Nak cerita pasal taekwando yang sofea masuk ni tak ada apa yang menarik sangat. Daftar sofea taekwando sejak darjah satu. Sekarang sofea darjah dua. Bulan mei hari tu last dia belajar taekwando.
Lepas tu bulan ramadhan. Dari tahun lepas kalau puasa memang sofea tak nak pergi training. Penat katanya. Lepas raya sampai hari ni memang tak pergi-pergi dah training walau pun every week sir massage kelas taekwando masih berjalan seperti biasa.
Ikutkan sofea dah junior green belt (taegeuk 3). Tapi tali pinggang hijau tu tak dapat kat tangan sebab tak pergi-pergi kelas. Kalau dia terus belajar maybe sekarang dah taegeuk 4.
Kenapa sofea tak pergi kelas taekwando lagi adalah kerana aku yang tak kasi. Macam membazir. Satu tahun setengah berlatih. Tak nampak apa positifnya masuk taekwando. Tak daya aku nak suruh teruskan.
Hari tu pia ada cerita kawan dia faiz (satu taekwando) terpilih masuk tournament. Sebab faiz tu bagus. Pia tak terpilih. Masa tu aku dah macam errrrmmm.... Bayar memang nampak murah rm30 sebulan. Tapi bila calculate campur bayaran setiap kali grading, setahun ada dalam rm500 jugak. Bukan sebab tak dapat pergi tournament je tapi step-step taekwando dari taegeuk 1 sampai sekarang kalau aku suruh buat confirm pia akan kata dia tak ingat..
Masalah sofea ni bukan apa, dia sebenarmya tak faham sir dia tu cakap. Sir speaking english. Tapi masa aku record pia training kakak aku tengok dia kata dia pun tak berapa faham instruction sir tu. Orang sekolah convent pun tak faham apatah lagi orang sekolah tadika islam. Daripada mak ko rasa sakit hati setiap kali nak hantar baiklah berenti sebelum amukan berlaku.
Antara kenangan masa taekwando...
Last grading
Masa grading tuk dapatkan senior yellow belt.
Time buat demo kat depan orang ramai masa hari sukan sekolah.
Kat giant lepas habis taekwando.
Nothing special. Setakat pergi kelas setiap sabtu 8.00am - 9.30am. Pastu balik rumah melepak tengok tv je kejenya budak tu. Pastu kalau nak grading, petang sabtu terpaksa berkampung kat sekolah sk usj4. 2 jam training. Selama sebulan. Itu yang paling aku malas. Jalan terbaik berhenti kelas taekwando je lah.
April 2017 pia bawak balik surat dari sekolah kebangsaan. Ada tunas hoki. Pemilihan untuk masuk hoki sekolah. Fikir punya fikir aku kata tak payahlah pergi tunas hoki tu sebab taekwando pun hari sabtu. Lebihnya kasut sport tak ada time tu.
Aku ada jugak call cikgu hoki tanya hoki ni mengganggu ke waktu taekwando dan waktu persekolahan petang. Katanya tak. Tapi mak ko ni still macam tak berapa percaya.... dengan malas nak terlibat dengan jadual hoki yang nanti tentu-tentu nak kena hantar kena jemput. Tapi itulah macam mana boleh dapat anak yang memang suka sangat dengan aktiviti-aktiviti macam ni. Menyimpang jauh dari mak pak nya.
Walau pun tak masuk hoki selalu sangat pia cerita pasal kawan baik dia pergi training. Pi stadium, pegi keluar sekolah.... Pia nak masuk katanya. Ingat tak kes isha yang pinjam duit dulu tu. Budak tu la kawan baik dia. Solehah panggilnya sekarang. Walau pun aku dah cuba nak pisahkan diorang berdua ni. Tetap tak boleh. Kelas pagi petang kelas yang sama.
Baru-baru ni aku pun buatlah surat permohonan masuk hoki. Kesian dengar dia duk berzikir kata nak masuk hoki. Alhamdulillah diterima pulak. Semua urusan kata diterima masuk, nak pegi training, nak surat beranak cikguhanya bagitau kat si soleha.
Aku macam pelik kenapa kena melalui solehah. Hebat sangat ke budak ni. Lantas aku pun wasap cikgu sekolah tanya betul ke sofea diterima. Tak lama pastu cikgu pun masukkan dalam group hoki sekolah.
Hari sabtu yang lepas bermula training hoki pia yang pertama. Training kat mbpj. Seawal jam 7 pagi dah gerak naik bas mbpj. Habis training pukul 11.
Hari ahad pun ada latihan. Itulah solehah. Coach kata solehah ni kental. Kalau sofea kawan dengan solehah insyaallah dia boleh pergi jauh. No wonderlah semua solehah... Awal-awal je diorang pakai tudung, Pastu tudung hilang dalam beg. Bukan tudung je hilang. Ahad tu kasut pun hilang. Tertinggal dalam bus.
Ini pelajar-pelajar yang masuk hoki. Dari darjah 2 sampai 6. Adik beradik solehah tu semua masuk. Diorang ada kayu hoki sendiri. Pia shin pad pun tak de. Tak per. Awal lagi. Tengok lara cam mana. Dapat ke bertahan lama dalam hoki ni. Aku tengok nampaklah dia betul-betul minat. Bangun pun awal je nak pergi latihan. Semoga pia berjayalah dalam apa jua bidang yang diceburi. Masuk sekolah sukan ke.....
No comments:
Post a Comment