap pn tak berapa best. Aku tak masuk. Kalau aku guna atas nama sama-sama gomen rasanya boleh kot. Silap silap di situ.
Time ni dah pukul 10.30pagi. Nak pergi temerloh terpaksa keluar balik highway karak. Kira berpatah balik. Sepanjang jalan berdoa dan bertawakal dapat sampai sebelum pukul 12. Sebelum lunch. Kalau sampai pas kul 12.15 jawabnya kena tunggu pukul 2.45. Lama tu...
Syukur pukul 11.56 pagi kitaorang sampai jpj temerloh. Sib baik tak sesat. Aku awal-awal dah tanya member yang duduk temerloh direction. Almaklum GPS tak de.. :). Tu pun boleh terlepas. Sampai jpj temerloh diorang kata tak leh nak keputusan sebab semua pegawai dah keluar. Huh! Aku dah agak dah. Dasar gomen.... Tapi diorang fotostat pelekat tu then suruh balik dulu tunggu call.
Petang kul 3 jpj temerloh call kata kena bayar saman pemandu RM200.00. Aku mati mati ingat diorang akan batalkans saman lama, keluarkan saman baru. So aku bayar petang tu dapatlah harga yang dalam tempoh 14 hari tu. Rupanya kira dari tarikh saman dikeluarkan jugak. Hampehhh..
Masa ni kitaorang dah sampai rumah dah. Keluar balik pi jpj shah alam tuk bayar saman tengok saman atas nama owner tak batal lagi. Call balik jpj temerloh diorang kata nantilah kita settle kemudian. Amboi bahasa senangnya....
Takpe aku tunggu seminggu. Hari ni tengok kat web jpj tu still ada lagi saman atas nama owner lori. Pepagi tadi aku call jpj temerloh diorang kata dalam sistem diorang tak ada pun. Aku cakap dalam sistem uolls tak ada tapi kat portal jpj tu still ada.
Dalam bengong bengong tu diorang kata nanti dia check. Then tak sampai setengah jam call kata saman ni dah settle dah. Tapi apsal still ada lagi dalam portal jpj tu. Dia suruh aku cuba check balik. Cakap je lah yang korang baru amik tindakan lepas aku call tadi kan...
Apa-apa pun syukur dah settle kes jpj ni. Bikin serabut kepala kalau kena naik mahkamah macam kes Raub hari tu...
1 comment:
Oh, pening juga kalau disuruh ke hulur ke hilir mcm kita ni takda kerja nak buat. Saya pun pernah kena gak tapi ngan imigresen dept. Hanya kerana officer in charge cuti, dihalaunya suh balik, dtg semula. Saya berdiri tak gerak, buat muka bodoh. Korang nak layan ke tidak?
Post a Comment