24 May 2018

Pertandingan Buat Kad Sempena Hari Guru

Hari guru baru ni sekolah agama ada pertandingan buat kad. Setiap kelas akan ada tiga pemenang. Tempat pertama hingga ketiga. Coz anak i dua, patutnya kena buat dua kadlah. 

Hari guru hari rabu (16/5). Sofea bagitau kena buat kad hari isnin petang (14/5). Nak kena hantar selasa (15/5). Memang tak dan ikutkan. Aku kata tak yah masuklah. Punya muka dia toye semacam. Yang hakeem langsung tak tahu. Budak tu pergi sekolah apa yang dia buat ntah. Lagi pun barang-barang nak buat kad tu pun tak berapa nak ada. Ditambah tangan mak dia ni keras. Tak de seni. Stress aku dengan bebudak nih.

Sebabkan sofea tu beria sangat. Oklah kita beli bahan kat eco subang. Gambaran kasar dalam kepala otak macam nak buat guna batang aiskrim. Buh bunga dan blink-blink skit. Pastu suruh sofea tulis jer selamat hari guru. Gitewww...

Ajak laki pergi sibuk pulak dia nak bertahlil hari tu. Lepas tahlillah katanya. Masa tu dah pukul 8. Berapa lama aku nak tunggu. Kang budak-budak tido nak angkut camna. Walaupun kedai eco tu bukak 24jam tak guna jugak.

Berbekalkan barang craft aku yang seciput tu, aku cuba buat jugaklah. Itu pun dua tiga kali campak tong sampah. Dua jam baru siap selepas terpekik terlolong kestressan. 

Aku buat guna kotak. Sib baik ada kotak beli tempat beras kat 11 street. Eh belum citer lagi pasal beli kat 11street kan. Nak aku citer. Pastu balut dengan kertas warna biru tu kertas cover calendar dapat dari asb. Keliling warna gold tu pakai solatape terjumpa dalam store laki punya. Manik tu hari tu aku beli kat shoppee kan. Bunga guna lebihan renda 4 tahun lepas. Ayat-ayat tu je sofea tulis. Aku gak tampal. 


Aku jadikan frame. Buat stand kat bahagian belakang. Buat untuk sofea jer. Hakeem tak dan. 


Ayat caca marba, ustazah jadi ustaz pun boleh dapat nombor dua. Hadiah tipuware biru tu dari eco. Nilai hadiah RM 2.12 berpadananlah buat dengan barang recycle. Dia punya happy, tahun depan kalau ada nak masuk lagi. Ok! mama start fikir dari sekarang. 

No comments:

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.