09 July 2018

Kali kedua tebus wang di Ipanel Online Survey

Aku tak ingat bila, macam mana aku join ipanel survey ni. Sebab dah lama sangat join. Ikut history kat paypal aku ada tebus USD 2.01 pada Mac 2016. Pastinya aku bermula sebelum tu. 

Baru-baru ni aku berjaya tebus sebanyak RM50. Lebih dua tahun baru berjaya buat penebusan kali yang kedua. Sebabnya aku jarang sangat-sangat jawab survey dari ipanel lepas first redemtion tu. Lately ni baru rajin menjawab. 

Pastu survey ipanel ni susah nak lepas saringan menjawab. Selalu dapat dua tiga mata jer. Tu yang berjanggut nak boleh tebus.. Pulak tu sekarang minimum cashout RM 50 = 5000 mata. Tapi sekali dapat jawab survey point beratus-ratus untuk satu survey. 



Seminggu kurang lebih daripada tempoh tebus, ipanel hantar email bagitahu duit dah masuk dalam paypal. Ada caj sebanyak RM 3.47 ipanel kenakan untuk transfer duit ke paypal. Paypal pulak caj RM 3 untuk transfer ke akaun bank kita. 


Jadinya dari RM 50 cuma dapat RM 43.53. Process transfer ke akaun bank dari akaun paypal cuma memakan masa sehari sahaja. 

No comments: