04 August 2010

...:Taaatih...taaatih..:.

Ini story pasal semalam. Pasal Sofea..Macam biasa petang pas keje terus singgah amik sofea kat nursery, masak bubur sofea, mandikan sofea dan bla bla bla..pokoknya pas balik keje waktu mmg tight ngan urusan hal-hal rumah tangga.

Dalam pukul 7 lebih sofea dah tertido sambil bergayut minum susu ibu dan aku bantai lena sama. Dalam kul 9 lebih sofea bangun balik. Adess..memang dua tiga hari ni sofea suka tido pastu bangun semula. Kalau dah bangun alamat memang lambat la nak tido semula.

Ok ini part yang paling penting nak story sal sofea. Dah sofea terjaga aku kenala main-main dengan sofea. Biasanya aku akan bagi dia dengar TV lagu-lagu rakyat dan nasihat. Sofea memang suka itu. Ralit je dia nengok. Nanti nak beli CD untuk pembelajaran yang lebih efficient plak. Pastu aku memang suka dan sengaja dirikan sofea tanpa pegangan apa-apa. Nak tahu apa sofea buat. Sofea dah boleh jalan dalam tiga empat langkah tanpa jatuh. Biasanya kalau sofea jalan dalam selangkah dah jatuh dan kalau jatuh mesti kena sambut takut tersembab muka ke lantai tapi ini tak sofea jatuh pun jatuh terduduk. Dah imbang-imbang badan. Semalam memang agak luar biasa. Cayala sofea. Anak mama dah nak dapat kaki. Dah tak lama lagi la tu nak boleh berjalan. Nanti nak rakam gambar sofea bertatih la. Pas rakam boleh upload kat blog ni pulak.


 !no more walker!

** harap-harap masa raya nanti sofea dah boleh berjalan, boleh kumpul duit raya banyak-banyak**

3 Comment:

Amy Syaquena said...

seronoknya la kan bile tengok anak membesar depan mata...bile la amy akan rasa ye..

suamihanyisterizuki said...

huhu pesanan yg last tuh besh tuh, dapat kaki bleh bwk jln2 g kumpol duit byk2...heheeh

MAMA AIZARA said...

@Amy Syaquenapasti ada rezeki suatu hari nanti..