25 March 2012

Bintang itu API

Sejak mr. edy tak ada kat rumah ni, memalam memang aku kerap ke rumah mak ngah sofea dan Hakeem. Rumah mak ngah diorang sebelah rumah aku jer. Kalau mak ngah tak datang rumah aku, aku yang akan  datang rumah mak ngah.


Malam semalam masa nak datang rumah mak ngah, tetiba sofea cakap : mama api. api. api.  Bila aku tanya mana. Sofea pandang langit sambil tunjuk tangan ke atas. Bila aku pandang kat atas rupanya ada bintang seketul.


Macam kalau time burung terbang sofea akan kata bird bird. Kalau kapal terbang lalu pulak sofea akan melonjat-lonjat sambil kata atas atas. Dia tak reti sebut kapal terbang @ aeroplane lagi. Sebab jarang tengok kapal terbang lalu.


Macam bintang ni pun dia jarang tengok. Mungkin sebab kalau hari sabtu atau ahad kitaorang selalu mengemas kat luar rumah sambil bakar sampah jadi dia ingat cahaya bintang tu sama dengan cahaya api la kot. Tu yang dia sebut api.

gambar tak kena ngan story

* anak dara aku dah pandai memandang-mandang langit macam dalam cerita cerita cinta pulak.

23 March 2012

Renew lesen memandu

Selasa lepas pergi pejabat pos nak update buku ASB dan renew lesen memandu. Sebenarnya tujuan utama lebih kepada nak bawak sofea berjalan-jalan. Menyelam sambil minum air le.. 

Kalau nak tahu lesen memandu aku dah lebih sebulan tamat tempoh. Bukan sebab lima tahun sekali baru renew, tu yang lupa. Aku jenis renew tiap-tiap tahun. Nak jimat duit. kih kih kih. Ntahla apsal aku jenis suka renew setahun setahun. Padahal kalau renew 5 tahun sekali lagi untung kan.

Tapi kali ni dah niat dalam hati nak renew untuk dua tahun. Bila sampai pejabat pos terus kasi lesen memandu dengan duit sebanyak RM 62. Betul lah kan setahun RM 30 caj renew kat pejabat pos RM 2. 

Tetiba kakak ke adik yang jaga kaunter cakap kena tambah lagi RM 15. Sekarang lesen memandu tamat ikut tarikh lahir. Serius aku langsung tak tahu. Jadi kalau nak renew 2 tahun akan tamat pada 16/12/2014 (tolong ingat tarikh lahir sy tu). Sebab tahun ni aku renew dah hujung bulan 3 tak cukup setahun kena tambah RM15 jer.

Aku cakap kat adik yang jaga kaunter (rasanya dia adik lagi :P) rugilah saya. Pastu dia cakap Eh! untunglah. 

Bila dicongak-congok memang aku untung tiga bulan tak payah bayar. Sekarang baru bulan 3 tapi kena bayar half jer. Bulan 4, 5 & 6 tu diorang tak kira.

*Nampak sungguh kebodohan aku dalam mengira hari tu. 

Apabila aku pulak jadi customer lori sewa

Hari ini seharian hati rasa panas jer. Awal-awal pagi aku dah on PC sebab nak cari lori sewa 1 tan. Haa, mesti korang pelik kenapa pulak aku nak cari lori padahal aku pun ada memberi perkhidmatan lori sewa.

Sebabnya lori aku busy. Jadi bila regular customer mintak tolong sangat nak hantar barang terpaksalah aku arrangekan lori lain.

Korang kalau nak guna lori baiklah cari awal-awal. Kalau driver lori ni tahu nak hantar barang urgent memang diorang akan hentam kaw kaw punya.

Tadi aku dah kena, nak hantar barang ke satu tempat je pun, dekat pulak tu diorang nak RM 450. Ko giler apa. Agak-agaklah kan. Siap cakap ni barang urgent kan. Lori 3 tan pun tak semahal tu. Sib baik ai expert dalam bidang ni.

