Showing posts with label free gift. Show all posts
Showing posts with label free gift. Show all posts

12 October 2015

Kumpul point di drypers baby club dan tebus pelbagai hadiah

Anak korang pakai pampers apa? Aku dari sofea sampailah airis guna drypers. Masa memula sofea lahir dulu aku guna fitty. Tak tahukan. Beli yang murah dulu tuk try and error. Sofea lahir bulan sepuluh. Aku pantang kat kelantan. Taulah kelantan hujung tahun macam mana cuacanya. Asyik hujan.

Jadi malam kuatlah kencingnya. Minggu ke2 guna fitty mula merah2 bontot sofea. So mil suggest beli drypers. Katanya elok. Yup walau pun sofea kuat kencing malam tapi tak adalah sampai merah merah bontot even kadang tak tukar pun pampers semalaman.  

Paling best bila kita beli drypers boleh kumpul point. Pastu boleh tukar dengan pelbagai bentuk hadiah. Tak tahulah pampers jenis lain pun ada program macam ni ke tak. Sebab aku tak pernah tukar ke jenama lain. 
 
Senang je nak nak redeem macam aku redeem kat atas ni. Dalam plastik drypers tu ada barcode yang membolehkan korang tebus hadiah secara online. Daftar je kat drypers.com.my, masukkan barcode, cukup point boleh tebus macam macam. Bukan setakat barangan drypers tapi permainan yang merangsang minda baby pun ada. 

Actually program ni dah ada dari zaman sofea lagi. Tapi sebab masa tu kena poskan barcode jadi aku malas. Dah ada online macam ni senang. Point aku tak banyak tu yang dapat tebus tiga benda ni jer. Baru tahu masa airis tiga bulan. Itu pun sales women kat mydin yang bagitau. Kalau tak sampai mati tak tahu. hehe... Hujung bulan 9 hari tu terus tebus, minggu lepas sampai. Diorang pos guna pos laju. Tak tahan aku nak simpan bebanyak point..  Jadilah kan.... Sapa nak bagi.

11 July 2014

Free Gift dari Neutrogena for Skin Angel

Semalam aku sakit perut, balik keje awal tengok ada slip dari Pos Malaysia bagitau ada bungkusan berdaftar yang tak dapat dihantar kerumah. Dulu semalam ada posmen call kata nak hantar barang. Aku kan kerja camna nak terima barang kat rumah tu. So memang dah tahu ada barang kat pos malaysia yang nak kena amiklah kiranya. Penasaran jugak nak tahu apa bendanya sebab posmen panggil Azi Azidah. My fb name. Ni mesti aku mintak free sample kot... Hihihi.. My new hobby...

Free gift dari neutrogena (^_~) Suka...

Tak sangka neutrogena hantar guna pos daftar. Kalau tau bagi alamat opis. Sebelum ni diorang ada email kata nak kasi free gift tanda menghargai pelanggan setia mereka. 

Neutrogena dapat tahu aku guna produk diorang sebab aku ada komen kat FB diorang. Lama dah. Tak ingat pun. Saja saja tak expect pun diorang nak kasi free gift. Tapi dah diorang nak kasi 5 item lak tu, sape tak suka.  

Selama ni aku hanya guna Foaming cleanser jer. Ada ada bagitau kan yang pakar dermatologi kat HKL yang suggest aku guna produk ni masa muka aku bermasalah. Lepas pakai foaming cleanser dengan lotion dari farmasi HKL tu terus muka aku ok. Kiranya aku pengguna setia neutrogena  dari tahun 2006 sampai sekarang laa.. 

Neutrogena ada invite aku datang ke Healthy Beauty Hang Out session. Program ni macam best. Tapi memandangkan kena gi sengsorang plus aku tak reti jalan so tak dapatlah nak join. 

Sekarang neutrogena tengah celebrate ulangtahun ke-60, banyak contest yang diorang anjurkan sebagai tanda terima kasih diorang pada pengguna setia neutrogena. 60 tahun? Lama dah rupanya..... Banyak gift yang diorang nak bagi. Jom terjah FB Neutrogena ---> KLIK

05 January 2012

Beli Susu S26 Progress/Promise 1.2kg dapat free gift

Minggu lepas macam biasa kalau pegi OTK (Ong Tai Kim) wajib beli susu sofea sebab kat sini susunya lagi murah berbanding pasaraya lain yang ada di Malaysia ni. Sofea minum susu jenama S26 sejak dia lahir. Susu ni kakak ipar aku yang suggest. Aku mengikut je time tu sebab tak tahu langsung susu apa yang bagus nak di beri ke baby. Di tambah pulak time tu susu badan memang tak cukup. Sejam menetek pun sofea masih tak nak lepas.


