31 October 2011

Budak kecik memang suka benda ni ke?

Kat pasar malam, pasar tani, up town kalau jalan mesti terjumpa benda ni. Orang yang menjual benda ini pun pandai betul cari port yang strategik nak jual. Terkena je aku.

Budak kecik kalau dah nampak benda ni kalau tak dibeli alamat sepanjang jalanlah dia menangis.





 
my doter call 'auwpin'.

Benda ni satu lima hinggit. Tak kiralah auwpin ke aemon (doraemon) ke. Semua sama harga. Boleh tahan 3 ke 4 hari je. Kemudian lunyai menyembah bumi. 
'Mak kalau sayang anak tangan-tangankan, bapak sayang anak membeli-beli je kerjanya.


30 October 2011

Friends, need your help

My doter already 2 years on ten ten october yang lepas. Aku nengok posing pun dah makin pandai bila disuruh. You all rasa bergaya tak my doter base on gambar kat atas tu.

Aku rasa dah lah pandai bergaya, comel lak tu. Tu pasal aku sibuk nak masuk peraduan gaya adik di PA&MA. Hi3...puji sendiri....




So need you helplah friend to vote my doter if you all rasa Aizara Nur Sofea binti Mohd Zaidi ni pandai bergaya dan comel. Boleh undi my doter di LINK ini. Tapi kalau rasa ada adik-adik yang lain lebih bergaya boleh jugak undi diorang ye.

Pemenang gaya adik bulan ini di adili based on 30% from your vote and 70% from juri professional. Undian anda-anda semua amat-amat diperlukan serta dihargai. TQ.

24 October 2011

Free baby t-shirt with Drypers


Sejak tahun 2009 (tahun kelahiran my doter) i'm be a loyal customer with dyrpers. Dryper really-really suitable for my doter and my son. Walaupun dah berat dryper yang diorang pakai tapi bontot tetap maintain tak de rash ke apa.

Time pregnant sofea dulu memang aku tak retilah nak beli lampin pakai buang brand apa. Time tu aku just pick brand fiffy. Pilih brand ni pun sebab nampak member pakaikan ke anak diorang. Diorang kata better beli murah-murah je. Kalau murah tapi tak berkualiti pun tak guna, right?

Seminggu pakai, bontot sofea dah merah-merah. Then my mom in lawlah yang syorkan brand drypers ni. Walaupun dah 60++ tapi pandai betul dia. Zaman dulu mana pakai lampin pakai buang. Dia pandai dan tahu mesti melalui penjagaan cucu-cucu yang lain. Itulah beza orang yang dah beranak dan bercucu.

Walaupun kat tv sekarang ni sibuk promosi brand Pet Pet ala yang si noor khairiah jadi tukang jurucakap tu tapi aku setia pada yang satu. Even orang kata Mamy Poko the best one, i'm still with dryper. Rabaklah nak pakai mamy poko, mahal skit kan...last last ke tong sampah jugak. Better gunakan yang murah at the same time berkualiti jugak kan.

Lately yang paling aku suka dengan dryper ni diorang selalu bagi free gift dalam bungkusan size S60, M84, L72 & XL60. My doter use size XL dan my son size M. So sekali beli terus dapat 2 free gift.

inilah free gift terkini dari drypers. Sesuaikan tuk boy and girl?. T-shirt ni just nice je ke badan my doter. Nak pakaikan ke my son besar sangat.

23 October 2011

Baju baru versi Angry Bird

Jumaat hari tu, my doter dapat selai baju baru dari mak ngah dia. Baju apa lagi kalau bukan baju gambar angry bird.

Sana sini kan orang duk sibuk dengan burung garang ni. Aku tak amik port pn pasal binatang ni. Game dia ker, orang duk jahit felt muka dia ke...

Tak amik tak amik port pun dapat juga selai baju free. By the way thanks.

My doter bukan main suka lagi. Testing testing terus di pakai bawa ke tido.

22 October 2011

Tip mengemas rumah yang kecil dan sempit

My house sekarang ni memang comel lote. 2 bilik tidur, 1 bilik air, 1 dapur, 1 ruang makan dan  1 ruang tamu. Budget ciput je time nak buat rumah ni.

Kalau compare dengan rumah arwah mak memang jauh dari langit dan bumi. Bilik tidur je dah 6x ganda lebih dari rumah aku. Siap ada stor penyimpanan barang-barang lagi.

Sebab rumah aku ni kecik je, bila time bawak masuk new/second hand item mulalah perah otak pikir mana nak letak barang-barang yang lama-lama tu.

Ini salah satu cara amalan turun temurun. Letak barang yang jarang digunakan atas lemari. Tengok tu... Pemalasnya aku. Aku main campak-campak je atas lemari tu. Tinggi sangat nak susun. 

Cara kedua pulak ilham datangnya dari my doter. Kreatif betul kepala otak dia ni.

 
see.. budak-budak macam ni la.
mula-mula dia tolong kemas, pastu sepahkan balik...

Rumah aku memang banyak bantal-bantal baby. Dapat time lahirkan hakeem. Sesuailah guna teknik penyimpanan gini.