Ya allah nak cakap pun susah macam mana aku boleh terjebak membeli kat ezbuy. Walhal sebelum ni memang menyampah tengok barang yang diiklankan. Barang-barang kat ezbuy ni memang murah-murah.
Tapi sebenarnya harga yang tertera hanya untuk mengaburi mata kita sahaja. Bila kita klik apa yang kita nak, jadi mahal pulak. Sebab apa... Contoh sofa dia tulis harga seratus lebih. Menggeletis la ko nak beli. Tapi bila klik rupanya itu untuk yang single. Yang 3 seater lain plak harga. Belum masuk shipping. Dah hampir menyamai harga sofa yang kita nak beli.
Walau macam menyampah, macam tak nak beli ntah termakan jugak hasutan orang kata sofa/perabut kat ezbuy ni masih lagi murah jika dibanding dengan yang lain. Jadi aku kembali bukak web ezbuy lalu terjebak. Benar kata orang, pengaruh kawan sangat kuat . Kita kena pandai pilih kawan. Sigh!!.
Bukan bukan... kawan aku semua baik-baik belaka. Kebetulan sahaja nafsu nak beli sofa memang tengah membuak-buak. Tak habis-habis dengan projek deko rumah. Sofa yang ada pun dah nazak sangat. Dah merekah kat tempat duduk plus bahagian tepi dah rasa kayu sangat. Pernah airis terjatuh ngam-ngam kena tempat yang tak ada span tu. Meraung....
Ye kalau nak murah shipping kena beli prime. Shipping cuma RM 8.80 dari china ke malaysia. Itu baru harga shipping china ke malaysia. Malaysia ke rumah akan ada charge lain. Memang gitu kalau beli kat ezbuy. Kena bayar dua shipping.
Kalau korang tak amik prime tu lagi haru sebab shipping barang besar-besar like sofa harga shipping makan ratus. Aku amik prime membership yang RM 18.80 untuk trial 5 day. Lepas ni kalau nak beli lagi kena beli prime yang 6 month RM 99 atau setahun RM199. Mungkin taklah kot. Sebab kalau bayar prime jarang shopping, rugilaaa.
Sofa yang aku nak beli macam ni. Tapi 3 seater. Harga untuk 3 seater dalam RM 526.69. Shipping RM8.80(dari cina ke malaysia) + 70 (shipping ke rumah).
Inilah sofa yang aku order tu. Sebulan lepas order baru sampai. Sorry gambar kurang jelas sebab snap waktu malam. Tepi pintu putih-putih tu, kesan aku tukar frame pintu. Tak bercat-cat dari tahun lepas sampai sekarang.
Puas hati??
Ntahlah nak cakap puas hati tak, tak puas hati pun tak jugak. Dari segi material memang aku suka. Aku memang nak jenis fabrik. Tapi dari segi ukuran aku kurang berpuas hati. Tempat sandar rendah sikit.
Gambar kat atas tulis 76cm tapi bila aku ukur cuma 70cm. Tanya kat ezbuy, seller kata ukuran dia memang 70cm. Dah kat iklan tu tulis apa. 6cm tu banyak beza tau..Aku sebelum beli memang dah ukur btul-btul ikut ukuran yang diiklankan. Kalau ukuran 76cm tu just nicelah nak duduk. Luckily laki aku suka pulak.
Lagi satu yang aku frust ada seller lain jual sofa 3 seater sebijik macam ni ada 6 kaki. Seller ni jual cuma 4 kaki. Yang ni silap aku tak habis khatam semua jenis sofa pattern ni. Sebabkan kaki sofa ni tinggi, kemungkinan untuk patah tengah tu bakal terjadi. Seram kan...
Jadinya tiap kali bebudak nak duduk atas sofa, aku jadi tarzan menjerit-jerit suruh duduk slow-slow. Jangan kau melompat. Patah karang. Tapi sampai bila aku nak menjerit setiap masa.
Disebabkan anak tekak aku dah nak tercabut rasanya, aku suruh ezbuy tolong belikan satu set kaki sofa kat seller. Deal punya deal, seller tak jual satu set depan belakang. Dia jual dua set dengan harga RM 46.38. Ni aku tengah menanti barang sampai ke rumah.
Actually bukan sofa jer aku beli tapi aku beli rak buku gak.
Cantik tak rak buku ni? Aku beli sebab suka kaki dia tu. Kebanyakan rak buku yang jual kat malaysia ni susah nak ada kaki. Harga rak ni dalam RM 118.00. Beli dengan sofa tadi boleh combine shipping.
Tak sabar nak letak buku sekolah bebudak ni. Walaupun combine shipping rak buku ni sampai dulu.
Seperti yang anda lihat, malang sekali sebab setiap papan ada crack. Mungkin crack dalam perjalanan. Iyelah jauh cina ke malaysia. Seller pun tak letak sticker frigile ke apa. Papan tu macam dah nak terbelah dua. Material papan dia sebenarnya best. Tapi dah crack jadi tak bestlah kan. Sakit hati ada.
Aku email kat ezbuy pasal kerosakan ni. Dah terang lagi bersuluh memang tak boleh guna kan book shelf ni jadinya diorang bagi full refund balik harga bookshelf ni. Nasib la baik kan...
Aku try jugak pasang bookshelf ni. Ternyata book shelf ni sangat kecik. Tak muat nak letak buku sekolah bebudak tu pun. Ada hikmahlah benda ni jadi. Taklah ko rasa sakit hati sangat. Beli book shelf tapi boleh letak barang-barang jahit pulak. Ini tak tahulah bila masa book shelf ni akan runtuh. Sebab yang paling banyak crack kat bahagian paling bawah.
Itu sahajalah pengalaman aku shopping ezbuy. Tak tahulah ini pembelian pertama dan terakhir atau akan ada pembelian seterusnya. Sebab iklan kat ezbuy ni sangat memprovokasi. Ko rasa tertarik-tarik nak membeli. Rasanya dengan pengalaman diatas tak mungkin lagi lah aku beli barang besar-besar secara dalam talian.