Alhamdulillah susu ni memang serasi dan terus lekat dengan sofea sampai ke hari ini. Tiada alahan/masalah pun setiap kali nak beralih susu ke stage berikutnya. Range harga susu ni pun bukan di tahap paling murah dan paling mahal. Lingkungan pertengahan. Semua ibu bapa mampu beli.


I know ramai mommies2 yang tak confident dengan brand ni. Rakan sepejabat aku dulu pernah tanya kat aku: kak azi bagi sofea minum susu apa?  Bila aku jawab S26, dia tanya susu apa tu? Kenapa bagi susu tu?.


Dia ni bagi ke anak dia susu yang mahal-mahal je aku tengok. Kalau tak silap dia bagi enfalec, mamil gold dan macam-macam jenama lagi lah dan yang pastinya lebih mahal dari susu S26 aku tu dan aku tengok dia kerap bertukar susu. Tak sampai berapa bulan tukar, tak serasi katanya.


Kali terakhir dia jumpa aku dia tanya lagi : kak  azi bagi sofea susu S26 Progress kan. Saya pun bagi kat anak sy susu tu. Aku pulak tanya:  kenapa dia bagi susu tu ke anak dia. Dia jawab susu tu elok, sesuai dengan anak dia. Kawan opis dia yang suggest. (kitaorang dah lain opis sekarang)


So u all fikirlah sendiri bagus ke tidak susu ni. Jangan menilai tanpa usul periksa ye. Kan berbalik pada diri sendiri. Tak semestinya susu yang mahal itu elok dan yang murah tu tak elok. Last-last anak dia memang serasi dengan susu yang murah ni.


Kalau korang tak kenal susu s26 ni korang boleh tengok kat rancangan upin ipin. Upin ipin minum susu ni tau. Company ni salah satu yang sponsor rancangan upin ipin ni.


Alkisah sebenarnya nak bagitau masa beli susu S26 Progress 1.2kg, kat tepi kotak tu diorang ada tepek PERCUMA BERUS GIGI BERKUASA BATERI. Siap ada warranty card 3 bulan. Promotion ni ada untuk susu S26 Promise 1.2kg(tahap 4) jugak. Berus gigi percuma ni menggunakan bateri dan boleh dilaraskan berusnya mengikut kelajuan yang kita kehendaki. Serius aku tak tahu ada berus gigi cam gini.


Apa lagi terus aku rembat 2 kotaklah. Kalau tak ada gift pun memang aku biasa beli dua kotak terus. Susu tahap 3 ni payah sangat nak dapat. Selalu je habis kat pasaran. Kalau ada yang tinggal pun kat pasaraya yang harganya memang mahal dari biasa. Tu yang tak ada orang nak beli tu. Susu ni pun jarang ada bagi free gift. Dulu sekali adalah bagi puzzle rumah upin ipin.


Apa lagi sapa-sapa yang ada anak minum susu ni jom kita serbu pasaraya beli banyak-banyak. Boleh jimat beli berus gigi anak-anak tu. Comel pun comel berus giginya... Kih Kih Kih

24 October 2011

Free baby t-shirt with Drypers


Sejak tahun 2009 (tahun kelahiran my doter) i'm be a loyal customer with dyrpers. Dryper really-really suitable for my doter and my son. Walaupun dah berat dryper yang diorang pakai tapi bontot tetap maintain tak de rash ke apa.

Time pregnant sofea dulu memang aku tak retilah nak beli lampin pakai buang brand apa. Time tu aku just pick brand fiffy. Pilih brand ni pun sebab nampak member pakaikan ke anak diorang. Diorang kata better beli murah-murah je. Kalau murah tapi tak berkualiti pun tak guna, right?

Seminggu pakai, bontot sofea dah merah-merah. Then my mom in lawlah yang syorkan brand drypers ni. Walaupun dah 60++ tapi pandai betul dia. Zaman dulu mana pakai lampin pakai buang. Dia pandai dan tahu mesti melalui penjagaan cucu-cucu yang lain. Itulah beza orang yang dah beranak dan bercucu.

Walaupun kat tv sekarang ni sibuk promosi brand Pet Pet ala yang si noor khairiah jadi tukang jurucakap tu tapi aku setia pada yang satu. Even orang kata Mamy Poko the best one, i'm still with dryper. Rabaklah nak pakai mamy poko, mahal skit kan...last last ke tong sampah jugak. Better gunakan yang murah at the same time berkualiti jugak kan.

Lately yang paling aku suka dengan dryper ni diorang selalu bagi free gift dalam bungkusan size S60, M84, L72 & XL60. My doter use size XL dan my son size M. So sekali beli terus dapat 2 free gift.

inilah free gift terkini dari drypers. Sesuaikan tuk boy and girl?. T-shirt ni just nice je ke badan my doter. Nak pakaikan ke my son besar sangat.