Actually jumaat lepas masa nak amik pia dan akeem kat tadika sempat sembang ngan ustazah. Masa tu baru aku rasa tersedar dari mimpi yang panjang. Sepanjang 5 bulan ni langsung tak ajar airis susu guna botol. Acaner nak hantar taska. Camna nak keje? So bermula hari ahad ke sabtu tak ingat pulak, betul betul byk urat putus nih! Pam pam susu sikit terus bagi airis minum dalam botol. Suprisingly *omputih tetiba* airis minum sampai tak cukup cukup. Dah habis pun dia duk nyot nyot lagi puting tu. Terkejut tau. Pandai betul dia hisap. Tak de tolak tolak ke juih puting tu. Kemudian try pam dan bagi lagi pun sama. Takut kot dia nak sekali tu jer ke. Pun tak cukup juga. Iyelah minum tak sampai 1 oz. Bangga akak weh tengok anak minum susu badan kita dalam botol. Lain rasanya tgk anak minum direct dgn anak minum dalam susu botol ni. Aku rasa disebabkan feeling ni lah selain khasiat susu ibu tu sendiri yang ibu bekerjaya ni bersemangat nak perah susu bgi kat anak diorang kot. Bahagia + Gembira + bangga + bercampur baur tak tahu nak gambar ah.
Syukur sangat orang lain punya payah nak ajar anak minum susu botol. Siap kena beli puting mam ler, nuk, pigeon, comotomo betul ke nama brand aku tulis tu. Tahu melalui pembacaan dari blog dan fb. Memahal semua. Aku pakai yang mampu milik jer. huhu. Airis dgn pureen pun dah boleh. Alhamdulillah senang mama kau tak yah serabut nak fikir cam mana nak buat. Senang hati dah kalau nak pegi keje. Oklah nak pi perah susu target nak buat stock ebm. *hover*
Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga yang berpatutan sila hubungi edy 019-3508862.
3 comments:
Airis anak bijak dah tak nak susahkan hati mama dia. Janji susu itu susu mama dia apa kisah dlm botol pun tak apa kan Airis hihi..
Tengoklah pipi aduhai montelnya. Puas kalau dpt gomol ni:)
airis sama mcm my baby...tak kisah sgt putig botol..semua boleh....alhamdulillah
airis sama mcm my baby...tak kisah sgt semua pun boleh...memudahkan saya...alhamdulillah
Post a Comment