Hari Sabtu : Aug 28
Actually hari ini aku dan suami sudah patah kaki kerana kereta masuk workshop. Servis kete untuk balik kampung nanti. Service penting takut kereta stuck/problem tengah jalan. Jadi aku, suami dan sofea terpaksa duduk melangot kat umah walaupun sebenarnya sejak hari kamis lagi dah planning nak pegi carrefour wangsa maju. Kakak aku pun nak join sekali. Aku ingat nak beli jeans, kat sana ada outlet levis yang harganya jauh lebih murah berbanding dari harga di butik levis.
Bila dah separuh hari duduk rumah aku rasa kaki aku ni dah tak tertahan-tahan nak keluar, tak betah duduk rumah lama-lama. Dah namanya kuat berjalan aku, suami ngan kakak akhirnya keluar jugak. Pinjam kete kakak. Sebab keluar pun dah lewat lebih kurang pukul 3 petang kitaorang plan pegi shah alam je la.
Ingat nak pegi warehouse sales kat stadium MBSA tapi husband salah fahaman lalu membawak kami semua ke wisma MBSA. Masuk area bandar Shah Alam jalan tersangatla jem . Tak sanggup berlama-lamaan dalam kete kita orang terus berpatah pegi Stadium Melawati, dapat tahu kat situ ada warehouse sebab nampak iklan terpampang kat tepi jalan. Warehouse sales ni anjuran F.O.S ngan sinar harian. Aku tak minat jenama ni dan husband lagila benci tapi sebab murah terbeli jugak. Banyak jugak aku angkut.
Belek punya belek dah hampir pukul 5 petang, rasa macam tak sempat je nak masak untuk berbuka puasa nanti jadi kami pun beli makanan siap-siap kat bazar ramadan sebelah stadium tu. Kami berjaya membeli nasi kerabu, air mata kucing, laksa dan popiah goreng. Untuk sofea aku beli kuih je. Tapi yang best suami leh jumpa ketupat sotong. Ketupat sotong ni makanan orang kelantan. dalam sotong tu di bubuh pulut. Mahal giler tiga sepuluh hinggit. Aku idaklah teringin tengok pun tak selera.
Ok stop bab makanan (makanan yang dibeli semua sedap2 ok, sangat berbaloi), On the way balik kitaorang masih sempat lagi ke Stadium MBSA, planning asal-asal tadi. Tapi barang kat situ macam hampeh je. Kat situ penjual majoriti cina so husband tak berapa berkenan. Jadi aku tak beli apa-apa.
Hari Ahad : Aug 29
Kereta masih belum siap. Jadi cadangan nak ke wangsa maju masih tak dapat nak laksanakan. So duduk diam-diam kat umah layan sofea je la sambil bukak tenet laman web offer station tengok ada extreme warehouse sales kat Parkson Subang Jaya. Bergegas bagitau kakak aku dan kami pun decide keluar lagi.
Sebab masih awal so dalam kul 10.30 pagi bolehlah berlama-lamaan disana. Dalam kul 1tghari tengok sofea merengek-rengek kelaparan jadinya hari ini first time kena bagi sofea makan kat luar. Beli bubur nasi MC d.
Kat parkson ni aku still memborong lagi macam semalam. Kalau berjalan tu ada je nak beli. Belom dapat duit raya RM 500 duit gaji aku perabihkan dulu. Sudah abis pusing-pusing dalam Subang Parade, husband ajak pegi Subang Airport pulak kata ada warehouse sales barang baby.
Sebenarnya aku dah tersangatlah letih macam malas nak pegi tapi nama kata nak shoping barang baby terus semangat berkobar-kobar. Sampai sana tengok jualan indah kabar dari rupa. Sangat cikai dan membosankan. Tapi ada cabutan bertuah sape yang berbelanja lebih RM100. Ada jugak orang yang berkenan nak membeli kat situ. Aku?? Beli jugak...tapi beli buku dan mainan sofea aje.
Okla rasenya semua dah lengkap, kasut sofea, baju sofea, baju aku, baju suami, baju kakak ipar, seluar adik ipar semua dah complete except gift untuk mak mertua masih belum ada.....akhirnya kami pun bertolak balik umah dan sampai dalam pukul 4 petang. Aku lihat adik ipar tengah sibuk memasak al-maklum adik aku nak pegi keje sebelum buka puasa. Masak untuk tapaukan adik aku berbuka la tuh. Dalam hati aku selamat hari ini tak yah masak sebab aku letih giler.
note : nak raya ni sales, warehouse ada di sana sini tp murah ke sebenarnya harga yang diorang offer?
