21 May 2018

Beg Jeans April 2018

Hai hai hai... selamat berpuasa semua. Ada lagi ke yang masih menjenguk blog ni. 

Awal bulan 4 hari tu i semangat nak berblog. Lepas tu ntah... sepi... Susah betulla nak mengekalkan momentum menulis macam dulu-dulu

Walau pun menulis agak sendu tapi menjahit masih berjalan macam biasa. Sumber pendapatan sampingan tu...

Ini beg dam versi handbag pulak. Order dari orang johor. Repeat customer. 

Purse..

Member opis order. Untuk anak perempuan dia. Sebelum ni dia ada order untuk anak lelaki dia macam ni jugak. Kali ni untuk gegirl kita tukar luar buh kain heavy cotton corak cartoon kat luar. Dalam baru jeans. Nak letak duit ringgit dan kad perpustakaan jer katanya.

Dan last backpack untuk letak alquran. Orang yang sama order purse kat atas tu. Untuk anak lelaki dia. 


3 jer berjaya dibuat sepanjang bulan april.????. Actually lately aku lebih banyak outer baju. Member opis banyak beli baju ready made. Ada yang bahu besar, kain labuh, baju goboh. Semua nak dikecikkan. Yang nak besarkan pun ada... 

Untuk bulan ramadhan ni memang lagi kurang aku jahit beg. Baju nak diouter sorang-sorang sampai dua tiga pasang. Alhamdulillah rezeki allah. 

No comments:

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.