07 November 2013

Tadika pilihan & Taska tiada kelulusan JKM

Penting ke taska ada kelulusan dari JKM? ermm tepuk dada tanya selera...

Bukan aku kata taska tak de kelulusan JKM tak bagus. Rata-rata yang aku jumpa tak bagus.. hahaha... Kalau ada kelulusan dari JKM sah sah tahap kebersihan, keselamatan, pendidikan boleh di yakini. Bagi aku dak kisah benda ni semua asal sofea gembira dan dijaga elok sudah. Ai bukan ibu yang cerewet.. But kelulusan JKM sebenarnya penting. Kalau korang nak tahu kenapa penting boleh baca kat SINI. Boleh menjelaskan sedikit keraguan diatas beza taska berdaftar dengan JKM atau tidak. Walaupun ai bukan ibu yang cerewet tapi sofea kini dihantar di taska yang berdaftar di JKM. Bonus to me.... Penat cari punya cari, pilih punya pilih akhirnya terpilih taska berdaftar under JKM dan yang penting bukan dalam listing yang sebelum ni. Tahu tak taska kementerian yang aku hantar hari tu tak de kelulusan JKM. #urut dada. No komen. Faham nak dapat kelulusan JKM payah. Nak jugak komen ...

Taska ni jauh sikit dari rumah aku. Kat putra height. Kira kalau aku gi keje kena berpatah balik dalam 15 minit. Aku pilih taska ni sebab dekat dengan tadika yang aku nak hantar sofea tahun depan. So masalah taska & tadika sofea dah settle sepenuhnya. Tinggal mama papa cari duit bayar yuran sahaja. #pengsan.

Nak cari tadika pun bercinta jugak sebenarnya. Ada yang aku search internet dan ada yang sambil jalan-jalan nampak aku catit no tepon. Pastu aku call. Dekat sebulan jugak aku duk kepeningan pasal tadika ni. Pastilah ada kriteria-kriteria yang aku nak walaupun dijelaskan ai bukan ibu yang cerewet. Mesti korang nak cakap belajar kat mana pun sama. Pokok pangkal diri kita. Aku dulu pun tadika kemas je. Pastu sekolah rendah biasa. Result UPSR / PMR pun cukup makan. Until SPM baru aku pulun. SPM yang penting membawa kita ke jalan benar. hihihi.. Ayat yang sentiasa aku pegang. Tapi zaman sekarang takut pulak aku nak pegang kata-kata sebegini. Kena didik dari kecik. Kena cari sekolah yang ok dan yang penting ikut kemampuan

Kalau boleh aku tak nak tadika area puchong perdana. Jalan jem.. Nak yang ada day care. Nak yang ada advantage english/islamic medium. Which one.. Dua dua lagi bagus... So aku jumpa dua tadika yang betul betul aku suka. Yang penting ikut kemampuan ye dak. Kalau sebulan sorang anak taska & tadika lima ratus, pitam mak. Satu kat puchong perdana. Alamak tempat yang aku tak suka. Islamic based. Guna kaedah fonetik. Satu kat putraheight. English based. Guna pembelajaran paul and mary.

Setelah ditimbang tara, dilihat, difikir aku pilih english based yang membawa kepada penemuan taska sofea sekarang. Kalau nak tahu tadika ni owner India dan majoriti student pun India. Tak sedap bunyinya nih.. tapi sofea masa aku register hari tu suka. Kat sini aku nak kata budak non malay ni lagi bagus siap salam semua. Tadika melayu yang aku pergi tak de nye cikgu depa suh salam ke apa.  Ada belajar jawi seminggu dua kali. Uniform kena pakai skirt. Kira takdelah anak aku bertudung macam budak-budak tadika lain. Apa kisah dulu aku tadika kemas pun pakai skirt jugak. Aku ada diskus ngan mr. mama mana yang lebih baik. Nak hantar belajar agama dulu ke english dulu. Mr. mama kata baik hantar belajar agama dulu sebab otak budak cepat masuk. Kalau dah besar takut susah nak masuk otak. Tapi bukan semua yang kita harapkan akan dapat. Adalah sebab sebab tersendiri yang aku tak leh nak hantar kat tadika islamic puchong perdana tu. Yang pasti bukan sebab aku malas nak redah jem. Bukan jugak sebab yuran. Yuran registration tak yah cakap, setahun seribu ++. Mana mana tadika pun. Yang beza yuran bulanan tu je. Kalau nak murah daftar tadika kemas/abim/pasti/islam sajalah. Tapi itulah yang kat semua ni tak ada daycare kalau area rumah aku. Kena naik transport. I takutttttt....

Tadika english ni pun tak ada day care. Tapi taska yang aku hantar sekarang ni kata pengasuh boleh hantar dan amik dari sekolah tiap hari. FOC. Kira taska dan tadika selang beberapa rumah. Suka... Nak aku hantar sendiri time bila pulak aku nak pi keje. Tadika bukak pukul 8. Nak harap mr. mama takutlah pulak dia kena outstation ke apa. Itu yang aku perlukan daycare sebegini.  Lagi suka bulanan bayau dua ratus sahaja. Mana nak dapat sekarang. Paling murah aku survey dua ratus setengah. Yang ni aku macam curiga betul ke idak penyelia ni. Sebab dia kata dia penyelia baru. Hari ni baru aku nak membayau. Sama-samalah kita tengok. Buat masa ni sofea dah duduk taska lebih kurang dua minggu. So far ok. Walaupun tiap-tiap pagi drama sebabak air mata pasti berlaku...



2 comments:

IntaNBerliaN said...

drama air mata biasalah ank2 ni.. :-)

nita said...

Bagus jugak sebab pengasuh sanggup hantar dan ambil dari sekolah..
drama sebabak air mata tu.. biasalah anak saya sampai sekarang camtu hehehe..