23 January 2014

Beg jeans omputih

Sejak aku publish & pakai beg jeans (lihat di SINI), ramailah yang nak suruh buat serupa gitu. Tapi apakan daya bukan semua seluar jeans ada corak macam tu. Corak tu hanya budak-budak je yang pakai. Beg aku tu pun nasib baik jumpa seluar kat bundle pasar malam rumah. Brand wrangler. Tuh pun dah lusuh sikit. So kalau customer request nak serupa macam beg aku tu memang tak dapatla. Limited edition katanya. Nak guna seluar jeans kanak-kanak memang takla aku tuk jual kat customer. Satu sebab seluar jeans budak kecik dan satu lagi material kebanyakannya palsu. Bukan real kain jeans. Jeans jenis strectable jugak aku tak guna. Kualiti kena jaga beb.. Jadi bila orang nak beg jeans bercolourful susah aku nak penuhi permintaan. Hatta mesin jahit i pun bukan yang boleh buat corak sulam dan sebagainya...


Macam beg ni lama dah my friend request. Dah berbulan-bulan baru dapat buat. Ni nasib aku baik jumpa jeans ni dalam timbunan bundle. Dari us seluar ni tau. Malaysia mana ada. Mr. mama kata dah jadi beg cantik pulak. Imagine korang pakai seluar jeans ada star star kat lutut peha. Sah dituduh minah indon.



Yang ini first time buat sling beg tuk lelaki. New customer order untuk tunangnya. Maju setapak... :)

I is malas sebenarnya nak buat ready stock. Tapi kata mr. mama, ma buat je banyak-banyak nanti ada orang nak tengok senang nak tunjuk. Boleh terus beli. So seminggu dua ni gigih lah aku jahit purse sebagai permulaan ready stock. Dan dah terjual pun satu. Gambar tak snap. Kata my kawan ramai sebenarnya yang berminat dengan beg jeans. But aku still tak de keyakinan dengan apa yang aku jahit....


3 comments:

Anonymous said...

wah dh makin advance nmpknyer.. Ni kena bli mesin jahit baru..yg leh bt sulam2..bunga2..

Unknown said...

salam.kak.. mc bka x utk order..hehe.. cantik akk bt...

aziazib said...

ninna suhana.. wslm... masih boleh order... apa2 boleh email kat akak edyeda@gmail.com..