Macam biasa kalau raya kat puchong tak ada apa sangat. Memang tak ada apa-apa pun. Masak-masak untuk sendiri makan pastu tengahari kau boleh lepak-lepak. Aku suka je the way memang ginilah kitaorang sambut raya dari kecik.
Mak ayah aku sorang je yang tinggal KL. Yang lain semua kat perak. Keluarga belah ayahlah. Mak yatim piatu. Eh adalah sorang mak lang kat Klang. Kalau rajin kitaorang pergi. Kalau tak rajin duk je kat rumah. Tak rajin sebab kena naik bus. Mak ayah aku memang tak ada kereta. Mak aku reti naik basikal jer.
Kalau raya masa kecik bolehlah nak mengukur jalan pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah. Dah tua ni apakan. Lagi pun segan kot nak bertandang rumah kawan masa raya pertama. Mereka mesti sibuk dengan family dan sedara mara masing-masing. Tunggu pas-pas raya diorang ajak baru datang. Aku memang tak ada sangat kawan kat puchong. Sebab pindah area sini darjah enam pastu tingkatan masuk asrama.
Dari kecik kitaorang jarang balik kampung. Dua tiga tahun sekali baru balik. Balik naik keretapi. Time tu bersedialah kitaorang kekecik ni berebut naik nak cop kerusi. Aku memang datang dari keluarga susah. Nak cerita pasal kesusahan kitaorang tak kan habis sampai bila-bila. Untungnya budak zaman sekarang. Sampaikan nak naik bus/lrt mak bapak buat program sempena cuti sekolah. Itu pun tak bersyukur bila ada kereta kancil.
Teruslah ke gambar ye. Tangkap gambar dengan anak-anak dan kakak aku je. Kat umah peninggalan arwah mak ayah aku tu.
Tangkap gambar ni guna tripod yang beli kat chilindo hari tu. Berguna jugak. kih3
Dah nampak anak dara sangat sofea.
Anak bujang. Yang ni jer tangkap kat rumah sendiri...
Sekian kisah rayaku...
No comments:
Post a Comment