15 August 2010

Masalah Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia

Sepanjang Julai dan Ogos ni Jabatan Perangkaan sibuk mengadakan banci penduduk dan perumahan. 1 @ 2 minggu lepas pembanci dah datang rumah aku. Tapi malangnya hari ahad petang tu kami semua dah selamat belayar. Tinggal husband yang sudi melayani pembanci tersebut.

Antara soklan yang diajukan adalah berapa orang tinggal dalam rumah ini?. Nama setiap penghuni rumah. Berapa pendapatan setiap penghuni rumah?. Antara semua soalan yang diberikan hanya satu je yang berjaya di jawab suami dengan betul. Berapa orang tinggal dalam rumah ini, soalan yang dua lagi tu berjaya jugak jawab tapi silap. Ada ke patut nama ahli keluarga pun suami tak tahu. Isk2...Pastu gaji setiap yang tinggal dalam rumah kami suami pukul rata bagi seribu sorang. Memang tak logik. Yang tak keje pun di cakap keje.

Setahu aku antara tujuan pembanci mengutarakan pendapatan isi rumah untuk menentukan Income Percapita@CPI. Disamping itu juga untuk menentukan kadar kemiskinan negara berada di paras mana. Tapi kalau bancian yang dibuat pun silap nampaknya statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan akan tersasarla. Dalam paper ada kata Pembanci Hadapi Masalah Sikap Masyarakat Cina tapi sebenarnya masalah diatas ini lagi teruk.

p/s: Betul ke tak banci yang dibuat pembanci tetap dapat gaji.

No comments: