28 July 2015

Demam Campak

 Hakeem kena chicken pox. Tak ingatlah bila bintik bintik tu naik rasa masa nak raya. Hakeem asyik kata leher dia gatal sebab pia letak benda masa dia tido. Ingatkan alergik. Tetiba tengok muka badan dah banyak bintik bintik merah.

Hari isnin raya keempat tu pergi klinik kesihatan puchong. Doktor kata bukan chicken pox. Budak budak biasalah naik cam ni. Dia bagi antibiotik, ubat demam dan ubat cair kahak. Selasa tu tadika tutup tapi taska bukak. Aku hantar semua ke taska. Pepagi ustazah dah wasap kata hakeem kena chicken pox. Aku katalah tak sebab doktor kata bukan kan. Tapi ustazah tetap tak bagi pergi sekolah takut jangkit kat budak lain. Petang selasa masa amik hakeem dia kata dah ada budak yang duk taska tu kena jangkit. Cepatnya... Pelik aku.

Dah nak baik dah baru snap. Lupa... 


Hari rabu aku pergi klinik kesihatan putrajaya pulak. Nak sahkan betul ke chicken pox atau seperti kata doktor klinik puchong budak budak biasalah. Apa yang biasa aku pun tak tahu. Setakat aku jaga anak anak tak pernah kena macam ni. Ke penyakit kuku kaki tangan dan mulut. Hasil pemeriksaan doktor kat klinik putrajaya, doktor sahkan itu memang chicken pox. Aku bagitaulah klinik puchong cakap tak. Cuak jugak doktor tu terus refer ke doktor doktor yang lain. Akhirnya semua sepakat kata chicken pox dengan disertakan fakta fakta yang aku tak amik port pun. Lebih memikir sapa nak jaga hakeem. Doktor suruh kuarantin sampai 31/7. 

Budak dua orang ni memang kamcing. Kang kena jangkit tahulah....


Dah aku opis baru ni susah nak cuti, aku decide tumpang hakeem tiga hari rabu - jumaat tu kat opis mak ngah. Sebab situ tak de orang. Kalau bawak opis aku ramai budak budak kang berjangkit dikatakan hakeem penyebab. Tak nak ah. Aku tak leh terima ustazah kata budak taska tu kena chicken pox sebab jangkit dari hakeem. Orang kata doktor actually, biasa budak akan mudah kena jangkit masa chicken pox tu dah kering. What ever... Kat opis aku ni pun ada sorang anak depa kena chicken pox. Musim kot. 

Lagi satu aku agak geram dengan doktor kat klinik kesihatan puchong tu sebab masa aku bagitau hakeem maybe kena chicken pox dia tak check langsung. Terus cakap budak biasalaa... Macam maksud dia biasa tu sebab main kotor kot... Tak belek pun kat tangan badan hakeem. I is geram. Taulah time tu raya. Doktor india, tak sambut raya pun. Dan dalam bilik tu ada dua orang doktor, satu doktor dah takde patient selamba je main main telefon sambil sembang ngan doktor yang rawat hakeem. Aku sebenarnya tak kisah doktor tu nak tengok telefon. Dia pun manusia jugak macam kita. Nak balas wasap, komen kat fb kennn... Tapi jagalah tingkah laku tu. Nak pegang tepon pegang lah tapi jangan time lagi satu doktor tu tengah rawat patient ko speaking bahasa ko.. Tak hormat.. Ermm malaslah aku nak cakap hal macam ni nanti ada yang kata kalau tak suka doktor kerajaan pilah swasta. Bayar seringgit bising lebih. Eh aku free gov staff. hehe...

Hari ni hakeem dah start pi sekolah. Aku nengok semalam chicken pox tu dah kering tapi belum terkopek lagi. Masa dah sah chicken pox puas cari air kelapa kat kedai mamak. Sebijik lima ringgit. Mahainyalah mamak ni. Masa pi klinik putrajaya tu aku beli air kotak kat kedai mamak pun rege lebih 20sen dari kedai biasa. Kaya mamak time time raya semua kedai tutup. Pastu amik daun semambu kata warisan putrajaya. Tumbuk dengan air lumur kat chicken pox. Cepat hilang gatalnya. Warisan tu kat mana? Ntah jangan ditanya. Aku sendiri pun tak tahu. Par kakak aku yang tolong amikkan. Daun semambu pun aku tak pernah lihat sebelum ni. Lupa plak nak snap boleh tunjuk kat korang. Ni tak tahu lah cikgu boleh accept tak hakeem pergi tadika. Kalau tak nampaknya esok kena bawak pi opislah jugak. 

