Showing posts with label sales. Show all posts
Showing posts with label sales. Show all posts

19 July 2013

DIY Kasut & Hytex Warehouse Sales

 
Comel tak kasut ni. Kasut anak buah aku. Murah saja belinya. RM 10.00. Patutnya RM 18.00.

Sebab bahagian bunga tu gondol, dah tercabut benda asal yang sepatutnya ada kat atas bunga tu. Tu yang reduce price. Aku DIY ler kasi letak butang oren tu. Naik seri kasut raya...

Kalau uolls nak cari baju raya, baju harian pegilah hytex warehouse sales ni. Minggu ni last diorang buat. Actually diorang buat tiga minggu berturut-turut 6th and 7th July 2013, 13th and 14th July 2013 and 20th and 21st July 2013. Tempat : Dewan Serbaguna MPS, Taman Ehsan, Jalan E3/13.

Ada jual stroller, jeans, skirt, kasut, baju tido dan paling banyak baju t-shirt size 1 - 3 tahun. Baju dewasa pun ada sikit. Worth it kalau uolls pandai pilih. Aku beli banyak baju basahan. Baju jalan banyak 8 tahun keatas. Confirm balik raya nanti hakeem dan sofea main pasir kalau jumpa sepupu2 dia. Arrghhh stress mak...


* Tahun ni nampaknya baju raya sofea dan anak kakak aku sama ler. Beli kat tempat sama. (",) 


17 July 2013

Dapatkan voucher 15% from ZALORA

Uolls dah beli baju raya belum? Apa?? belum lagi. Laa nape tak beli lagi. Dah 8 ramadhan ni. Tunggu gaji eh. Ok tak pe tak pe. Aku pun baru last week pi beli kain & tempah.

hah tailor mana tu yang masih terima tempahan baju raya bebulan posa ni. Uolls jangan bermimpi disiang hari akan ada lagi tailor yang nak terima tempahan waktu waktu puncak begini. Aku ni ada tailor sendiri. Memang dia dah reservekan bahagian aku tiga beradik setiap kali raya. Tak kisah anto cepat ke lambat dia akan accept. Tapi sikit2 lagi aku pun tak tahu nak tempah mana dah. Ahsoo tailor aku tu dah tua. Dah uzur syarie. Dah bagitau sikit masa lagi nak pencen. Beli siap jela jawabnya.

Takpe online shop banyak. Beli dah siap pun lebih kurang sama je reganya. Pastu tak yah nak rungsing nak tempah, mana nak beli kain... Ada tu buat baju limited edition. Uolls sorang je yang pakai baju tu.

Macam kat zalora.com.my, baju traditional yang diorang jual boleh tahan. Cantik, designer terkenal lagi yang buat tu. Aku paling berkenan baju Jovian Mandagie. Meleleh air liur kalau tengok...


 cantik kan...

 ini pun..

yang ini jugak. simple but nice...

 hitam itu menawan...

aaarrghhh semua pun cantik. Jovion Mandagie kau sentiasa dalam anganku. Pffttt over.

Kalau uolls nak tengok baju lain yang lebih cantik-cantik lagi cepat terjah zalora.com.my. Bukan takat ada baju traditional orang dewasa, bebudak pun ada. Kasut, dress, top, seluar semua ada. Boleh pilih yang murah yang mahal. Nak baju hatta dolma, rizalman semua ada di zalora.

Kalau uolls baru first time daftar dengan zalora, uolls akan dapat voucher RM20 dengan pembelian 80 keatas. Tak setakat itu sahaja uolls boleh guna this voucher code ZBAPZiW untuk menikmati diskaun sebanyak 15%. Voucher ni tak ada valid-valid. Boleh guna sepanjang tahun. Kalau tak sempat nak beli time raya ni raya haji nanti pun boleh.

Masa bayar nanti masukkan je diruangan coupon kod ZBAPZiW. Dah tunggu apa lagi pi beli sekarang.

Nak baca pengalaman aku beli belah di zalora klik PART 1 & PART 2.
 

29 March 2012

EuroModa Gulatis Silk House Sales

Minggu lepas aku, mak ngah, sofea dan hakeem sempat menjengah Gulatis Silk House USJ. Bersebelahan Mydin Mall USJ tu. Ada banyak offer. Promosi until end of this month. But not sure lah untuk semua cawangan Gulatis atau Gulatis USJ sahaja.


Harga sepasang kain majoriti RM100, RM200 untuk dua pasang dan RM 300 untuk 3 pasang. Bagi yang nak beli sepasang untuk promosi RM 200 dan RM 300 tu kena bayar lebih dalam RM38 dan ke atas. Faham ke?


Makanya kalau nak beli sehelai tapi nak beli  kain yang harga RM 200 untuk dua pasang dan RM 300 untuk 3 pasang silalah bawak kengkawang, sedara mara, sepupu sepapat supaya bolehlah kongsi-kongsi beli untuk dapat harga murah tu.


Kat bahagian belakang kedai ada jualan 'Happy Hour'. Promosi tamat end of this month jugak. Sepasang kain harga RM15, RM20 dan RM25. Terus aku rembat dua pasang kain. Yang RM100 tu tak ada dalam budget. hi hi hi

Cotton yang nice untuk sofea di pagi hari raya tahun ni. Sepasang RM15, upah RM10, 2 meter RM7.50. Tambah manik RM20.  Total = almost RM40. Yang lebih 2 meter boleh buat baju blouse aku pulak. Last year aku baru lepas bersalin tak sempat nak buat baju kurung tuk sofea. Cari kat kedai, baju kurung tuk budak dalam RM70 keatas yang aku kenan. Kain ya ampun nipis ke main.


Kat sini ada jual tudung jugak. Harga lebih mahal dari harga di pasar malam, pasar tani dan di pasar-pasar lain walaupun design sama jer. Kalau di luar harga RM10 disini RM20++. Tapi qualitynya sangat different. Pakai terletak je kat muka (kata my sis). Pendek kata quality baguslah.



* Bagus-bagus pun ada bad story. Tunggu next entry ya...

18 November 2011

Apa apa dengan 18hb - 20hb Nov 2011?

Nak pergi sesangat kalau boleh...



Time: 10am - 9pm
Venue: Atrium, Hall 1, 2 & 3, Mid Valley Exhibition Centre



Kalau ada function, expo, sales yang macam best-best je mesti mr. edy pun kencang dengan job sana sini. Nampak gayanya duk umah je lah kami tiga beranak minggu ni.