Showing posts with label cashout duit nuffnang. Show all posts
Showing posts with label cashout duit nuffnang. Show all posts

22 January 2018

Nuffnang cheque

Ada ke lagi yang masih menunggu cek dari nuffnang. Rasa macam blogger sekarang dah tak bergantung sangat pada nuffnangkan. Kalau dulu skit-skit nuffnang. Dapat jer CPUV, CPC & so on update. Nuffnang pun macam dah slow. Now ramai yang banyak buat advertorial dari macam-macam source. Ramai yang nak guna khidmat blogger.

Me pun sama. Kalau dulu pernah jugaklah dapat advertorial dari nuffnang. Dua tahun kebelakangan ni non ada. Mood blogging pun dah slow. Update yang mana penting dan rasa nak update jer. 

Walau macam mana pun, baru-baru ni dapatlah jugak cashout duit nuffnang tu. Hasil dari CPUV & CPC sepenuhnya. Itu pun cukup-cukup paras boleh cashout. Jadilahkan. Daripada tak ada. Boleh lah tambah-tambah mana yang patut. 


Cek ke-6 nuffnang. Kalau dulu segan nak tunjuk amaun. Ini dah kata paras minima memang RM50 lah.

Belum sempat bankin lagi. Dapat cek ni hari jumaat. Ujan. Terbasah skit cek. Nasib ok. 

24 May 2016

Pencapaian dan Cashout Kali ke-5

Seperti yang sedia maklum, aku start blog bulan 4/2010. Sepanjang tempoh enam tahun tulis blog berjaya cash out dengan nuffnang sebanyak lima kali. Sikit jer... Tak membanggakan sangat pun. 
First time cash out adalan Jun 2012. Tengok amaun di bulatkan itu. Tepat je RM 50.77 terus aku cash out. Tolak RM1 duit pemprosesan dapatlah rm49.77. Hihi tak cukup lima puluh pun. Excited sangat time tu nak merasa duit hasil blog dan nak tengok macam mana nuffnang bayar. 

Lama tunggu ko nak dapat 49.77 tu.. Aku start dapat CPUV dulu BE bulan Nov 2011. Setelah setahun tujuh bulan berblog! Orang lain dua tiga bulan dah dapat. Nak harap CPC campaign berjanggutlah kan. Tak pe. Lambat pun atleast ada... Rezeki orang tak sama. 

Lepas tu korang tengok tahun bila pulak aku cash out. 2014 hokey.. Dekat dua tahun pas tu. Kali ni aku simpan lama sikit bagi banyak. Masa ni ada dapat advertorial job dari nuffnang. Pastu dapat pergi event seketul dan terkini pay per post. Alhamdulillah dapatlah tiga angka.

Last week untuk julung-julung kalinya terima cek yang kelima pulak. Tak banyak pun. Masih tiga angka. Hopefully one day boleh empat angka pulak.  Berangan dulu tak salah. Dari angan-angan tak mustahil jadi kenyataan. (~.^)

30 September 2014

Zero nuffnang

Sebelum kita citer pasal part bersalin kita citer pasal money dulula yer. Amik mood... Macam biasa hujung bulan jer mesti ramai blogger yang pi cashoutkn duit nuffnangkn.

Alhamdulillah tahun ni dpt dua kali cashout. Kira ada peningkatan dari tahun sebelumnya. Semoga sy akan jadi part time blogger ke full time blogger yg berjaya. impian semua ibu ibu di dunia kn nk jd WAHM. Betul ker?

ohya hari ni birthday kakak aku yang ke dot dot dot.. terima kasihlah sbb jaga pia n hakeem masa aku kt spital. Ni still kat spital. Gigih taip pakai phone..

Yey dh pndai printscreen kt phone. Nnti boleh buat tuto... heee... Aku cashout pepagi td. Riso je xberjaya guna phone ni. Tp ttp nk cashout jugak sbb ada perancangan nk guna duit ni for something.

10 June 2014

Cek nuffnang ke-2


Alhamdulillah setelah empat tahun berblog ini kali kedua terima cek dari nuffnang. Lambat giler kan jika dibandingkan dengan blogger blogger yang lain. Tak apalah apa nak dikata. Blogger suam-suam kuku. Bersyukur pada apa adanya. Daripada tak ada langsung... Sekarang aku tengah sibuk bersurvey pulak. Nanti aku cerita kemudian..

Aku cashout hari tu 30/4, minggu lepas baru dapat. Belum masuk dalam bank lagi ni. Tak sabar nak beli apa yang di idamkan. Betullah uolls kalau nak cashout duit dalam akaun nuffnang kena hujung-hujung bulan. Sebulan lepas tu dah boleh dapat...

30 April 2014

Cashout nuffnang kali kedua

Hai.... perasan tak blog dah berubah wajah. Orang lain asal anniversary baru berubah wajah kan. Aku pulak kalau mengandung memang rasa nak muntah tengok blog. Mesti nak tukar kaler. Ni outer sendiri saja...

Back to tajuk.. Ini second time aku cash out sejak join nuffnang tahun 2010. Lama giler kan. Orang lain dah berpuluh-puluh kali cashout. 

Kali pertama tahun 2012 tu cukup-cukup makan jer. Ini banyak sikit. But tiga angka je pun. 

Suruh nuffnang pos kat opis coz yang kali pertama tu cek tak sampai kat rumah. Hilang ntah kat mana. Nuffnang kena resend balik. Dekat empat bulan baru dapat. 

Ni cashout sebab dah ada benda yang di aim nak beli. Wait (^.^)...


Ada tiga lagi cpuv baru. Moga boleh cepat-cepat cash out lagi....