27 July 2015

Peperiksaan, Interview dan Keputusan Temuduga Penolong Pegawai Penerangan S27

Aku cerita sekali harung je senang. Tak de maknanya nak berpart2. Aku amik exam untuk jawatan penolong pegawai penerangan s27 bulan april. Temuduga bulan lima dan keputusan temuduga dapat hari ni. Nak tahu aku berjaya ke tak kenalah baca sampai habis no.

Aku habis belajar plk (pengajian luar kampus) tak sama tau dengan pjj (pengajian jarak jauh) tahun 2009. Tak sempat graduation day dah isi borang online spa. Korang kiralah sendiri dah berapa tahun aku menanti nak naik pangkat. Sepanjang tempoh tersebut tiga kali aku dipanggil interview. 

Jawatan pertama penolong penguasa kastam. Gagal. Aloorr kenapa dulu, kalau sekarang maybe chances nak berjaya tu tinggi kot kan.  Jawatan kedua Penolong pegawai tadbir. Calon simpanan. Tapi tak yah nak berharap sangat. Aku calon simpanan yang ke 3ribu lebih. Member yang ke seribu lebih pun masih belum dipanggil. Tahun depan tamat dah tempoh simpanan tu. 

Dan yang ketiga ni adalah penolong pegawai penerangan s27. Ko rasa?? Berjaya ker? Sila baca sampai habis. Nak cerita pasal periksa dulu. Tak ingat exact date aku dapat panggilan untuk exam online melalui email tapi bulan empat la. Aku ctg time tu. Sekarang nak keje kerajaan semua kena exam eh. Kerani pun kena exam jugak. 

Kalau korang nak amik exam online ni aku sarankan korang kena ada strong talian internet. Sebaiknya pi lah cc. Buatnya putus putus line mmg fail lah jawabnya. Masa untuk menjawab satu soklan hanya dalam lingkungan satu minit. Klu ko sibuk nak log in log out dah makan masa kat situ. Exam ni ada tiga seksyen. Seksyen A lebih pada soalan tentang jawatan yang dipohon. Masa aku jawab tu ada soalan tanya siapa juara dunia kriket 2015? Ada kaitan ker? Nak google memang tak berapa sempat. Kecuali ko ada backup orang lain sebelah ko. Ko baca dia pi cari jawapan. Kadang kadang search pun tak jumpa jawapan.

Seksyen B soklan matematik. Seluruh masa ko akan dihabiskan untuk mengira. Wajib ada calculator. Soklan sekolah menengah punya. Mencabar jugak soklannya. Ada soklan add math dalam satu dua. Itu aku surrender. Tak pernah belajar add math. Soalan yang aku kata add math tu pun aku agak jer tu soklan add math. Tak pernah belajar pun selama ni. Kalau ko matematik cukup cukup makan masa sekolah dulu aku rasa susah nak lulus. Nak kira dalam masa satu minit. Mati... Aku gigil gigil tekan calculator time tu takut tak cukup masa. Nasib aku pandai matematik. Eh hahahah... 

Seksyen C tak yah risau nak cari jawapan. Soklan nak tengok personaliti ko yang lebihnya. Ada soklan yang aku ingat dia tanya Adakah anda akan tergelak ketika kawan anda bergurau tentang perkara yang berbaur lucah? Haaa ko rasa nak jawab jujur ke tak? Tak kan lah ko tak gelak kawan ko buat lawak. Yang double meaning ni yang selalunya kelakar... :p

Tak lama dalam dua ke tiga minggu dapat keputusan exam. Sure surelah aku lulus kalau tak, tak kanlah boleh pergi interview pulak. Aku rasa ramai yang tak lulus sebab yang mohon jawatan ratus ribu. Tapi yang dipanggil interview seribu lebih jer. That means chances aku nak berjaya interview ni tinggi kah? 


Adakah aku dalam lingkungan 80 orang itu? 


