18 March 2014

Hutang dengan courth mamonth tak akan kena penjara

Aku tak tahu nak tulis tajuk apa tapi ini renteten entry sebelum ini.

Malasnya la hai sebenarnya nak tulis story ni. Tapi kena story jugak sebab aku geram sangat plus nak share kot-kot ada yang pernah terkena dengan Court Mamonth (cm) nasihat aku jangan cepat melatah dan gelabah. Walau pun bukan jadi kat aku tapi kat mr. mama seorang isteri mithali :-) wajiblah i backup suami kekdahnya. Ni ambil kata-kata peguam cm jugak. Apsal puan sibuk-sibuk nak jawab panggilan kami katanya. Mesti puan ni isteri en zaidi kan. Kami nak cakap ngan en zaidi bukan puan. Hai la wei kalau isteri ko pun ko back up jugak. Dah terang-terangan bukan salah laki aku. Wajib aku defence. Mr. mama tu kalau orang call dia semua cakap ok ok padahal tak ok. Dah ni cm tak nak call kitaorang dah katanya kes dah sampai ke peguam, nasiblah peguam yang kena sembur kan.

Ceritanya masa balik balik kampung hari tu, dekat sebulan lepas kalau tak silap. Dalam pukul enam petang peguam cm telepon mr. mama. Tengok tengok... pukul enam petang ko telefon. Jelas menunjukkan kes ni bukan satu priority kan. Hari tu diorang call waktu cuti. Ni call waktu dah habis opis hour. Ni tengah OT la ni.

Bermula peguam z tanya ada tak en. h call sebelum ni. Mr. Mama kata tak adalah. Setahu aku memang tak ada. Yang pernah telefon pasal kes cm ni, peguam Z dari pejabat peguam mana tah. Setiap kali diorang mention diorang dari Tetuan & Co ...... aku sokmo lupa nama tetuan mana. Actually aku tak pay attention pun masa dia bagitau dia punya company. Kalau dengan orang cm, pernah cakap dengan pn. A dari hq cm. Biaq pi la kan siapa yang aku berhubungan. Aku dah nekad tak mau bayar hutang tu.

Aku dah cakap ini kisah sepuluh tahun punya. Kenapa sekarang baru nak cari. Kenapa masa sebulan dua atau setahun dua lepas kitaorang stop payment cm tak cari pun. Kenapa sekarang.  Paksa kitaorang bayar hutang seribu dua ratus lebih tu. Bila aku tanya kalau hutang bayar tv tu dapat tak?. Peguam kata cm hanya jual barang promosi dari certain syarikat. Contoh kata tv aku tu brand sharp. Kalau rosak sharp yang repair. Not sure lah dah sepuluh tahun tv tu ada lagi ke tak. rasanya tak ada. Bulan rasa, sah lagi sohih tv tu dah lebur...

Peguam tanya brand apa tv tu. Aku cakap tak ingat. Macam mana nak ingat dah sepuluh tahun lepas punya cerita. Aku pun tak wujud dalam kehidupan mr. mama. Mr. mama kata sharp. Aku kata kan cm kan ada agreement kitaorang. Pi lah check sendiri brand apa tv tu. berapa inci, spec apa semua ada tulis kan. Terdiam peguam tu...

Aku cakap agreement kitaorang dah tak ada. Tahu jelah kelantan ni every year banjir. Semua dokumen hanyut dek banjir. Dah kalau cm boleh cari kitaorang pasti agreement pembelian tu ada lagi kat cm. Kat situ clearly tulis semuakan. Kalau nak kitaorang bayar, boleh... Tv tu kasi hantar balik. Rosak pun tak apa. Sekurang-kurang kita tak bayar sesuatu yang nothing.

Then banyaklah aku bertekak dengan peguam Z tu sampai dekat satu jam. Dia kata kalau aku tak bayar hutang tu nanti kena naik mahkamah jalan duta. Asyiklah mention mahkamah JALAN DUTA. Kalau naik mahkamah nanti kena bayar hutang sekali dengan bayaran peguam. Semua itu dekat lima ribu. Amboi senangnya nak caj bayaran peguam pada customer. Ingat confirm cm menang ke. Berpantang maut sebelum ajal tau. Eh betul ke? hihihi...

Peguam nak jugak cakap dengan mr. mama tapi aku tak bagi. Sebab mr. mama tu pun tak nak jawab. Malas nak layan peguam tu punya bebelan. Bini dia ni memanglah suka membebel. Jadi apa saja dicakap dek peguam tu aku menjawab. Dah tak ingat apa lagi ntah aku jawabkan. Semua dia kata aku smash. The point is penting yang aku duk tekan "pulang tv baru kita bayar". Mana ko nak cari tv sepuluh tahun punya. Memang tak ada ler...

Cm ni penipu. Orang suruh datang baiki tv yang rosak tak datang-datang. Bila orang stop payment pandai datang hantar orang tarik balik barang. Boleh pulak dan dan ada orang nak datang amik. Mek pun cakap katil yang dah patah pun diorang rampas kalau tak bayar. Dapur gas yang dah kena guna penghidup api tu pun dia amik. Tak kira barang rosak ke elok tak bayar rampas barang. Suruh baiki tak mahu datang. Kata kalau nak baiki kena hantar sendiri. Tahu tak orang yang beli barang cm ni semua orang kampungan, tak berkemampuan. Tak berpendidikan katanya. Senang-senang ditipu. Eh orang gomen pun ada yang kena tipu tau.