Itu belum lagi cakap ya ampun kurang ajar sungguh. Kalau tak boleh nego pun jangan lah nak meninggi-ninggi suara. Customer always right tau!.

Taubat dah lepas ni nak call diorang ni. Tak ada dah aku nak deal-deal dengan orang-orang cam ni. Rasa nak nangis tau.

Tapi u all kalau nak sewa lori jangan lah taubat dan segan call mr. edy pulak tau. Mr. edy layan bebaik jer...kih kih kih...

22 March 2012

Akhirnya Hakeem berjalan setapak

Yeah Yeah.... inilah saat-saat yang paling dinanti oleh semua ibu bapakan. Anak yang di sayang dan di tatang sudah mula boleh berjalan.


Kata orang baby boy ni lambat sikit berjalan. Memang pun kalau di banding dengan sofea umur 11 bulan dah boleh berlari sekeliling pasaraya.


Tapi tak kisahlah. Asal Hakeem boleh berjalan dengan sempurna sudahlah. Lambat ke cepat janji boleh berjalan iye dak?


Malam semalam aku, sofea dan Hakeem melepak sampai kul 11 kat rumah mak ngah diorang. Macam biasa kalau datang rumah mak ngah mesti sofea dan hakeem akan main dalam bilik. Lepas dah puas mengeram dalam bilik, baru nak main kat ruang tamu pulak.


Masa kat ruang tamu tu, aku sengaja lepaskan tangan bagi Hakeem berdiri sendiri. Kebiasaan pun aku memang suka buat macam tu. Konon nak ajar Hakeem berjalan.


Selalunya bila Hakeem berdiri sendiri dalam seminit dua confirm akan rebah kat badan aku atau jatuh terduduk.


Tapi malam semalam lain kisahnya. Lepas aku lepas kan tangan tetiba Hakeem berjalan setapak, masuk tapak kedua baru dia rebah jatuh. Dua kali pulak dia buat macam tu.


Kalau ditengokkan gayanya tu, macam dah tak lama je Hakeem nak berjalan. Kiranya cepat jugaklah Hakeem ni boleh berjalan. Jika dilihat dari segi fizikal dan berat badan Hakeem, ingatkan lambat lagi dia boleh berjalan.


*Tak lama lagi rancaklah dua beradik ni bermain.

1 2 3 pagi

Jadual bangun dan tido sofea sekarang memang dah lain sangat dengan masa zaman duduk nursery.

Kalau kat nursery diorang train lepas lunch kena tido sampai pukul 2/3 ptg. Jadi malam tak de masalah nak tido awal.

Sekarang sofea tengahari mana nak tido. Aku sibuk masak dia pun sibuklah ke hulur ke hilir, ke depan ke belakang.

Waktu tido dan bangun memang dah tungggang terbalik.Waktu orang tido dia sibuk berjaga, waktu orang jaga dia pulak tido.

Kalau matahari tak meninggi, tak pukul 11/12 tengahari memang sofea masih duk tido lagi. Petang dalam pukul 7 ke 8 kalau dia start cari susu maknanya nak tido dah le tu. 

Tapi bukan dia terus nak tido sampai ke pagi. Dalam pukul 10 malam bangun balik. Pukul dua tiga pagi baru sofea akan tido sampai ke tengahari.

Bukan setakat tu je, kalau nak tido tak boleh tutup lampu, tak boleh tutup TV. Selalu TV kat rumah tu terpasang sampai ke pagi. Iyelah, aku dah lama melena, tapi sofea masih duduk tengok upin ipin.


Hakeem pulak selagi jam tak melepasi pukul 12 malam jangan harap nak pejam mata. Kalau dulu waktu siang boleh jugak tido tiga empat kali sehari tapi sekarang maksimum tido siang dua kali jer.

Dah macam-macam cara aku try kasi depa ni tido awai tapi tak jalan. Tak kena cara kot. Aku nak buat kerja pun payah.

Dah dua beradik ni tido main dan, mama diorang pun terpaksa ikut schedule dan diorang jugaklah.