Tak lama lepas tu aku pun dapatlah panggilan temuduga. Sebelum dapat panggilan interview lagi aku dah suruh kakak aku cari cari kan maklumat. Bukak laman web jabatan penerangan. Post ni kat jabatan penerangan. Nampak macam aku dah sangat prepare untuk temuduga kononnya. 

Siap siapkan semua dokumen yang di perlukan. Bagi yang dah kerja kerajaan macam biasalah kena bawak surat perakuan ketua jabatan, slip gaji dan lnpt. Hazab betul nak dapatkan semua dokumen ni. Masa nak amik lnpt kat SM hari tu tak de orang, time tulah diorang ada event. Tak dapat nak amik. Surat perakuan ketua jabatan aku bagi kat opis lama diorang tak nak peraku sebab aku dah pool. Tapi itu semua tak mematahkan semangat aku. Aku berjaya juga dapatkan semua dokumen yang dikehendaki walau pun dengan linangan air mata. huh! Kata orang, kakak akulah yang selalu kata, yang susah susah ni selalu nak dapat. Berjaya maksudnya??

Sampai hari yang ditunggu, aku kena pergi interview sorang2. Tak kisah pun nak drive kat putrajaya sendiri. Sebelum ni pun tiap hari aku gi keje sendiri tapi masalahnya airis. Plan asal mr. mama hantar sambil jaga airis. Tapi laki aku tu sokmo sibuk. Terpaksa aku tumpangkan airis kat rumah ustazah. Awal pagi aku antar so aku jadi orang yang pertama di interview. Kita kalau nak interview kat spa awal awal lagi dah dibagitau siapa penginterviewernya. Dari risikan yang aku dapat penginterviewer ni agak payah. 

Ini antara soklan soklan yang aku kena tanya. Inikan yang korang nak tahu sangat sebagai rujukan. 

1. Bagitau nama, no ic, tempat lahir, berapa cgpa awak, awak ada kelulusan apa, dah berkawin ke belum, jawatan sekarang, berkhidmat dimana?
Yang ni aku bolehlah jawab dengan confidentnya. 

2. Awak pernah pergi mengundi?
Aku jawab ye. Padahal aku daftar sebagai pengundi pun tak.

3. Masa mengundi ada dua kertas yang perlu di tanda kan? Satu untuk apa satu lagi untuk apa?
Aku nak jawab apa dah aku tak pernah pergi mengundi. Aku jawab tak ingat sebab mengundi baru baru ni aku tak pergi. Aku pergi yang sebelum tu. Kan dah nampak ko pembohong. 

4. Awak pernah bukak laman web spa?
Pernah.

5. Berapa statistik bilangan pengunjung terkini?
Aku tak pernah tengok pun bahagian statistik macam mana nak jawab. Aku jawab sejujurnya saya bukak laman web spa terus kepada link yang saya nak. 

Itulah antara soalan yang ditanya orang spa. Ada banyak lagi yang dia tanya. Soalan soalan general. jer. Aku tak ingat. Sepanjang aku pi temuduga spa aku tak pernah lagi kena speaking. 

Yang ni pulak soalan dari orang jabatan penerangan.

1. Apa objektif jabatan penerangan?
Aku dah baca dan hafal tapi bila nak jawab macam ada getaran di jiwa. ngeh3

2. Apakah ciri ciri seorang penceramah yang bagus?
Aku jawab ikut apa yang terlintas di otak.

3. Apa beza dewan undangan negara dengan parlimen?
Aku tak tahu nak jawab ok. Dan aku jawab merepek. Nak bagitau jawapan apa yang aku bagitau pun malu. Yang aku dapat senyuman dari orang jabatan penerangan itu. Salah lah tu,,,,

4. Siapakah yang berada dalam parlimen?
Tak tahu juga. Sedih!

5. Nyatakan tiga bidang keberhasilan utama negara?
Aku jawab yang ni dengan confident sbb aku mmg prepare habis bab ni. Benda ni selalu ditanya dalam temuduga. Lebih lebih lagi kalau keje KDN.

Itu jelah antara soklan yang aku ingat. Bila aku amat amati antara ketiga tiga temuduga yang aku pergi kita ni jangan nak tunjuk pandai sangat. Maksud aku jawab straight to the point jr. Tak yah buat ayat bunga bunga. Sebab silap cakap diorang akan belit ko dengan jawapan ko tadi. Padahal dengan pengetahuan yang ada sedikit mampukah kita nak belit diorang balik?

