29 October 2013

Daging korban black pepper


Menu sarapan pagi ni.  Dah lama tak buat. Dulu masa bujang roti telur ni la menu favorite breakfast aku. Boleh kata seminggu dua kali buat. Senang nak buat kan. Walau pun senang tapi wallawei sedapnya ya allah, tuhan je tahu.... Tak jemu makan.



Yang ni pulak semalam punya breakfast. Aku jenis belasah je nak makan nasi putih pagi ke tengahari. Tak ada diet2. Jangan jeles orang kurus katakan. Oh my god sedapppp sangat daging black pepper nih. Aku masak sendiri tau korang. Memang aku tiap pagi bangun masak. Isteri mithali.... hihihi.. Ni dah nak abis baru ingat nak snap. bhahaha. Nak buat macam mana sedap sangat.

Aku bukan nak puji diri. Tapi mr. mama pas aku suruh rasa daging ni, belum apa-apa lagi dah kata sedap. First time masak mesti ada sesi merasa dulu. Dah makan lagila puji melangit. Siap bertambah-tambah. Kembang vontot i.. Anak-anak pulak tanjat boboi tengok lauk yang lain dari lain. Kemain excited nak makan. "ui mama masak lauk apa ni ma". Selalu mama dia masak ayam goreng, ikan goreng, sayur goreng. Ini memang lain warna dari yang lain nih.

Setelah dua minggu raya korban... Finally dapat jugak daging fresh dari ladang gua musang... Tu yang beria masak. Sabtu dapat. Ahad malam terus masak daging black pepper. Isnin pagi masak lagi semangkuk besar. Kawan@pekerja mr. mama pun join makan. Pas makan terus kata aku boleh buat business catering. Amboi korang agak-agakla puji kalau nak hari-hari makan percuma pun.

Ni first time tau aku masak daging black pepper selepas 5 tahun kawin. Peh tu aku main tibai je bubuh apa yang ada kat dapur. Dah hujung-hujung bulan ni barang kering semua dah habis. Minyak masak aku semalam cecukup je tuk masak daging ni. Pastu sos tiram pun dah tinggal kalat kalat. Siap aku goncang dengan air. Tu yang sedap tu kot.. hahaha..

Selalu kalau ada daging kat peti ais, yang aku tau masak daging goreng daging goreng.... Aku ingat mr. mama suka daging goreng. Tengok bila balik kg mil duk masak itu je. Nak masak macam kari malas. Lama... Rupanya daging black pepper ni lagi favorite mr. mama. Pasni memang kena varietykan masakan macam ni.

Resepi:
Daging potong nipis-nipis dan perap kicap manis dan bawang putih + lada hitam yang ditumbuk lebih kurang 10min. Sebenarnya aku perap 5minit je. hihi.. nak cepat. Kalau lagi lama lagi sedap. Lada hitam tu aku tak bubuh banyak sebab tak nak pedas. Anak-anak tak makan pedas. Pastu panaskan kuali masak tumis daging perap dan masukkan air masak secawan. Kecikkan api. Masak sampai embuk. Bubuh sos tiram (agak-agak), bawang besar & garam. Siap.

Rasa dia tak over sangat. Manis-manis je kata mr. mama. Kalau yang suka makan rasa berasap kepala bolehla bubuh sos black pepper. Tapi aku sos black pepper pun tak pernah beli. (-.^).

Makan dengan nasi panas-panas sedap wooo. Tapi yang sebenarnya jadi bertambah sedap sebab daging tu fresh bukan daging import...


1 comment:

nita said...

tak pernah cuba nanti nak jugak buat.. mil saya ada gak buat minggu lepas, pastu bg kami makan, anak2 saya memang suka..