Ini pun entry yang wajib ditulis jugak walau pun dah berkurun pergi ke ulu yamnya. Rasa bersalah pulak tak tulis sebab mr. mama beria-ia suruh amik gambar time jemlah, time ada accident.. Ma nanti boleh tulis dalam blog aktiviti pertama kita dengan anak anak untuk tahun 2015. Tahun 2015 family first.. Sibuk camna keluarga tetap didahulukan.
Tahu mr. mama tak pernah baca pun blog ni tapi sebagai isteri mithali aku tetap rasa bersalah kalau tak tulis. Hihi... Maybe one day dia akan baca who knows. Berdoa je lah. Maybe bila aku dah tak de ke kan. (~.-).
Pergi ulu yam ni hari ahad dua hari sebelum thaipusam mana tak jem. Banyak jalan tutup. Pastu ada accident pulak 100 meter sebelum sampai. Budget sampai kul 5, dekat kul 6 baru sampai. Sekejap je lah mandinya. Lagi pun pia ngan akeem tak suka mandi air terjun. Mandi air biru lagi best katanya. Haipp nak yang berbayor saje. Akeem tak sampai 5 min berendam terus naik tak nak turun turun dah. Aku cam biasa mmg tak mandi ler jaga airis wlpn mr. mama nak gilir jaga airis aku malas nak salin salin baju.
Jem + accident.
Masak mee goreng je sbb trip ni pun unplan. Tetiba kul 3 tu mr. mama ngajak. Siap masak mee terus cecepat gerak takut lambat. Tu pun lambat jugak sbb accident tu.
Indahnya ciptaan Allah. Damai je lepak kat sini.
Last tepek gambar tuan blog satu. Mr. mama suruh rendam kaki aku yang asyik gatal gatal bagi hilang gatal dan parut tu. Memang berkesan. Kalau rumah dekat ngan air terjun tiap minggu kalau boleh nak ajak mr. mama pergi. Biar hilang parut dan daki daki kat badan ni ha..
Ok itu je cerita ulu yam. Gambar sebenarnya byk tp mls nak upload lama sangat loadingnya.
Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.
2 comments:
best nye mandi mandaaaa :)
Baru² ni pun Sya bawak Aniq mandi air terjun..
Post a Comment