Macam aku... aku jawab bidang keberhasilan utama negara ada enam. Tiga daripada ialah blablabla.... Sekali orang spa kata sekarang dah tujuh dah. Pi baca balik. Gila aku search semua tulis enam. Nyesal buat ayat bombastik. 

Masa temuduga PPT aku tulis kat resume aku ada buat keje berkaitan budget. Buat pengiraan budget bahagian. Dah dia tanya pasal langkah penjimatan dan sebagainya. Macam aku tukang agihkan budget kementerian pulak. Menyesal....

Daripada cerita aku tadi dah boleh simpulkan tak apa keputusan temuduga aku?


Menangis tepi bucu meja dengan dada berombak.


Telefon kakak aku kata jomlah kita pergi beraya, mulakan projek tanaman, menjual baju terpakai dan seangkatan dengannya. Apa kaitan? Nak hiburkan hati laaaaa...........

16 July 2015

Ucapan raya

Ramai yang dah start cuti hari ni kan. Iolls masih lagi kerja. Bawak anak lagi kat opis. Kita tak dapat cuti. Tak layak cuti sebab baru masuk keje katanya. Pasrah.... Isnin nanti ingat nak EL . Taska tadika tutup. Dah planning cuti, emercengy ke namanya... 

Tahun ni macam tahun lepas jugak tak balik kelantan. Tahun lepas ada jugak balik perak dua hari satu malam. Tapi tahun ni lagilah. Tak kemana. Beraya di puchong je. Mana ada orang buat open house raya pertama di KL/selangor ni habaq mai. Kesian lak kat anak dara dan anak teruna aku tu melangut duk rumah. Sekarang setiap hari asyik nanyi lagu oooo balik kampung terutama si hakeem. Kampung puchong tu bukan rupa kampung sangat dah. Ramai penyewa kat situ. Pemilik asal tanah yang tua tua baya arwah mak ayah aku tinggal saki baki jer. 

Oklah di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca setia dan tak setia blog aziazidah. Means yang pernah tersesat disini secara tak sengaja atau tidak.. Aku juga nak mintak maaf jika sepanjang aku menulis, ada kata kata aku secara sengaja atau tidak yang menyinggung dan mengguris hati dan perasaan korang. Kosong kosong k.

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin all!
Lukisan ni hakeem cikgu hakeem yang buat. Hakeem tukang warna je. Aktiviti last day di tadika. Budak empat tahun warna ok tak? Yang dulu aku bebel bebelkan di awal tahun pegang pencil pun rupa orang tak makan. Selepas enam bulan tengok. Bangga mama.... Cerdik budak hakeem ni. Matiklah puji anak sendiri. Bacaan dalam sembahyang seperti rukuk, sujud, surah alfatihah, surah 3 qul dah hafal. Tak sia sia pilih tadika islam amali falah. Walau pun tak seglamour cic, smart readers , brainy brunch, apa lagi yang lebih membahagiakan hati seorang ibu selain anak yang soleh. Mudah mudahan...

15 July 2015

Diari Ramadhan Sofea

Pagi semalam sempat bersembang dengan kakak aku pasal puasa. Tiap hari ada je pun topik yang nak dibincang disembang diumpatkan eh. hahaha... tak mengira waktu pagi ke time balik keje. Sebelum turun kereta kakak aku kata aku zalim. Apsal pulak....

Tahun ni sofea dah start puasa. Hingga hari ni dah puasa 12 hari. Tak sangka sungguh mama. Bagus cikgu cikgu sekolah tadika pia. Apalah yang dicakap dan dinasihatkan sampai sofea malu kalau tak puasa. Kalau mama dia suruh puasa ada je alasan nak makan.

Aku tak terfikir pun sebenarnya nak suruh sofea puasa. Rasa dia kecik lagi. Tahun depan darjah satu oklah kot kalau nak ajar. Dapat puasa separuh hari pun mama dah syukur dan bangga. Tapi bila dapat puasa penuh, dah hampir separuh bulan mak mana yang tak bangga. Mungkin anak orang lain enam tahun dah puasa penuh. Tak kisahlah... Lain orang lain caranya. Kena reward sesuatu macam ni. Budak budak lagi kita puji lagi dia bersemangat. Akeem pun last last ni ada kata nak sahur. Tapi bila pagi bekal jugak di tanyanya. Adeh pening kepala mama fikir nak bekalkan apa setiap hari. Dah kena buat breakfast lak. Takpe sementara dia nak makan air tangan kita, selagi kita ada peluang masak untuk diorang buatlah. Biskut air tangan mak ke? kihkihkih.


