Diam tak diam dah empat hari aku tak bagi sofea susu badan. Memang suffer aku tengok sofea. Bila tengok hari ketiga sofea dah seakan melupakan susu badan, ingatkan hari keempat makin senangla. Rupanya nak bagi baby berhenti menyusu ni memang tak semudah yang disangka.
Sofea seperti kekurangan sesuatu. Tapi dek kerana penangan garam membuatkan dia jarang nak mintak susu badan. Hanya berani pegang-pegang, sentuh-sentuh puting je. Tidor malam pula sering terganggu dengan tangisan kerana ketidakpuasan menghisap susu.
Bila malam menjelma aku try la letak sofea atas bouncer, mana tahu dia boleh tido lena. Buat pengetahuan sofea memang sejak kecik tak pernah tidur atas buaian. Tapi tak jalan, dia dah tak nak tido atas bouncer mgkin sebab dah besar. Bouncer pun dah hampir tak muat.
Sekarang kalau sofea nak tidor mesti dia tidor sendiri itu pun kalau dah betul-betul mengantuk. Sofea bukan macam baby lain kalau ditepuk-tepuk peha atau di urut-urut badan mahu tidor. Kalau kita buat macam tu lagi dia tak suka.
Bila la semua ni akan berakhir. Rasa kesian ngan sofea dan diri sendiri kerana terpaksa melalui semua ini.
Showing posts with label penyusuan. Show all posts
Showing posts with label penyusuan. Show all posts
12 March 2011
10 March 2011
Cabaran Hari Ke-2 : Berhenti hisap darah
Misi menghentikan sofea dari menyusu badan diteruskan untuk hari kedua. Selepas melalui malam pertama yang sukar, petang semalam macam biasa pas amik sofea kat nursery, bila sampai rumah sofea terus mintak te te te tetek tetek. Even dalam kereta pun dah mintak.
Sepantas kilat aku ke dapur letak garam kat puting. Memang agak berkesan la letak garam ni. Walaupun kebanyakan orang suka letak sirap tapi aku lebih prefer garam dari sirap. Tak sanggup wei nak biar puting jadi warna merah. Bila sofea tengok puting dah dipenuhi garam terus sofea tak jadi nak masukkan dalam mulut. Seakan serik agaknya teringat semalam kena makan garam.
Kesian dengan keadaan tu aku buatkan susu botol dan ajak sofea main-main kat laman. Biar dia lupa tetek seketika. Kemudian aku masak, bagi sofea makan dan terakhir masa untuk tido dah makin hampir.
Cabaran lagi ni. Kalau sebelum ni hisap susu badan memang senangla nak tidokan sofea. Tapi kali ni tanpa tetek, buaian memang sukar la nak suruh sofea tido.
Mula-mula aku kena tutup lampu, pastikan sofea betul-betul penat dan mengantuk. Macam hari sebelumnya, sofea masih lagi meracau-racau, bercakap-cakap sambil mata tertutup. Sofea memang tak puas dengan susu formula. Bila aku suakan puting botol sofea campak sambil nangis. Aduh...memang sengsara.
Sebenarnya kalau sofea sendiri nak menyusu badan, aku pun sama rindu sangat nak menyusukan dia, rasa macam nak sua-suakan susu badan je time dia mintak tapi apa boleh buat, aku kena cekalkan hati, baby dalam kandungan pun kena diutamakan jugak. Malam tadi ntah pukul berapa baru sofea tido selepas keletihan menangis, aku tak sedar sebab aku sendiri dah belayar dahulu sebelum sofea tido.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...
