Showing posts with label Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Show all posts

19 January 2011

Kandas ker aku?

Jom semua calon-calon Exam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan bukak mata dan minda untuk melayari Laman Web Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 


Act. ada banyak info yang boleh korang dapat daripada laman web ini. Antaranya :-

  • Boleh Print Pay Slip (hanya kakitangan kerajaan)
  • Boleh lihat Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.
  • Boleh check payment bagi syarikat yang berurus niaga dengan kerajaan (e-maklum)
  • & etc. Sila lawat yea.

DAN
Hari ini aku surf laman web yang sangat berguna ini kerana result Exam KPSL yang aku amik last Ogos dah keluar.


Eh! Kandas ke?

Sob sob sob...

17 August 2010

SEKSYEN A done!

Satu kertas exam KPSL dah berjaya dijawab. Ada enam soalan semua tapi yang hanya perlu dijawab hanya empat. Dek kerana kepandaian yang melampau ditambah tahap kerajinan penulis telah menjawab 5 soalan. Extra satu soalan lebih.

Mungkin pemeriksa akan memberi bonus marks. Who knows. Atau kalau pemeriksa salah kira kan aku dah untung. Ini trik untuk mendapat markah lebih. Hi3...

Satu lagi kertas SEKSYEN B bakal menanti esok. Malam ni rase nak tido lewat nak study apa yang patut. Esok penulis akan dipaksa memerah otak untuk menjawab subject calculation - financial accounting dan akaun awam kerajaan.

Lepas abis exam penulis bercadang nak shoping@window shopping skit di PICC.



Note: Tolong doakan kejayaan penulis untuk esok yea..

16 August 2010

Exam KPSL tomorrow!

Penulis bakal menghadiri exam KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) esok dan lusa.
Peperiksaan akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Tolong doakan penulis ok.



note: Penulis sedang bertungkus lumus membuat latih tubi  subject financial accounting.

13 August 2010

Teka teki akhirnya terjawab sudah

Segala teka teki, kusut masai, gundah gulana yang bersarang di hati terjawab jugak. Akhirnya kini aku terlepas dari penghijrahan ke Kelantan dan secara automatiknya akan tetap menjadi warga Putrajaya amnya dan KDN khususnya.

Dengan gagahnya pagi ini aku mendail talian hot Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Cik Sainah a.k.a pegawai penulis surat pertukaran telah mengesahkan permohonan pembatalan pertukaran aku dilulus.

Sebentar lagi Cik Sainah akan faks kan surat pembatalan aku. Ahhh...tak yah tunggu surat faks tu pun tak pe. Hati aku ni dah berbunga-bunga riang. Rasa berlapang dada dan tiada lagi kerungsingan. Yahooo.....

Note : Ada natijah ke yang bakal menanti akibat dari pembatalan pertukaran ini ????

07 August 2010

No weekend weekend

Ingat tak my planning nak pi Pureen Warehouse Sales. Nampak gayanya kali ni masih tak berpeluang nak shopin shopin baju sofea. Jumaat, sabtu & ahad kena hadiri Bengkel Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) anjuran PERBAKTI@Persatuan Pembantu Akauntan Sektor Awam Malaysia. Sila lihat Biografi PERBAKTI. (bangga dengan penubuhan persatuan nih). Cayok cayok!!

Ok, straight to the main point..this weekend nampaknya no cuti cuti, no jalan jalan, no rest rest with my lovely famili. Jadual bengkel sangat tight sampai malam pun ada class. Then, 17 dan 18 Ogos ni aku akan amik exam KPSL kat PICC. Masuk ni dah nak kali ke - 3 pegi exam ni tapi masih tak pas-pas. Harap-harap tahun ini tahun bertuah aku. Doa kan aku berjaya lulus ye kawan-kawan.