Tiap hari akan tick kat kalender tu bila abis puasa. Tak puasa pangkah terus. Tak kisahlah hari tu dapat puasa sampai pukul 6ptg tetap di kira tak puasa okeh. Itu yang agaknya kakak aku kata kejam dan zalim kot. haha. Pedulik. Mana ada zalim. Buktinya ahad dua minggu lepas kitaorang pergi kedai biskut pastu hakeem makan la biskut tu sofea pun nak makan sama. Aku kasi je. Tak de lah suruh tahan tahan sikit lagi. Dah hati dia tak nak puasa tak yah paksa sangat. Budak kecik tu. Sabtu ahad lepas pun tak puasa. Sebab dia kata dia tak sahur. Iyelah salah mama hari sabtu ahad selalu terbabas bangun. Hari keje elok je 4.45 tersedar. Kang tak sedar tak makan pulak airis kat taska tu. Itu yang tuhan pelihara tido ku sebaik baiknya. heheh...

Actually mak ngah sofea pun penyumbang kepada ke'puasa'an sofea selain cikgu disekolah. First sahur sofea mak ngah yang kejutkan. Sofea selalu weekend tido kat rumah mak ngah dia. Kalau aku, dah kejut tak nak bangun tak kejut dah. Kesian... Mak mak biasalah. Tapi sejak dia sahur kat rumah mak ngah aku pun gigih weekday kejutkan dia sahur. Cakap mak ngah nak dengar cakap mama pun kena dengar jugak k. Walaupun dia makan dua tiga suap je.

Bila kita dah ajar anak anak ni, lama lama diorang tahu benda tu satu kewajipan. Bila kejut sekarang pia dah tahu nak tak nak dia kena bangun. Training make it perfect. Budak kena ajar. Mak kena kental. Dengan kata tepat mak jangan malas. Ai lah tu... Kalau mak terlebih manja kan anak mmg tak jadi apa. Sebelum tido memang pia akan makan nasi dalam pukul sepuluh sebelas malam. Berbuka dia kebanyakannya buka kat rumah mak ngah dia. Anak sedara kesayangan nampak. Kira sahur jugak la tu bagi aku yang waktu malam sebelum tido. Pagi makan sikit aku tak lah kisah sgt.


Start pagi semalam lepas sahur dia terus mandi. Sebelum ni lepas sahur tido pastu 6.30 pagi bangun sekali lagi baru mandi tuk pergi sekolah. Pia kata mandi lepas sahur boleh terus bersiap. Nanti kejutkan dia terus boleh naik kereta pi sekolah. Tapi bila dah mandi offcourse mata dah segar bugar tak de nyer dia tido dah. Ini gambar pagi tadi. Hari ni cuti dah tadika tapi still mintak tolong ustazah jaga. Semoga kamu menjadi anak yang solehah sayang.

13 July 2015

Airis di taska

Nampak nau banyak masa duduk kat kastam ni ye. Boleh edit edit blog lagi. Pastu sakit kepala aku bermain dengan code html. Lama dah tak dapat pegang pc. Sekali dapat kerja pun tak dak lagi moh ler buat perubahan sikit. Bohsan dah aku dengan kaler merah. Berpinar mata aku nengok.

Actually aku nak tukar terus template tu pakai yang basic template yang blogger sediakan tapi xreti pulak nak pasang balik iklan nuffnang yang kat in between entry. Berbeza pulak code htmlnya. Xdapat aku nak cari so boleh tukar macam ni je la. Ubah ubah kaler sikit pastu buang buang border ngan tukar font je lah. Aku bukan reti sangat pong. Nak upah orang mahal. Gaji pun belum dapat...

Pasal airis kat taska, panjang pulak mukadimah atas nu. Aku start hantar airis kat taska seminggu sebelum kerja. Sempat hantar selama tiga hari je. Isnin sampai rabu. Lepas tu airis terus jatuh sakit balik. Kena jangkitan semula. Nasib baik tak warded. Kalau tak memang tak naik kerja lagilah jawabnya. Dalam pada sakit sakit tu one day before masuk keje sempat lagi iolls merayau ke sogo bawak airis. Dasar!

