05 January 2018

12.12 Online Revolution Shopping

Sejak dah pandai membeli kat lazada ni, ada je yang direka nak beli. Padahal kalau ianya keperluan dari dulu dah kena beli. Jadinya ianya adalah kehendak duniawi semata-mata. :p

Ada tiga barang yang aku beli sempena sales 12.12 hari tu. Murah sikit je masa sales tu. Tapi still menguntungkan sebab guna baucer yang ada problem masa beli sebelum ni

Apakah barang ni...

Masih tak habis-habis dengan tempat letak beg ni. Kali ni beli dari seller Casa Furniture Design. Tengok review ramai yang kata kukuh tapi pendek. Bila sampai alhamdulillah tak delah pendek mana pun. Just nice dan memang kukuh. Setakat sebulan guna letak beg kawin aku yang berat tu ok tak roboh mahu pun patah. Cuma berbanding dengan seller lain hook nak gantung beg tu cuma ada enam. Seller lain ada 12. Oklah kalau banyak-banyak hook roboh pulak nanti kan. #sedapkanhati

Yeayy.. amazing shoe rack ni offcourse untuk letak kasut. Tetapi sebabkan namanya amazing. Kita kenalah pandai transform jadikan tempat tudung. Ramai kot yang buat macam ni. Tudung jadi kemas je sangkut. Kalau sebelum ni letak dalam gelung bulat-bulat tu buruk skit. (teruk betul dinding rumah i)

Dua hari guna, besi yang bahagian bawah tu kemek dan tercabut. Besi tu bukan stainless steel. Apatah materialnya. Rasanya kemek tu sebab anak aku terpijak. Lupa nak pesan kat budak-budak jangan makin kat situ. Now diorang tak kacau dah. Apa-apa pun aku puas hati. Sepadan dengan harganya RM13.00. 

pinjam pic. Pic sebenar lupa nak snap.

Last, terjebak beli tudung kekaboo. Ramai yang kata best tudung kekaboo ni. Nak jugak rasa betul ke best. Kebetulan ada jubah kaler oren plain tak de tudung. RM15 free postage tu yang beli. Normal price RM25. For me oklah. Belum sampai tahap jatuh cinta sepenuhnya dengan kekaboo. Cinta tapi tak separuh mati....

Itu je yang daku shopping masa online revolution hari tu. Kat lazada only. Merchant lain tak. Sebab kena berjimat untuk keperluan sekolah anak-anak.

No comments: