Nak kata aku mama yang rajin tak jugak tapi bukan juga dalam kategori pemalas yea. Sedang-sedang sahaja lorr. Ada masa rajin, ada masa penyakit M datang jugak. Tapi setakat nak mengajar 123 dan ABC kat anak-anak memang jarang miss.
Aku kurang guna buku. Kalau tak guna video aku guna melalui dua kaedah. Yang pasti cara santai-santai sahaja. Diorang kan kecik lagi.
Strectching/senaman.
Jangan tak tahu ye stectching/senaman mampu merangsang minda anak-anak. Aku dapat tahu melalui rancangan Wanita Hari Ini. Aku mula buat strectching kat anak-anak lepas aku dah tak buat urutan baby.
Iyelah masa anak kita baby kan kita selalu buat urutan. Bila diorang dah besar sikit aku beralih ke strectching pulak. Tak payah buat heavy-heavy. Pusing-pusingkan buku lali, kaki, tangan, pergelangan tangan dah cukup. Pastu sambil strectch sambil kira sampai sepuluh. Secara tak langsung itu kan dah mengajar anak kita mengira. Nak mengajar anak tak semestinya kena pegang buku.
Memang cara ni bagus bagi aku. Anak-anak mengekek suka bila aku strectch diorang. Hakeem pun kadang-kadang mengira sama masa aku buat strectch.
Berbual sebelum tidur
Masa aku dengar satu forum (tak ingat rancangan apa), penceramah ada bagitau supaya dalam sehari seboleh-bolehnya luangkanlah masa dengan anak-anak dalam lebih kurang 15 minit tanpa sebarang gangguan seperti tv, radio, h/p & etc. Bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
So aku pilih waktu sebelum tidur. Sebab waktu nak tido memang tv, lampu semua kita akan tutup. hihihi nak senang je aku ni... Apa yang aku buat, biasanya aku akan berbual dan tanya pasal apa yang diorang dah buat hari ni. Pastu aku tolong jawab balik sebab dah sah-sah 24 jam diorang dengan aku. (",).
Macam sofea yang dah faham sikit-sikit tu ada jugak dia cerita pasal cartoon totomen (ultraman) dia, pasal lagu. Kemudian aku suruh diorang nyanyi lagu seperti twinkle, abc, little indian. Baca ABC, bismillah, selawat, kira 123. Kira recall sebelum tidur supaya tak lupa.
*Sekarang tengah ajar baca Fatihah tapi separuh bacaan hakeem dan sofea tunjuk tangan suruh stop. Adehhhh....
Showing posts with label pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label pembelajaran. Show all posts
13 February 2013
Hakeem dah pandai ABC
Empat hari cuti tahun baru cina keje aku, my sis, sofea & hakeem makan, tido, makan tido plus adalah kemas rumah sikit-sikit bila rumah dah bersepah dibuat anak-anak. Sungguh bahagia duduk dengan anak-anak tak payah uruskan suami. ha3... sorry mr. edy siapa suruh outstation sangat.
Time nak masak pun senang, aku lempar je anak-anak kat rumah my sister. Dah siap masak baru panggil semua makan. Tapi biasalah hakeem tak mahu sangat dengan orang lama-lama. Nak berkepit je dengan mama dia. Jadi sementara aku masak, hakeem aku bagi tengok CD belajar dan nyanyian. Duduklah dia sorang-sorang ngadap TV.
Gaya hakeem masa tengok CD ABC. Kemudian dengar hakeem sebut perlahan-lahan I, J, Y ....
Alhamdulillah anak mama dah reti sebut ABC sikit-sikit...
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...

