Showing posts with label menang hadiah percuma. Show all posts
Showing posts with label menang hadiah percuma. Show all posts

30 March 2018

Menang IKEA GIFT CARD bernilai RM500



Betullah orang kata kalau dah rezeki kan... 



Bila terima email ni dari iproperty kata aku menang ikea gift card bernilai RM500 memang tak sangka dan percaya. Terus call tanya betul ke?

Sebelum ni memang aku ada masuk campaign iproperty gives back. Dapat tahu pasal campaign ni pun sebab Iproperty sendiri hantar email beritahu pasal campaign diorang.

Masa dapat email tu aku takde perasaan sangat nak masuk. Tahu mesti susah nak menang. Lagi pun iproperty ni unfamiliar bagi aku. Jarang kot masuk laman web diorang. Sebab bukan nak beli rumah pun kan.  Memula dulu daftar pun sebab dapat tahu diorang bagi baucar mc RM20 kalau kita daftar. Tu yang register. Nak baucar punya pasal. 

Kebetulan masa nak clearkan email-email ternampak sekali lagi email dari iproperty ni. Dah nak rezeki..... Dalam hati why not try kan. Bukan rugi pun. Syarat pun mudah. Just update profile kita kat iproperty tu jer.



So lepas balik kursus dari ipn,  terus ajak laki teman amikkan gift card ni. Seksa betul nak cari bangunan iproperty kat tengah-tengah lubuk midvalley tu. Kalau pergi sendiri mau nangis nak cari bangunan dan cari parking lagi.

Dalam bangunan IGB. Gambar ni su jin tan sendiri yang snap. Aku suruh wasap hantar ke hp aku.  (^.~).

Tak pernah lagi dapat dan tengok gift card ikea ni. Selalu dapat jenis baucer-baucer memang dah tulis nilai siap-siap. Ni kosong je. Mula-mula tak percaya jugak ada RM500 dalam gift card. Sebelum nak shopping kat ikea, pergi dulu kat customer service tengok ada nilai tak card ni. Yelah kang dah amik-amik barang kena bayar sendiri RM 500, mahu pengsan. Nasib ada... Pegi amik gift card 22hb Mac, esoknya terus pegi ikea. Nanti aku story barang yang berjaya dibeli dengan RM 500 tu.

11 July 2014

Free Gift dari Neutrogena for Skin Angel

Semalam aku sakit perut, balik keje awal tengok ada slip dari Pos Malaysia bagitau ada bungkusan berdaftar yang tak dapat dihantar kerumah. Dulu semalam ada posmen call kata nak hantar barang. Aku kan kerja camna nak terima barang kat rumah tu. So memang dah tahu ada barang kat pos malaysia yang nak kena amiklah kiranya. Penasaran jugak nak tahu apa bendanya sebab posmen panggil Azi Azidah. My fb name. Ni mesti aku mintak free sample kot... Hihihi.. My new hobby...

Free gift dari neutrogena (^_~) Suka...

Tak sangka neutrogena hantar guna pos daftar. Kalau tau bagi alamat opis. Sebelum ni diorang ada email kata nak kasi free gift tanda menghargai pelanggan setia mereka. 

Neutrogena dapat tahu aku guna produk diorang sebab aku ada komen kat FB diorang. Lama dah. Tak ingat pun. Saja saja tak expect pun diorang nak kasi free gift. Tapi dah diorang nak kasi 5 item lak tu, sape tak suka.  

Selama ni aku hanya guna Foaming cleanser jer. Ada ada bagitau kan yang pakar dermatologi kat HKL yang suggest aku guna produk ni masa muka aku bermasalah. Lepas pakai foaming cleanser dengan lotion dari farmasi HKL tu terus muka aku ok. Kiranya aku pengguna setia neutrogena  dari tahun 2006 sampai sekarang laa.. 

Neutrogena ada invite aku datang ke Healthy Beauty Hang Out session. Program ni macam best. Tapi memandangkan kena gi sengsorang plus aku tak reti jalan so tak dapatlah nak join. 

Sekarang neutrogena tengah celebrate ulangtahun ke-60, banyak contest yang diorang anjurkan sebagai tanda terima kasih diorang pada pengguna setia neutrogena. 60 tahun? Lama dah rupanya..... Banyak gift yang diorang nak bagi. Jom terjah FB Neutrogena ---> KLIK