Cer fikir caner lah mek aku tu nak angkut tv besar gabak tu pi kedai. Nak keluar pi pekan kena naik prebet sapu tepi jalan tu. Mek dah lah duduk kat kawasan pulau. Zalim betul cm ni. Yang aku marah sangat selepas sepuluh tahun baru cari tu....

Lepas dah bertekak tekak dengan peguam z tu aku rasa tak de faedah aku cakap. Mr. mama pun dah geleng geleng kepala suruh stop. So aku letak telefon. You know what peguam z tu call dan call dan call lagi. Setiap kali dia call aku angkat tapi aku senyap and loudspeaker. Membebel mintak nak cakap ngan laki aku. Dah lepas lima kali aku tak cakap apa, aku dengar suara orang lain pulak cakap. Baik bunyinya.. I kan lembut hati. So keluar jugaklah suara merdu aku tu ke penasihat perunding bukan peguam katanya. En I nama diberi.

Aku cakap tak yah lah cakap ngan mr. mama sebab semua urusan keluar masuk duitn aku yang buat. Walaupun aku kuat bebel, mr. mama very the soft spoken tak semestinya cm akan dapat duit hutang tu kalau cakap ngan mr. mama pun. Lepas bincang dengan en. 1 dia mintak aku bayar enam ratus dulu kat cm untuk stop kes ke mahkamah.

Aku tanya adakah kalau aku tak bayar laki aku akan dipenjarakan. Dia kata ini kes keberhutangan tak boleh kena penjara puan. Kalau saya lawan boleh ke saya menang. Selalu tak puan sebab kes keberhutangan nak tak puan kena bayar. Yes! itu aje aku nak dengar.  Ayat yang melegakan. Tak menang tapi tak kena penjara ok what. Benda-benda lain aku tak nak amik tahu.

Aku cakap aku tak mampu nak bayar enam ratus tu. Banyak lagi benda lain yang aku boleh guna dengan duit enam ratus tu. Dahlah tengah sarat mengandung ni. Ku tipu je sarat mengandung padahal baru enam weeks time tu. ekekeke... En. I kata kalau tak mampu enam ratus tiga ratus pun tak pe. Just untuk tahan kes. Aku cakap tiga ratus pun tak mampu. Yang aku mampu lima puluh hinggit jer. Macam mana pun permulaan puan kena bayar tiga ratus jugak katanya. Pastu bulan-bulan bayar tiga puluh ringgit pun tak pe. Aku cakap aku tetap tak mampu.

Masa tu dah nak maghrib dah. Lama giler kitaorang cakap. Last-last en. I pun fedup kot. Dia cakap camnilah puan, puan cubalah jugak usahakan cari tiga ratus tu pastu bulan-bulan kita discuss lain. Biasanya kalau tak mampu tiga puluh hinggit setiap bulan cm benarkan. Aku cakap insyaalah . Malas dah aku nak teruskan perbualan. Dekat sejam setengah kot. Esok katanya dia nak call lagi. Esok tu sabtu uolls. Aku cakap jangan nak tepon waktu orang sibuk masak. Dalam kul dua keatas tu bolehla. Kalau gitu isnin je lah saya tepon katanya.

Isnin tu pukul 11pagi gitu nombor naik pun lain, peguam H telefon ye. Bukan en. I tu. Hari tu nombor mula dari 7 ni mula 2. Tu yang aku angkat. Kalau tak, confirm aku tak jawab. Aku dengar je nama peguam H terus aku senyap. Peguam H sikit punya berang sebab bila aku tanya siapa kat talian dia bagitau. Bila dia tanya mr. mama mana aku senyap. Then dia call balik dua kali aku tak angkat-angkat sampai kesudah.

Kesudahannya aku tak tahu apa status kes aku tu. Janji mr. mama tak masuk penjara aku dah lega. Sebab nanti kesian pulak kan anak dalam perut ni lahir tak dapat tengok muka papa dia. (^___^)

Oklah aku stop kat sini. Penat naip. Ni pun banyak aku short cut story. Kalau ada apa-apa news terbaru, kot kot dapat surat lawyer pulak, aku tulis lagi. Ramai kan yang bengang ngan cm ni kan.

5 comments:

Cik Lily Putih said...

giler la CM ni, sampai cam tu sekali ek..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, singgah sambil menabung sini. btw sheila pun ada beli 3 barang letrik dengan CM dari tahun 2012. amik aircond, peti sejuk & mesin basuh. aggrement 2 tahun je. ngam2 setahun, sheila bayar settlement terus. geram sangat dengan CM sebab lambat bayar 2 hari pun call 24jam. pening kepala nak layan. dah ler bagi surat kata ada rebate rm300. bila nak buat settlement, dia kata rebate sy cuma RM40 je. hangin betul. sempat lah sheila membebel kasar kat CM tu. suami geleng kepala je... ni apa kes lepas 10 tahun baru nak cari? dah takde income lain dah ke CM ni?

*my sis in law pun amik 3 barang letrik tapi rege sampai 14k. Ya Allah, taktahulah mampu tak nak settle dalam masa 5 tahun...

Suria Amanda said...

letih ngan diorang ni....sebab tu SA auka beli cash..if perlu berhutang..dengan AEON je..senang skit...

Unknown said...

Boleh x sy nak lari dari hutang tu.. dia kata esok nak datang sita

Unknown said...

Boleh x sy nak lari dari hutang tu.. dia kata esok nak datang sita