Aku nak share last year punya income daripada jawab-jawab survey. Bukan apa saja nak bagi inspirasi pada sesiapa yang nak cari duit tambahan dan nak bagi semangat pada yang tak rajin nak jawab survey tu. Bila dapat hasilnya mmang korang akan rasa berbaloi. Tak sia-sia penat menjawab.
Bawah ni antara survey-survey yang aku join. Ada banyak. Bukan stick pada satu. Sebab survey bukan selalu ada. Jadi bukan everyday ko kena jawab. Daftar banyak pun tak apa. Nanti ada survey diorang akan hantar kat email. Korang klik je link email tu untuk jawab. Aku listkan survey yang aku join berdasarkan susunan yang paling aku suka eh.
1. Toluna my
Untuk tahun 2017. Inilah antara yang berjaya aku tebus. Sebanyak lima kali. Cukup 16000 point boleh redeem RM20. Samaada nak redeem paypal atau baucer kertas seperti giant & aeon. Kalau tebus melalui paypal akan dapat RM19 sebab convert usd. Dapat kurang. Diingatkan kalau guna paypal nak transfer kebank akan ada charge lagi. Kurang lagi. Selain tu nak donate pun dialu-alukan. Total RM 200.00. Ikutkan RM240.00. Tapi RM40 25/12 tu belum terima lagi. Nak join KLIK SINI.
2. Globaltesmarket (gtm)
Globaltesmarket ni antara favorite aku sebab bila sekali redeem boleh dapat dengan RM190+-. Cuma nak jawab survey dia bercinta skit. Dibandingkan dengan Toluna lebih mudah jawab dan senang nak dapat mata. Yang ni selalu kena saring keluar (tak melepasi kelayakan). Walau pun tak melepasi syarat diorang kasi jugak point sikit. 5 mata. Nak tebus kena ada atleast 1000 mata. Bayangkan. Tapi sekali dapat puas hati. Tahun 2017 aku berjaya tebus dua kali jer. Aku selalu tebus masa nak raya dan hujung tahun. Buat belanja sekolah anak. Last year 11/12 aku tebus mata 1610 tu aku dapat RM280.00. Bayaran ikut usd tu yang dapat banyak tu. Nak join klik SINI.
3. You gov
Kat web tak ada history aku tebus nak tunjuk. Cuma mata sekarang 1,780. Nak tebus kena ada 5000 mata. Aku dah dua kali tebus. First tebus dapat RM75 baucar zalora. Pastu hujung tahun lepas tebus guna paypal. Lepas convert usd sg tolak paypal servis charge dapat dalam RM70.00. Survey you gov ni aku suka jugak sebab setiap kali jawab memang akan dapat mata. Soalan pun mudah. Tak meleret-leret macam gtm. Sekali selesai survey dapat antara 90 ke 150 mata. Ko boleh bayangkanlah berapa banyak survey nak kena jawab kalau nak cukupkan 5000 mata. Pastu sebulan average dapat 4-5 survey. Jom join kat SINI.
Inilah tiga laman web survey fav aku. Tapi sekarang toluna aku dah kurang suka. Sebab survey dah kurang. Ntah kenapa. Tapi kakak aku join elok je selalu dapat survey. Mungkin aku tak memenuhi kriteria kot. Ntahlah. Selain tu aku ada jugak join AIP Online Survey, Ipanel Malaysia, gloviss & shopper thought. Yang ini jarang dapat tebus. Susah nak kumpul mata. Adalah sekali dua. Gloviss tu tak berjaya tebus lagi.
Tahu tak tahun lepas aku beli barang sekolah hakeem dan pia guna duit survey ni jer. Aku memang dah target nak kumpul dan redeem semua sekaligus. Disember hari tu tiga web survey ni aku dapat RM 434.69. Aku beli barang sekolah bebudak dalam RM450.00. Topup berapa puluh jer. Memang legalah rasa. Korang tak teruja ke?
Beg sekolah pulak aku memang tak payah beli. Aku beli kat zalora guna baucar dari mobile expression. Free. Boleh baca cerita ni kat SINI. Tahun lepas redeem 8 kali dari mobile expression dapat RM 15 x 8 = RM 120.00. Sapa nak bagi kan.
10 comments:
salam puan. saya nak tanya. saya dah daftar untuk globaltestmarket. tapi yang peliknya dekat bahagian rewards saya boleh redeem bila saya capai lifepoints 4931 tetapi hanya dapat 10 dollar. saya baca review puan dan org lain hanya memerlukan 1000 points dan boleh dapat rm200. adakah kerana tahun 2019 bayaran berubah?
salam puan saya nak tanya. saya baru sahaja sign up globaltestmarket. tapi saya pelik bahagian rewards saya kena capai 4931 points utk dapatkan 10 dollar. saya melihat review puan dan org lain hanya memerlukan 1000 point sahaja dan dapat rm200. adakah tahun 2019 bayaran sudah berubah atau saya yang lain drpd org lain?
putri_azenan ye pengiraan point telah berubah sekarang
terima kasih atas perkongsiannya sis :)
Penipu
Assalamualaikum..nak tanya..mcm mana nak masukkan no.phone utk dapatkan verification code utk redeem rewards daripada surveytime...
salam. Sy buat online survey dgn beberapa laman web. Yougov, surveyon, surveyeah, mobrog, survey time, mobrog dan ysense. Ini hasil sehingga bulan semasa (Apr 2020);
1. Yougov, mula Jan 2020, kini 2100 point, belum layak tebus
2. Surveyon, mula Jan 2020, telah tebus sbyk 8 dollar
3. Surveyah, mula Jan 2020, 3 dollar belum boleh tebus
4. Survey time, baru buat 2 minggu, 2.5 dollar, lepas survey dpt dollar tuh
5. Mobrog, mula jan, skang da stop, kurang kene rezekinya
6. Ysense, Mula 24 Februari, sdh 39++ dollar. 30 dollar dah cash out
PKP nih, cubalah mulakan ysense anda. Link boleh copy nih : https://www.ysense.com/?rb=71062168&c=covid19
Terima kasih atas perkongsian ni puan,sblm ni pun saya aktif dgn global test market,da dpt dua kali cek bernilai 50 dolar ,cme skrg da tkde,da di merge kan kepada lifepointspanel
Hai & Salam,
Saya nak invite untuk daftar kat satu lagi survey website. Nanti daftar kat link ni untuk start buat survey:
https://surveytime.app/lDZzYRXTpx
Setiap satu survey yang dah complete, Surveytime akan credit kan USD1.00 atau USD0.50. Duit tu akan masuk ke akaun PayPal dalam masa seminit. So far, website ni je yg bagi duit immediately.
Tips buat survey:
1. Mesti jujur. Jangan tipu apa-apa info pasal diri kita
2. Jangan rushing nak habiskan survey. Make sure baca soalan betul2
3. Sabar masa jawab soalan
Good luck!
adakah perkara ini disahkan halal?
Post a Comment