28 July 2015

Demam Campak

 Hakeem kena chicken pox. Tak ingatlah bila bintik bintik tu naik rasa masa nak raya. Hakeem asyik kata leher dia gatal sebab pia letak benda masa dia tido. Ingatkan alergik. Tetiba tengok muka badan dah banyak bintik bintik merah.

Hari isnin raya keempat tu pergi klinik kesihatan puchong. Doktor kata bukan chicken pox. Budak budak biasalah naik cam ni. Dia bagi antibiotik, ubat demam dan ubat cair kahak. Selasa tu tadika tutup tapi taska bukak. Aku hantar semua ke taska. Pepagi ustazah dah wasap kata hakeem kena chicken pox. Aku katalah tak sebab doktor kata bukan kan. Tapi ustazah tetap tak bagi pergi sekolah takut jangkit kat budak lain. Petang selasa masa amik hakeem dia kata dah ada budak yang duk taska tu kena jangkit. Cepatnya... Pelik aku.

Dah nak baik dah baru snap. Lupa... 


Hari rabu aku pergi klinik kesihatan putrajaya pulak. Nak sahkan betul ke chicken pox atau seperti kata doktor klinik puchong budak budak biasalah. Apa yang biasa aku pun tak tahu. Setakat aku jaga anak anak tak pernah kena macam ni. Ke penyakit kuku kaki tangan dan mulut. Hasil pemeriksaan doktor kat klinik putrajaya, doktor sahkan itu memang chicken pox. Aku bagitaulah klinik puchong cakap tak. Cuak jugak doktor tu terus refer ke doktor doktor yang lain. Akhirnya semua sepakat kata chicken pox dengan disertakan fakta fakta yang aku tak amik port pun. Lebih memikir sapa nak jaga hakeem. Doktor suruh kuarantin sampai 31/7. 

Budak dua orang ni memang kamcing. Kang kena jangkit tahulah....


Dah aku opis baru ni susah nak cuti, aku decide tumpang hakeem tiga hari rabu - jumaat tu kat opis mak ngah. Sebab situ tak de orang. Kalau bawak opis aku ramai budak budak kang berjangkit dikatakan hakeem penyebab. Tak nak ah. Aku tak leh terima ustazah kata budak taska tu kena chicken pox sebab jangkit dari hakeem. Orang kata doktor actually, biasa budak akan mudah kena jangkit masa chicken pox tu dah kering. What ever... Kat opis aku ni pun ada sorang anak depa kena chicken pox. Musim kot. 

Lagi satu aku agak geram dengan doktor kat klinik kesihatan puchong tu sebab masa aku bagitau hakeem maybe kena chicken pox dia tak check langsung. Terus cakap budak biasalaa... Macam maksud dia biasa tu sebab main kotor kot... Tak belek pun kat tangan badan hakeem. I is geram. Taulah time tu raya. Doktor india, tak sambut raya pun. Dan dalam bilik tu ada dua orang doktor, satu doktor dah takde patient selamba je main main telefon sambil sembang ngan doktor yang rawat hakeem. Aku sebenarnya tak kisah doktor tu nak tengok telefon. Dia pun manusia jugak macam kita. Nak balas wasap, komen kat fb kennn... Tapi jagalah tingkah laku tu. Nak pegang tepon pegang lah tapi jangan time lagi satu doktor tu tengah rawat patient ko speaking bahasa ko.. Tak hormat.. Ermm malaslah aku nak cakap hal macam ni nanti ada yang kata kalau tak suka doktor kerajaan pilah swasta. Bayar seringgit bising lebih. Eh aku free gov staff. hehe...

Hari ni hakeem dah start pi sekolah. Aku nengok semalam chicken pox tu dah kering tapi belum terkopek lagi. Masa dah sah chicken pox puas cari air kelapa kat kedai mamak. Sebijik lima ringgit. Mahainyalah mamak ni. Masa pi klinik putrajaya tu aku beli air kotak kat kedai mamak pun rege lebih 20sen dari kedai biasa. Kaya mamak time time raya semua kedai tutup. Pastu amik daun semambu kata warisan putrajaya. Tumbuk dengan air lumur kat chicken pox. Cepat hilang gatalnya. Warisan tu kat mana? Ntah jangan ditanya. Aku sendiri pun tak tahu. Par kakak aku yang tolong amikkan. Daun semambu pun aku tak pernah lihat sebelum ni. Lupa plak nak snap boleh tunjuk kat korang. Ni tak tahu lah cikgu boleh accept tak hakeem pergi tadika. Kalau tak nampaknya esok kena bawak pi opislah jugak. 

4 comments:

Rohani Hashim said...

Haha azi punya entri kali ni nk marah je bunyi, ayat semcm je huhu

Tp kes doctor tu mmg sakit jiwa jugak, boleh main kata je budak biasa lah...xkkan bengang xleh cuti, bukan raya ko pun kan.

Cik Kumbang said...

Geram pula bc pasal doktor tu (-_-')
kalau ye pun check la betul2 grrr

_____________________

Reply Your Comment at http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/2015/08/wedding-review-pelamin-noneycraft.html

Terima Kasih azi :)
Cik Kumbang mmg suka yang simple2 je hihi (^_^)

Eintan Nurfuzie said...

kekedang doc ni cmni.. x check btol2.. mungkin ingat deman campak biasa.. mmm.. kena gi kursus doc tu.. kasi releks stress.. kadang2 stress yg dorg jd cmtu..
pengalaman cik en kena demam campak 2 x.. kali kedua tgh nak exam masa di puo..habis kene repet 1 sem.. mmm.. sedih/.//

lin said...

dr yg malas check tu mmg tak patut sbb tak jalankan tugas dgn sepatutnya. tp pndapat peribadi saya, sebegai parents kita sendiri pun kena alert..jgn terima bulat2, kena berhati2 juga. maaf ye, tapi saya agak pelik, sis cakap ustazah dh gtau pagi anak kena chicken pox, tapi kenapa petang baru sis pegi ambik..?

saya pun anta anak ke taska. 1minit cikgu anta msg, saya terus berkemas balik..biar la belum sahih chicken pox pun..tak kisah la bila sebenarnya risiko berjangkit tu, mula2 ke dah nak kering ke tp pd saya, penyakit berjangkit kena ambil serius. cuti saya pun dah abis tp kena pandai la settle dgn majikan, anak lebih penting..

bila anak sorg lagi cikgu bgtau mungkin kena ciken pox pun sy bergegas ambik dr taska.wpun belum sahih.rupanya cuma kena gigit.dah explain dgn cikgu & dia boleh dtg taska.sy tak salahkan cikgu pun sbb saya anggap tu langkah berjaga2..

ada parents lain kat situ yg jenis tak paham, anak ciken pox nak juga anta taska alasan sebab cutinya dah habis.siap disalahkan budak lain kononnya sebaga punca dia 'susah'..sgt la tak patut kalau dia mcm tu.

hal ustazah anak sis tu, anggap saje la dia menjalankan tugas..mungkin dia kena jaga hati parents lain juga kan..kalau pun apa yg dia ckp tu tak tepat(mungkin bukan anak sis puncanya pun) tp rasanya lebih sesuai sis ambil anak sis seawal yg mungkin kan..