Itu hakeem.. Kakak dia pun sama setiap hari bila nak mandi nangis. Yang ni sedih pun boleh jadi sakit hati. hahaha... Dia punya duk erat peluk tubuh sambil cangkung time kita nak mandikan ya rab. Tak leh la nak berdirikan. Lagi kuat meraungnya hah. Nak sabun bahagian depan tak dapat. Rambut tak boleh. Lagi kuat raungannya nanti. Kaki pun tak dapat sabun dah dia mencangkung pas kencing tak bangun-bangun. Bahagian belakang badan jela dapat. Kalau orang nak dekat ngan anak aku dekat kat bahagian belakang je la ye. Bahagian tu je yang wanginya. hihihi.. But lepas siap mandi pakai baju dia ok. Mintak selimut then kelubung dalam kereta. Tak dak tido balik. Cabaran mak mak kan. Aku dulu lagi teruk apa...
Minggu ni kira dekat sebulan sofea bertadika. Setiap hari bila amik dari tadika nampak macam-macam benda yang dia belajar. Dalam kereta duk sibuk nak nyanyi lagu abc, alif ba ta, ber selawat, baca doa. Dua tiga hari ni mula nak baca fatihah. "Mama sofea nak baca surah fatihah" Belum hafal sepenuhnya. "Mama bacalah...". Kalau bab doa, doa makan paling expert. Doa nak tido dia tak ingat langsung. Masa baca doa makan ada tambahan bacaan dalam bahasa melayu. "engkau permurahkan rezeki kami dan jauhi kami dari api neraka". :) Memang macam tu makna doa makan eh.
Sebelum ni aku ada ajar tulis huruf besar ABC. Sebelum sekolah lagi memang sofea dah reti tulis sampai J. Yang suprise nya dia dah boleh tulis huruf a kecik. "Mama buat bulat pastu tarik bawah". Jadilah a kecik. Terbaiklah cara cikgu ajar... Tak terfikir aku.
Juga selepas ke tadika dah makin suka dengan susunan. Buat susunan, block block ni merangsang minda kan.
Semalam pulak time aku dah nak terlelap-lelap tu dengar pia baca gini "kau ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan ......" Apatah, aku tak ingat. Baru sehari dengar. Tapi ayat kedua ibu bapa tu buat aku touch. Apa lagi yang mak bapak nak selain anak-anak pandai. Mesti nak anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan mereka apabila mereka dah tak ada kelak."
No comments:
Post a Comment