Showing posts with label Warehouse. Show all posts
Showing posts with label Warehouse. Show all posts
30 August 2010
26 August 2010
Jom Beli Barang Raya di Putrajaya - terus dari kilang tau!
Hari ini rase letih sangat sebab semalam dah planning dengan Pn. Maznah nak pegi Jom Beli Barang Raya dekat KPDNHEP, Putrajaya.Jadi hari ini aku kena lunaskan tanggungjawab itu selama dua jam.
Act. hari ini dah tak berapa excited nak pegi cmpare ngan semalam sebab dapat tahu sales tu sampai kul 10 malam so leh pi ngan husband. Biasanya sales macam ni habis dalam pukul 7 petang je tapi mungkin sambutan kat putrajaya ni lain sikit diorang extend la sampai pkul 10 malam. Agak aku la. Lagipun semua sedia maklum kakitangan kerajaan dapat duit raya RM 500 sorang lagila seronok penganjur sales nih. Tahu kakitangan kerajaan pasti akan beli barang diorang.
Tadi dalam kul 11.30 Pn. Maz sms tanya jadi tak nak pegi. sebab semalam aku yang beria2 benar ajak so aku pun on je la walaupun dalam mood kemalasan. Kul 12.30 aku, pn. maz ngan cc gerak dari opis menuju ke presint 2. Kitaorang parking kat sebelah tapak pasar tani, nasib baik ada satu lagi parking kosong kalau tak mahu aku balik je. almaklumlah aku ni bukan expert bawak kete lebih2 lagi bab parking memaking.
Bila dah masuk kat dalam aku tengok keadaan punyalah sesak dengan manusia, macam ikan sardin dalam tin xpecially kat area makanan. Yang menjadi tumpuan orang ramai adalah gerai cadburay, dutch lady, nestle dan seangkatan dengannnya. Selain itu ada jugak gerai jual barangan seperti hanphone, kasut, baju dan tudung.
Sebab orang ramai sangat kitaorang decide terus tuju tempat baju baby jela..Tak larat wei duk lama-lama dalam tu, ngan bau hamis badan manusia lagi. Macamla aku tu wangi sangat. Tapi bila aku duk nengok-nengok baju baby banyak yang aku tak berkenan, pastu yang cun melecun, bombastik fantastik semua banyak untuk 2 3 tahun. Yang paling ralat sekali baju jenama Polka Dot tu comel sangat tapi besar la pulak. Selain tu ada jenama poney, savannah, disney dan etc. Banyak yang aku tak kenan.
Kebanyakan baju kat situ besar-besar tak berapa muat untuk sofea. Dalam dok tak berkenan tu aku berjaya gak rempat sepasang kasut warna oren, sesuai ngan tema raya tahun ni. Pastu beli tiga lai baju basahan sofea. Murah je jenama Disney RM5 sehelai.
Overal aku tengok warehouse ni sesuai untuk lelaki-lelaki sebab majoriti baju t-shirt dan kasut lelaki agak ok compare ngan barangan ladies. Dah penat ronda-ronda dalam tu kami pun balik sampai opis dekat kul 3 petang. Hi3...
p/s : Nasib baik orang JPA tak buat serbuan tangkap sape yang ke warehouse sales tu.

17 August 2010
SEKSYEN A done!
Satu kertas exam KPSL dah berjaya dijawab. Ada enam soalan semua tapi yang hanya perlu dijawab hanya empat. Dek kerana kepandaian yang melampau ditambah tahap kerajinan penulis telah menjawab 5 soalan. Extra satu soalan lebih.
Mungkin pemeriksa akan memberi bonus marks. Who knows. Atau kalau pemeriksa salah kira kan aku dah untung. Ini trik untuk mendapat markah lebih. Hi3...
Satu lagi kertas SEKSYEN B bakal menanti esok. Malam ni rase nak tido lewat nak study apa yang patut. Esok penulis akan dipaksa memerah otak untuk menjawab subject calculation - financial accounting dan akaun awam kerajaan.
Note: Tolong doakan kejayaan penulis untuk esok yea..

Lepas abis exam penulis bercadang nak shoping@window shopping skit di PICC.
Note: Tolong doakan kejayaan penulis untuk esok yea..
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...
300.jpg)