Showing posts with label kpmc. Show all posts
Showing posts with label kpmc. Show all posts

17 June 2011

Nora Elena di KPMC, Puchong

Drama Nora Elena dah tamat. Tak sangka diorang shoot Nora Elena bersalin di KPMC, Puchong. Rupa-rupanya glamor jugak KPMC, Puchong ni. Sebelum ini pun aku ada nampak orang shooting masa pi check up kat sana.


Tapi kalau dah bad experience tetap bad ok. Peristiwa itu tetap utuh dalam lipatan sejarah aku. Sori nak dapatkan service kat sana lagi.


My husband pun nampak geram lagi ngan peristiwa hari tu. Ntah apa mimpi masa episod akhir tetiba dia nak melayan drama ni. Dan masa Nora Elena bersalin my husband kata "Ma...ma... Nora Elena bersalin kat KPMC lah"

Masa anak Nora Elena kena culik dengan Yvonne, my husband kata cam ni pulak "Samanlah KPMC". Nampak no marah sangat kat KPMC.





Actually aku tengok ramai sangat yang search pasal KPMC ni.
Tiap minggu ada je keyword KPMC.



Banyak yang cari KPMC, Kajang. Sebelum aku pilih nak bersalin di KPMC, Puchong memang aku search jugak pasal hospital ni. Tapi tak dapat apa-apa info. Nampak macam everything ok.


Bagi aku, KPMC, Kajang maybe much better dari KPMC, Puchong sebab dia dah establish. Dah lama beroperasi. Dan kalau nak pilih KPMC ke hospital swasta mana pun, depend pada cara kelahiran anda. Kalau u all tak ada masalah apa-apa memang ok bersalin kat swasta. Tapi kalau ada masalah better ke kerajaan aje {ayat cedok dari misi klinik kerajaan}.


Maybe that time nasib tak menyebelahi aku.

03 May 2011

Pengalaman sebelum bersalin - Labour Room 2 KPMC

Ini cerita seminggu sebelum salin. Xsempat nak post, duk dalam draft je sbb kesihatan tak berapa mengizinkan.


Citer ni pasal pengalaman saya dimasukkan ke Labour Room 2 KPMC hari kamis 21 April 2011.



Hari kamis tu sepanjang perjalanan memandu ke opis dalam pukul 7 pagi, perut ni ada terasa senak-senak, sakit pinggang dan macam-macam tanda yang macam nak bersalin. Tapi disebabkan keadaan yang terkawal dan sakit yang dialami memang boleh di tahan, aku gagahkan jugak diri ke opis. Tapi dalam pukul 10 pagi dah balik rumah dek kerana member dan bos suruh dan desak balik takut dah nak bersalin dan dalam keadaan paksa rela aku pun pulang ke rumah, makan dan bersiap-siap ke hospital.


Sedia maklum aku memang dah decide nak bersalin di hospital swasta and sampai sana diorang suruh masuk ke labour room untuk buat CTG. Baru aku tahu mesin CTG ni sebenarnya untuk mengesan contraction.


Lepas buat CTG memang ada contraction selang seminit dua. Huh! cepatnya sakit tu datang. Macam dah nak bersalin kan? Tapi aku masih boleh tahan akan sakit yang aku alami ni. Masa kat labor room tu sekali dua orang datang check bukaan dan katanya dah 3cm.


Then dalam sejam lepas tu doktor pulak check bukaan dan still 3cm. Doktor kata duk dulu dalam wad then dalam pukul 4.30 kita check sekali lagi, kalau dah 4cm boleh pecahkan air ketuban. Aku sempat tanya ke doktor confirm ke bersalin hari ini. Dan doktor jawab dengan confident sure hari ini bersalin.


On 4.30pm doktor datang check and still sama dengan tadi. 3cm. Doktor tanya nak pecahkan air ketuban ke tak. Aku tanya patut pecah bila? Doktor kata 4cm ke atas. So? Buat apa tanya aku? Tak payahlah jawabnya. Nanti kalau pecah-pecah tak bersalin macam mana?


And doktor kata lagi kita check kul 8.30pm pulak. Bila dah 8.30pm doktor datang check. Sian doktor datang jauh-jauh dari Putrajaya semata-mata nak check patient dia ni (wek! nak muntah ayat nih). Bila check korang tahu doktor kata not sure, katanya dalam 3 ke 4cm.


Sebelum dotor check tu, aku mmg rasa sakit kuat dari sebelumnya so doktor nak pecahkan air ketuban. Tapi the problem is kepala baby still belum ke bawah benar, masih tinggi (ayat doktor). Doktor kata kepala baby senget skit, tak betul-betul dilubang rahim. So kalau pecahkan air ketuban takut baby still tak mau keluar, jawabnya aku nanti kena operate. So untuk jimatkan kos better terus operate kata doktor. Kos dalam 6 7 ribu ok.


Kami mintak masa untuk fikirkan hal ini. Dalam hotak aku time tu memang tak nak operate. Bukan sebab duit yang utama walaupun ada jugak dalam otak rasa mahal sangat kosnya, tapi sebenarnya sakit contraction yang aku alami bukan tahap seperti aku nak bersalinkan sofea dulu. Kedua : dalam sehari 5x dia check bukaan, 2x dalam satu masa, apa ke hal tu, tak ke rasa pelik? Ketiga: Doktor dah check banyak kali tapi yang terakhir check baru kata kepala baby senget. Aku memang dah tak yakin dah dgn hospital ni time tu.


Dan paling mengecewakan aku bila aku decide tak nak bedah, nurse kat situ terus kata dia akan bagi surat untuk refer spital kerajaan. U cakap kat doktor sana u tak mampu nak bayar kos bedah (gggrrr...geram giler ayat ni). Then masa nak balik aku mintak tak ada ke MC, nurse kata MC amik esoklah, doktor dah balik. Sepantas kilatnya. Nampak sangatkan mereka ni nak duit aje, tak fikir pasal kesihatan patient langsung.


Really dissappointed about this.

Next entri aku akan post dimana akhirnya aku bersalin.... da...