Showing posts with label tempahan. Show all posts
Showing posts with label tempahan. Show all posts

03 June 2015

Beg for gift/weddinggift/sourvenior & etc



Drawstring beg ni member aku order. Kalau korang nak percuma beg drawstring ni cepat pi beli dnars kat SINI okeh. Nak cantik tak time raya nanti. Cepat order. Limited time and number of customer yg akan dpt beg ni tau.

Walau pun aku specialist in beg jeans tapi kalau ada yang nak order guna kain selain jeans like cotton ke aku terima jugak. Asal design yang di minta aku boleh buat aku buat. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari kann. hikhiks..

Tapi fefaham je lah ibu tiga orang anak ni agak lambat sikit nak siapkan order. Korang kena bagitau bila guna atau disaran tempah awal. Airis skrg byk akal. Siang mlm tak nak berenggang terutama lepas baik sakit.

Nak tanya nak order or anything boleh email aku kat edyeda@gmail.com atau wasap +60192033086.





04 January 2012

Tempahan Langsir

Minggu lepas direct tiga hari cuti. Sabtu Ahad dan Isnin sempena Tahun Baru. But nothing different for me as a full time housewife. Tiap hari pun dikira cuti dan tiap hari pun kena buat kerja rumah.

Back to the weekend holiday, aku anak beranak dan kakak aku merangkap pemandu pelancong dengan penuh keriangan telah menyerbu Nilai 3. Tinggallah Mr.edy di rumah sensorang.

Niat hati ingin membuat langsir. Memang dalam sebulan dua ni kitaorang asyik dok sok sek sok sek pasal Nilai 3 je. Sejak pindah, rumah aku memang tak berlangsir. Togel jer.

Kedai pilihan kitaorang tak lain tak bukan 
KEDAI KAIN CHING. 

Lot 244&245, Jalan Nilai 3/8, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri 9.

Amik ko alamat lengkap aku bagi.

Dari dulu memang kakak aku serasi dengan kedai ni. Aku ngikut jer mana yang baik. kih kih kih. Kedai Kain Ching ni letak kat area belakang. Bersebelahan dengan kedai kain Nafisa dan berdepan dengan satu-satunya kedai menjual barangan baby + kedai runcit.

Aku sebenarnya bukan nak blame kedai melayu tapi servis kedai cina ni memang superblah kalau nak dibandingkan dengan kedai melayu. Anyone agree with me??

Staff diorang pun berpengetahuan dan pandai ambil hati pelanggan. Staff melayu tau. Aku ni kalau kedai tu murah cam mana pun tapi servis hampeh, memang aku rak beli, malah blah terus. Kalau kedai tu mahal tapi servis bagus aku tak kisah nak kuarkan duit lebih. But bonuslah kalau kedai tu murah plus servis pulak bagus, lagilah aku suka.

Walau bagaimana pun, sebelum kitaorang decide nak menempah kat kedai ni kitaorang still buat survey kat kedai-kedai lain. Kedai indian, pakistani dan malay. Kedai indian nampaknya mahal skit. Kedai malay ada yang murah dan biasa-biasa. Tapi service memang tak bagus.

Ko tahulah kalau nak buat langsir ni bukan macam buat baju kurung. Buat langsir perlukan kiraan kepanjangan, kelebaran dan macam-macam ke lah. Sales man dah boleh jadi accountant aku tengok. Bukan sesuka hati ko boleh jadi salesman. Banyak benda kena belajar kalau kerja kat kedai langsir. Tapi kalau aku je menanya ko menjawab pun tergagap-gagap apa ke hal. Jawabnya hi hi bye bye lah kedai ko tu.

Masa kat Kedai Kain Ching aku beli kain langsir yang semeter RM 3.80 punya. Murah kan? Old fashion actually but i like. Who cares... Bidang 60.

Boleh terus jahit. Tempahan untuk sekeping RM8. Kalau nak buat 2/3/4 layers atau berapa ribu layers pun harga RM15. Kalau pergi kedai Pakistani memang mencekik darah. Ade ke dia nak bantai aku harga RM 27 above bagi tempahan langsir jenis ada layers. Ko gila apa...

Tempahan langsir kat mana-mana kedai di Nilai 3 semuanya boleh siap dalam sejam. Tapi sebab aku ngan kakak aku menempah untuk rumah memasing jadi dua jam lah kena tunggu. Badly sebab kitaorang tempah berlayer-layer kena tambah sejam lagi masa extra.


ABAIKAN VIEW YANG BURUK. FOCUS ON CURTAIN ONLY



Tapi hasilnya memang puas hati (walaupun dalam hati tak berapa puas sebab kakak aku punya langsir lagi cantik). Btw, rumah aku dah tak togel lagi. :)