Finally...... Sekian lama teringin nak shopping kat lazada. Dari aim nak beli pemanggang ajaib untuk kegunaan masa berpantang airis. Now airis dah nak tiga tahun... Kemudian aim pulak nak beli barang untuk deko-deko rumah, then barang craft snap button. At the end beli jugak kat my friend. Konon support business kenkawan. Tak beli-beli la kat lazada.
Nampak tak bukan semua perempuan kaki shopping tau. Kami kalau shopping online tu ada sebab. Beli bila rasa berbaloi sahaja. (~.^)
Tapi tapi 25/07/2017 sejarah telah tercipta. Aku akhirnya shopping jugak di lazada.com.my buat pertama kalinya. No no no bukan sebab hari itu hari gaji jadi i banyak duit nak shopping.
Hari itu sebenarnya aku rasa bosan, tak tahu nak buat. Terasa macam nak mereward diri. Shopping is terapi minda. Jadi surf2 lah lazada. Tengok ada baucer photobook. Harga cuma RM1 sahaja untuk 40 pages. Kebetulan memang aku teringin nak buat photobook untuk letak gambar-gambar beg jeans.
Jika di bandingkan dengan 11street & fave groupon sekarang diorang promo untuk 30 pages pada harga RM 1.90 (11street) dan RM2 (fave groupon). Lagi untung kat lazada. So apa lagi grablah dua voucher photobook kat lazada. Total aku shopping that day RM2 only! Sekadar percubaan. Aku tak pilih barang sebab masih ada keraguan & kesangsian yang bersarang di hati. Later-later lah try barang pulak. Voucher save sikit. Lagi pun kalau problem nak burn RM2 tak lah rasa apa sangat kan.
RM1. Lekas sapa nak, pegi beli sekarang. Jarang lazada offer photobook RM1. Selalu paling murah RM1.90. RM0.90 pun kalau kali dengan dua tiga baucer dah berapa. Mesti korang banyak gambar nak di photobook kan. Gambar raya puasa, gambar raya haji, gambar percutian...
Kalau nak tunggu free photobook yang aku buat dari groupon dulu tu tak tahulah bila nak dapat lagi. Lagi pun sejak groupon tukar nama ke Fave aku rasa kurang feel nak membeli kat sana. Dont know why.. Itu sebab salah satunya aku try lazada.....
Nak tahu aku puas hati ke tidak membeli di lazada silakan membaca sampai habis.
Ceritanya aku beli voucher photobook tu pagi 25/07/2017, malam 26/07/2017 pihak photobook sendiri email kat aku nombor voucher tersebut. Kalau dulu beli kat groupon lepas bayar automatik terus dapat nombor voucher.
Tak ada masalah pun as long as diorang bagi nombor voucher tu. Tapi bagi aku yang pertama kali shopping lazada ni debar jugaklah menanti selama dua hari tu.
Sepanjang tempoh menunggu nombor voucher, aku dah siap-siap design gambar dalam software photobook. Sebab aku memang dah lama sangat nak buat photobook untuk beg jeans. Senang orang nak tengok design-design beg aku tu. Bukan semua orang ada IG/facebook
Jadi bila dapat je nombor voucher terus aku proceed order. Masa aku aku nak bayar untuk postage tu dia tulis kena bayar RM10.49. Dah kenapa.. Sebelum ni postage + gst RM8.48 sahaja. Kenapa kena bayar lebih RM2.01.
Terus aku email kat photobook tanya pasal ni. Kali ni email guna bahasa melayu sahaja. hahaha. Sebab nak tulis history dari beli kat lazada sampai nak payment, sekali dia suruh bayar lagi photobook tu RM1.90 panjang nauu. Pening kepala nak terjemah dalam b.i. Tak memasal nilai photobook tu jadi RM2.90 kan. RM1.90 pun duit. Aku try guna dua-dua voucher pun sama kena bayar lagi RM1.90 setiap satu.
Aku email hari jumaat lepas. Semalam baru pihak photobook reply. Lama... Aku dah macam sebenarnya nak redha jer beli voucher photobook berharga RM2.90. At the same time maca nak burn kan je RM2 tu pun ada. Tup tup dia reply kata macam ni.
Sekarang aku jadi cuak nak proceed order ke tak sebab ada beza kertas yang digunakan pulak. Korang rasa macam mana. Aku rasa macam diorang sebenarnya tersalah bagi voucher berharga RM1.90 atau diorang tak tahu aku beli kat lazada kot. Paper tu cuma alasan diorang sahaja.
Tapi aku risau jugak kang order-order dapat photobook yang tak semenggah. Tak sama macam dulu. Aku sedar dari dulu sampai sekarang memang aku ni bermasalah betul dengan pihak photobook malaysia ni. Dari kes nak transfer file tu sampai burn duit postage aku... Mungkin lepas ni aku kena try pixajoy lah sebab orang kata pixajoy pun bagus.
No comments:
Post a Comment