Selama tiga hari kat taska so far so good. Aku hantar half day sampai pukul dua. Dapatlah tiga hari tu aku menjahit siang hari. 

Gambar ustazah wasap. Ustazah kata airis sekejap sekejap main sekejap nangis. Sama lah macam kat rumah. Tak boleh tak ada orang kat depan mata. Dia nak kita duduk jr tengok apa dia buat. Angkat bontot sikit mula ek sana ek sini.

Dalam pukul dua belas lebih ustazah wasap kata airis dah tido kalau aku datang nak amik airis tengah tido jangan amik. Sebab nak setting time tido dia bagi sama dengan budak budak lain. Tapi aku tak baca wasap tu terus masa nak hantar sofea n akeem kat tadika amik airis dulu. Selamat hari pertama airis ditaska.




Ini lepas balik taska. Kemain ligat dia main sorang sorang. Ceria je. Mama ingat dah pass la duk taska. Tak sangka hari keempat bangun pagi tengok banyak taik mata. Actually hari sebelum tu mata airis mmg dah sembab. So hari keempat tu x jadi hantar airis kat taska. Hari kelima (jumaat) tu airis demam sampai hari isnin pagi aku bawak pergi klinik kesihatan lepas check up 9 bulan kat klinik desa. Aku pergi berempat. Laki keje. Terasa supermom sangat. Kih3.

Doktor kata ada jangkitan. Kali ni darah naik 21. Normal kita manusia sepatutnya 9. Kena refer kat hospital putrajaya. Doktor putrajaya kata since dia tengok airis aktif so tak payah masuk wad.

Hari rabu first day keje gamble je aku hantar airis full day. Alhamdulillah sampai ke hari ni dah lapan hari kat taska nampak ok. Hantar pagi pagi kat rumah ustazah dengan abang kakak dia bibik akan sambut airis. Off courselah menangis gitu gitu. Balik aku ambik tak nampak pulak mata bengkak ke merah macam mata sofea dan akeem kat taska kdn dulu. Cuma pengasuh kata airis tak mo minum susu. Jadinya sepanjang 10 jam ditaska dari pukul 7 sampai 5 petang airis hanya minum air masak dengan makan bubur yang aku bekalkan. Amik dari taska masuk je dalam kereta memang diterkamnya nenen aku. 

Tak per ke tak minum susu 10 jam lamanya?

Until next.

09 July 2015

Lukisan sofea

Lukisan ni dah lama sofea lukis. Masa cuti tanpa gaji hari tu. Macam biasa baru sekarang nak publish. Opis baru keje masih tak banyak. Banyak masa boleh hadap blog. Capaian espkb, egfmas belum ada lagi. Tak tahu beban sebenarnya kerja tu macam mana. Yang pasti ada kena buat keje sebijik macam kat KDN. Walaupun sama tapi cara keje berbeza. Iolls ok jer asal jangan suruh outstation. Berdesup aku post sapa nak tukar ke kastam dalam group perbakti nanti. 


Sepesen je dengan yang sebelum sebelum ni. Love memang trademarks sofea atau tulis i love u mama. Nasib baik mama. Jangan ngada ngada i love orang lain sudah. Nama dia pun sofea dah pandai eja. Membaca pun dah makin pandai. Alhamdulillah berkat mak ko high pic setiap hari. Tak sia sia cuti tanpa gaji. S.O fo F.E fe A. a. Asyik salah je so jadi fo.



Yang ni selepas di touch up. Ada matahari ada pelangi. Macam mana lah matahari terik pelangi boleh muncul anak oi. Eja mama papa semua lepas dah. Nama Hakeem dan airis pun boleh eja. Syukur.. Korang nampak tak airis kat mana? Pandai sangat anak mama nih.



Again. Lukis benda yang sama lagi. Cuma di tambah rumah. Rumah itu ilham daripada cerita spongebob. Anak orang lain baya ni dah boleh lukis gambar orang betul. Anak aku masih gambar orang lidi. Itu pun dah cukup. Hati mama berbunga bunga bangga. Mama dulu pun tak pandai macam ni.


Until next....





08 July 2015

Menambah pendapatan

Seriusly raya ni aku memang kena berjimat habis. Gaji mungkin dapat lepas raya. Kalau dapatla... Kdn kata nak tolong bayar. Memang aku dah set kat mind paling awal dua bulan lepas keje. Sebabnya kan aku kena pool. Segala dokumen kat kdn kena hantar ag dulu. Baru ke kastam. Berapa banyak pit stop da. Jadi tak berharap pun akan dapat gaji 9hb ni. Eh kalau bukan sebab tak ada gaji pun mmg kena berjimat cermat jugak sebab sekarang barang semua mahal mahal belaka. Kos sara hidup di bandar ni tinggi.

That why sebagai langkah menjimatkan duit yang sedia ada aku pergi kerja tumpang kakak aku. Nasib baiklah rumah sebelah sebelah. Opis pun dekat. Sangat berterima kasih kat kak aku. Tak ada dia tak tahulah macam mana. Suffer jugak rasanya. Bayangkan kos nak pergi kerja sehari hampir rm17.00. Tak masuk makan minum tau. Nasib lah sekarang tengah puasa. Ini kira strategi aku jugak. Ramai yang tanya nape nak masuk time puasa. Masuk je lah lepas raya. Sebagai langkah penjimatan uolls. Ahaksss...

Selain itu dah banyak kali jugak aku cerita dalam blog ni pasal aku menjual barang terpakai. Lebih sedap sebut preluve item. Asal duit nak kering sikit mula godak lemari cari barang apa yang boleh dijual. hehe... Lepas jugak duit beli lauk dan cekedis anak kan. Minat (minat ker?) ni aku kongsi bersama kakak aku. Aku jadi tukang iklan dan bungkus barang. Kakak aku tukang pos. Eh lebih kepada tukang driver ke pejabat pos. Kadang kadang je dia pi pos. Minggu ni je dah berapa kali pergi pejabat pos. Hari ni nak pi lagi. Maybe kamis or jumaat nak pergi lagi. Alhamdulillah walaupun sikit ada juga rezeki.

Dengan jualan barang preluve ngan beg jeans tu dapatlah tampung sikit sikit perbelanjaan harian. Nak harap duit gaji, nak bayar duit rumah, kereta, hutang peribadi, sekolah anak memang rasa tak cukup. Dengan duit duit ni lah yang aku kumpul buat beli baju or barang kehendak.

Seronok sangat bila ada orang beli barang kita pastu bagi feedback positive. Siap repeat order lagi. Walau pun hasilnya taklah boleh nak bayar hutang pinjaman tapi happynya tak terkata lahai. Dapat sepuluh dua puluh ringgit je pun, Tapi cuba uolls bayangkan dengan duit sepuluh ringgit tu kan boleh beli/buat baju lain pulak. Jimat di situ kan. Kan berniaga 9/10 punca rezeki. Sikit sikit lama lama jadi bukit betul tak.



Haa. buyer or seller ingat tarikh akhir pengeposan untuk barang sampai sebelum adalah 10 JULAI 2015 bersamaan jumaat ni. Nak beli ke nak pos ke baik cepat cepat buat sekarang. Kang tak dapat pulak parcel sebelum raya.


03 July 2015

Kembali bekerja

Lama blog ni kesepian. Sesepi tuannya. hiks. Rabu lepas aku dah kembali bekerja. Dalam perkhidmatan kerajaan ler. Tapi bukan di kdn. Kena pool pastu ag hantar ke kastam semalam. Ini dikastam ler taip entry ni because i kebosanan sangat. Budak baru keje mana de lagi.




First impression terhadap kastam bagi aku tak segah namanya. Iolls rindu pulak kat kdn. Itulah masa keje kdn pun selalu lahir rasa tak puas hati. Rupanya kdn much better. Adat manusia. . .

Harap itu cuma tanggapan awal sahaja dan iolls dpt bekerja dengan tenang dalam keadaan kesihatan airis yang tak menentu. Tak mampu nak terima banyak cabaran okeh. Harap harap pegawai dan kakitangan kat sini memahami.

Nak story lebih lebih masih tak ada kekuatan. Bateri tab pun dah low. Hopefully everything will be ok. Tuhan tahu yg terbaik buat hambanya.

Until next..